Monday, August 10, 2009

Cuti Sabatikal 77-Kembara Bali:Nusa Dua dan Ulu Watu





9 pagi 9 Ogos 2009 selepas sarapan pagi aku,jo dan hasan ke Nusa Dua di bahagian bawah dan hujung Pulau Bali. Sebelum ini aku memang tidak pernah pergi ke tempat ini. Alhamdulillah, Suaidi telah membawa kami semua ke sini. Pemandangan pantai dan laut yang sangat menarik terutama pokok-pokok yang merendang yang menjatuhkan bayang di sana sini. Malangnya aku tidak membawa buku sketch, kalau tidak lanskap itu akan aku rakamkan melalui medium water colour. Ada sesuatu yang paling menarik di sini iaitu 'waterblow' di celah-celah batu karang. Ombak yang besar ke udara dengan percikan air yang merata, cukup mempesona. Pemandangan ini tidak ada di tanah air kita. Kami menunggu pergerakan air yang akan membentuk ombak besar dan meledak di udara. Sangat indah. Lama kami di sini merakamkan foto-foto itu. Selepas itu kami bertolak ke Ulu Watu. Di tengah jalan kami singgah di musolla untuk menunaikan solat jamak awal zohor dan asar. Satu lagi pemandangan yang menakjubkan di Ulu watu. Pura di tepi tebing tinggi manakala di bawahnya laut. Ramai pengunjung dari pelbagai negara datang ke sini menyaksikan lanskap ini.

2 comments: