Monday, August 3, 2009

Cuti Sabatikal 73-Kembara Bali: Melukis







3 Julai 2009 aku benar-benar keletihan disebabkan konferensi selama 4 hari dan perjalanan jauh balik dengan bas. Diabetes yang aku hidapi menyebabkan aku jadi begini. Dahulu aku memang gagah perkasa, aku mampu mengembara kemana-mana tanpa menanggung keletihan yang sebegini. Aku lebih banyak berehat dan menonton televisi di rumah. Keesokannya 4 Julai 2o09 aku tiba-tiba rindu melukis. Selama dua bulan aku di sini tidak langsung berkesempatan untuk melukis. Aku lebih banyak ke lapangan untuk membuat penyelidikan, membaca buku dan menulis blog. Keluar pagi dan pulang malam. Aku hanya dapat melukis dalam kapalterbang ketika berangkat dari KLIA ke Ngurah Rai International Airport, Denpasar pada 1 Jun dahulu. Aku melukis dengan menggunakan cat air jenis Dealer Rowney yang kubawa dari Malaysia di atas kertas cat air 300 GSM. Pokok Kemboja dengan daun tanduk rusa dan pokok bunga orkid yang bergantungan di perkarangan rumah sewaku menjadi tema. Selepas 15 minit aku melukis potret Yanto yang sedang menonton televisi di ruang tamu rumah sewaku. Lebih kurang 10 minit siaplah potret itu. Kemudian Yanto pula melukis potretku sedang menaip komputer.

3 comments: