Friday, August 14, 2009

Cuti Sabatikal 82-Kembara Bali: Teroris atau Syuhada


14 Ogos 2009 Akhbar dan televisi Indonesia masih hangat menyiarkan berita Noordin M.Top dan kumpulannya yang menggembarkan Indonesia. Berita dan tayangan pemakaman Ibrohim, Air Setiawan da Eko Joko Sarjono memberi konotasi yang berbeza. Bukan mudah Umat Islam Indonesia menerima dengan gampang istilah teroris bagi yang terkorban itu. Siaran Televisi MNC NEWS yang menyiarkan berita dan gambar pemakaman Air Setiawan dan Eko Joko Sarjono menayangkan gambar sepanduk Assyuhada bagi kedua-duanya itu. Malah makam mereka di atasnya ditulis orang yang taat solat. Manakala dalam akhbar Jawa Post hari ini ( 14/8/09)di muka depannya menerbitkan foto besar pemakaman yang dibacakan doanya oleh Ustad Abu Bakar Ba'asyir (ustad dari Malaysia yang pernah ditahan dalam penjara Indonesia kerana dituduh pemimpin JI ( Jemaah Islamiyah cawangan Indonesia) sekarang beliau pemimpin Pondok Pasentren Al Mu'min, Ngruki, Jawa Timur. Malah sepanduk tertulis SELAMAT DATANG PAHLAWAN ISLAM bagi kedua-dua jenazah yang terkorban itu ( Jawa Pos 14/8/09 ms.11). Lain pula dengan jenazah Ibrohim, jenazahnya telah ditolak oleh penduduk desanya untuk dimakamkan di situ kerana alasannya mencemarkan nama baik baik keluarga dan desa. Jenazahnya dimakamkan di perkuburan awam Jakarta.

No comments:

Post a Comment