Monday, August 31, 2009

Cuti Sabatikal 101-Kembara Bali: GANYANG MALAYSIA






1 Sepetember 2009 Aku menonton Televisi Saluran Trans 7 jam 2.15 pagi waktu Bali. Alangkah terkejutnya aku siaran itu menyiarkan demontrasi ANTI MALAYSIA oleh pelajar-pelajar universitas di Indonesia disertai oleh warganegara Indonesia lain di bandar-bandar besar Indonesia seperti di Medan,Jakarta dan Surabaya dan kemungkinan besar akan merebak ke bandar-bandar lain. Aku menyaksikan bendera-bendera Malaysia di koyak, di pijak dan dibakar. Aku jadi terlalu marah melihat bendera kita dibuat begitu. Sepanduk-sepanduk anti Malaysia dan Ganyang Malaysia terpapar di sana-sini. Para Demontrans mendesak Pemerintah Indonesia bersikap keras kepada Kerajaan Malaysia. Isu yang hangat sekarang ini ialah Malaysia sewenang-wenangnya mendakwa beberapa budaya mereka adalah hak milik mereka sebagai contoh Tarian Pendet, sedangkan itu sangat jelas Tarian Bali. Banyak lagi isu budaya yang Malaysia telah plagiat dan jadikan budaya mereka. Inilah yang menyebabkan rakyat Indonesia sangat marah. Akhbar Indonesia seperti JAWA Pos juga menyiarkan berita itu pada 31 Ogos 2009 m.s.11. Nampaknya sambutan kemerdekaan Malaysia di Indonesia disambut dengan pembakaran bendera Malaysia dan bukannya pengibaran bendera. Para Demontrans juga mendesak Pemerintah Indonesia memutuskan hubungan Diplomatik dengan Malaysia, mengusir Duta Malaysia, mengusir semua warganegara Malaysia yang berada di Indonesia serta menarik balik TKI yang sedang bekerja di Malaysia.( berita ini disiarkan oleh Televisi Trans 7). Isu hangat ini perlu diselesaikan segera oleh kedua-dua pemerintah agar 'GANYANG MALAYSIA' yang dilakukan oleh Regim SUKARNO dahulu tidak berulang kembali. Amat malang kalau berlakunya pergeseran antara kedua-dua negara umpama adik beradik ini. Aku amat memahami perasaan rakyat Indonesia sepanjang aku berada di Bali selama 3 bulan ini. Kasih sayang mereka kepada budaya mereka adalah sangat tinggi dan tidak terhingga. Mereka telah mengeluarkan darah dan airmata mempertahankan budaya dan kehidupan tanahair mereka daripada diinjak-injak oleh kolonial Belanda selama 350 tahun. Bayangkan mereka bebas merdeka dari cengkapan Kolonial Belanda setelah 350 tahun! Tiba-tiba ada sebuah negara kecil cuba hendak mempermain-mainkan budaya mereka. Siapa yang tidak marah! Kemarahan rakyat Indonesia juga bukan tidak bersebab. Mereka merasa terhina di sebabkan oleh beberapa perkara. Kedua, pekerja mereka (TKI) yang berkhidmat di Malaysia banyak yang dizalimi. Kedudukan Malaysia adalah yang ketiga selepas Arab Saudi dan Kuwait yang banyak melakukan penderaan kepada pembantu-pembantu rumah Indonesia( statistik ini dikeluarkan oleh Sekretariat Pelayanan TKI). Tetapi orang Indonesia juga perlu mengetahui terdapat banyak kes jenayah yang melibatkan pembantu rumah Indonesia di Malaysia,antaranya mereka mencuri harta benda majikan, menyeksa bayi,mencolek bayi,menggoda majikan dan lari dari rumah ( pembantu rumahku juga berbuat demikian sehingga ribuan ringgit habis hangus kerana urusan kemasukannya sahaja) Itulah sebabnya Indonesia sangat menyayangi Singapura daripada Malaysia. Singapura melayan TKI sebagai manusia manakala Malaysia melayan TKI macam hamba ( mengikut Sekretariat itu). Tetapi orang Indonesia perlu mengetahui banyak jenayah berat seperti rogol,samun, rampok,pecah rumah, pembunuhan dan penculikan di Malaysia dilakukan oleh warga Indonesia ( data ini boleh diperolehi di Balai Polis Malaysia, malah hampir hari-hari berita jenayah yang melibatkan warga Indonesia di Malaysia ini disiarkan melalui media massa Malaysia). Sehingga kehidupan rakyat Malaysia yang dahulunya aman kini terancam. Melihat sahaja warga Indonesia di Malaysia seolah-olah melihat penjenayah. Inilah prasangka buruk yang mendalam di hati rakyat Malaysia terhadap orang Indonesia di Malaysia. Iklan media massa tentang Singapura kerap disiarkan, semua bercakap tentang berubat di Singapura atau belajar di Singapura. Mana ada barangan Malaysia yang dijual di Indonesia ( cuba lihat di supermarket di Indonesia). Tidak ada satu pun kereta buatan Malaysia berada di Bali kecuali sedikit di Jakarta. Sebaliknya barangan Indonesia berlambak dijual di pasaran Malaysia begitu juga jutaan warganya berlambak di Malaysia. Malah Chow Kit Road,Kuala Lumpur dahulu peniaganya penuh dengan orang Cina, sekarang ini bertukar penuh dengan mereka. Ketiga, isu pulau Si Padan dan Pulau Ligitan yang dimenangi oleh Malaysia melalui Mahkamah Antarabangsa dalam pertikaian sempadan. Keempat, isu Pulau Ambalat yang Indonesia dakwa milik mereka tetapi Malaysia juga mendakwa milik mereka. Indonesia mendakwa Malaysia telah mengubah peta sempadan. Isu ini masih hangat lagi dalam pertikaian, malah ada peristiwa demontrasi dilakukan oleh warga Indonesia di Pantai Kuta, Bali pada bulan Jun yang lalu. Kelima isu Manohara, selebriti Indonesia yang berkahwin dengan Pangeran Kelantan, tetapi telah diseksa oleh pangeran itu ( masih belum pasti kebenarannya dan sedang diselesaikan di Mahkamah Indonesia) isu ini adalah isu hangat di Indonesia sehingga kerap disiarkan dalam televisi Indonesia dan media massa yang lain. Malah ada drama 'Manohara'yang disiarkan melalui televisi mereka. Sedangkan di Malaysia, isu ini tidak kedengaran langsung. Keenam,isu Terorisme. Tokoh- tokoh penting yang terlibat adalah warganegara Malaysia seperti Ustad Abu Bakar Basir ( didakwa oleh Indonesia pemimpin JI- Jemaah Islamiyyah, telah dibebaskan dari penjara Indonesia setelah bertahun-tahun merengkok dalam penjara Indonesia), Dr. Azhari pakar bom dari Universiti Teknologi Malaysia yang telah ditembak mati beberapa tahun yang lalu, dan paling TOP ialah NOORDIN MAT TOP yang paling dicari oleh Pemerintah Indonesia kerana peristiwa letupan bom di beberapa tempat di Indonesia seperti di Jakarta dan Bali. Mereka terlalu marah kerana tokoh-tokoh itu melakukan aktiviti itu di negara mereka dan merekrut ramai rakyat Indonesia. Persoalan di benak rakyat Indonesia ialah mengapa tokoh-tokoh itu tidak melakukan aktiviti itu di negara mereka Malaysia. Mengapa perlu mengganggu negara orang! Peristiwa ini benar-benar merosakkan hati dan perasaan rakyat Indonesia. Sepanjang 3 bulan aku di Bali inilah isu-isu yang selalu ditanyakan oleh teman-temanku orang Indonesia. Alhamdulillah aku dapat menjelaskan banyak perkara tentang isu-isu itu. Nampaknya aku sudah bertukar profesion sekarang iaitu DUTA BESAR MALAYSIA di Bali.

Sunday, August 30, 2009

Cuti Sabatikal 100-Kembara Bali: HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA


31 Ogos 2009 Happy Birthday To U Malaysia yang ke 52 tahun. Terima kasih kepada Nama-Nama Besar sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN TANAHAIR seperti Tun Perak (Melaka), Datuk Maharaja Lela dan Sultan Abdullah (Perak), Tok Janggut(Kelantan), Datuk Bahaman dan Mat Kilau (Pahang), Datuk Ibrahim Limbung (Terengganu),Dol Said( Negeri Sembilan),Mat Salleh(Sabah),Rosli Dhobi(Sarawak), Uztad Abu Bakar Al Baqir (Perak),Datuk Ahmad Boestaman (Perak),Burhanuddin El Hilmi(Perak),Zulkifli Muhammad (Perak), Ibrahim Yaakob( SITC),Harun Aminurrashid (SITC),Cikgu Hadi al Hadi (SITC),Ahmad Bakhtiar (SITC),Zaba (SITC)dan lain-lain. Semoga rohmu dicucuri oleh Rahmat Allah azzawajalla. AlFatihah. Aku amat berbangga dengan KAMU. Semoga cucu cicitmu akan menjejaki semangat dan jiwa perjuanganmu. Amin.

Cuti Sabatikal 99-Kembara Bali: Makro dan Perayaan Memupur




30 Ogos 2009, sebelah paginya aku di rumah melihat email,facebook dan blog. Selepas solat Zohor aku dan Zaba ke Makro. Beli barang sikit untuk masak berbuka puasa petang ni. Kami naik bemo (van mengangkut penumpang). Jimat belanja. Beli daging, sayur, buah dan barangan dapur lain. Balik lebih kurang pukul 2.00 petang. Nasib tak baik semua jalan ke rumah aku ditutup. Ada perayaan lagi..... sambung upacara "ngaben". Kali ni dipanggil 'Memupur". Ngaben setakat sampai nirwana saja tapi memupur ni "first class" punya tempat. Lagi panjang mentera, lagi tinggi tahap. Kami terpaksa berjalan kaki di bawah terik mentari sebab kenderaan dihalang masuk melalui jalan ke rumah aku. Panas? Tak taulah nak cakap. Tuhan saja yang tau. Last sekali aku berhenti di tepi jalan dan belagak macam wartawan. Ambil video upacara tersebut. Beribu-ribu orang berarak . Tua, muda, kecil, besar tak kira usia. Sepanjang jalan dengan pakaian putih kebaya nyonya dan batik lepas bagi perempuan dan baju putih dengan kain sarung bagi lelaki. Nyaris tak pengsan aku nak menunggu perarakan ni tamat. Sampai di rumah, Zaba masak sup ekor lembu dan terung masak lada yang kami beli tadi. Kemudian , dia goreng mi. Aku pergi kedai berhampiran untuk membeli ais tetapi hampa. Orang sini tak jual air batu. Frust menonggeng.

Saturday, August 29, 2009

Cuti Sabatikal 98-Kembara Bali: Buka Puasa Berlima


29 Ogos 2009 adalah hari kelapan aku berpuasa di rantau orang.Kadang-kadang aku berbuka sorang, kalau nasib baik dengan rakan. Alhamdulillah hari ini aku menjemput Suaidi, Rofif dan isteri serta dua orang anak kecilnya berbuka di rumah sewaku. Selepas balik dari perjalanan ke Nusa Dua,Ulu Watu dan Jimbaran Zaba memasak rendang ayam, sayuran dan ikan terubuk asin Sarawak. Aku hanya membantu apa yang ada. Alhamdulillah dapatlah aku berbuka dengan 'keluarga' baru di Bali.

Cuti Sabatikal 97 - Kembara Bali : Pemandu Pelancong Cowok Ganteng.......




Berusia awal 30-an dan berasal dari Jawa Timur. Mahasiswa jurusan multimedia sebuah kolej swasta di Denpasar. Sopan dan agak pendiam. Bekerja sambilan sebagai guru Al-Quran selain menjadi pemandu pelancong. Su'aidi itulah nama empunya diri. Menyewa bilik di Denpasar tetapi kerap menghabiskan masanya di Masjid Nusa Dua. Dia juga membuka warong bakso di Jimbaran. Masih solo...... Aku senang dengannya kerana tidak banyak kerenah. Dia juga seorang yang warak dan sentiasa mengingatkan aku waktu solat setiap kali kami di perjalanan. Selain itu, dia juga tahu selok-belok semua masjid di seluruh Bali. Aku memang kagum dengannya.

Cuti Sabatikal 96 -Kembara Bali 96: Lawatan ke Nusa Dua dan Ulu Watu





29 Ogos 2009 membawa kami ke Nusa Dua satu kawasan peranginan tepi pantai yang sangat indah. Tempat ini terkenal dengan "water blow" yang menjadi kegilaan para pengunjung dan jurugambar. Nasib kami kurang baik kerana ketika kami tiba, air sedang surut. Namun begitu panorama pantai tetap menakjubkan. Hari ini cuaca agak panas dan ini menyebabkan kami tidak betah lama di sini. Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Ulu Watu. Di pertengahan jalan, kami singgah di Pantai Geger yang tidak kurang indahnya. Kami juga sempat merakamkan visual indah di hadapan gerbang Hotel Nikko & Spa. Perjalanan diteruskan ke Ulu Watu. Tiba di destinasi, kami diminta memakai pengikat pinggang bagi menghormati adat penganut Hindu Purba ini. Kami juga disambut oleh puluhan ekor monyet yang menjadi penghuni setia kawasan percandian ini. Peliknya monyet di sini ialah mereka sangat tertarik kepada " sun glasses" lebih daripada makanan. Ulu Watu merupakan kawasan letaknya pura yang tertua di Bali yang berusia ratusan tahun. Di samping itu terdapat juga cenuram ( tebing tinggi)yang cantik dengan panaroma laut yang amat mengasyikkan. Dari pandangan 'birdview' kelihatan ombak-ombak yang memutih mengejar tebing dengan kejauhan laut yang membiru. Bagi seniman dan pemikir inilah panorama yang mengusik minda dan jiwa. Subhanallah.

Friday, August 28, 2009

Cuti Sebatikal 95- Kembara Bali: Lawatan ke Bedugul dan Tanah Lot.






Jumaat 28 Ogos 2009, seawal pukul 10.00pagi, kami bertolak ke Kaunter MAS. Apa taknya Zaba dah tersilap return tiket pada 30 September 2009. Dia pening kepala sebab terpaksa ke sekolah pada 1 September. Nasib baik dapat tukar tarikh perjalanan jadi legalah sikit. Selepas itu kami terus ke Bedugul. Sepanjang perjalanan, cuaca mendung . Aku berharap sangat agar hujan akan turun. Sepanjang di Bali ni, baru sekali hujan turun itupun sekejap sahaja. Di pertengahan perjalanan, aku dan Suhaidi berhenti solat Jumaat di masjid At Taubah , Tabanan. Selesai solat, kami meneruskan perjalanan. Kami singgah di pasar Bedugul untuk "shopping". Seronoknya di sini, kita boleh membuat tawaran sehingga 3/4 dari harga asal. Kami meneruskan perjalanan setelah lebih kurang sejam berada di situ. Bedegul terkenal dengan puranya yang berusia beratus-ratus tahun. Di situ juga terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Namun begitu penduduknya ramai yang beragama Islam. Zaba singgah solat di Masjid Candi Kuning sementara aku dan Suhaidi lepak sambil menikmati panorama indah dari masjid yang terletak di atas puncak bukit. Cuaca di sini nyaman dan dingin. Kami sempat merakamkan beberapa keping gambar sahaja di Pura Ulun Danu Candi Kuning kerana bateri kamera dan mula kurang. Perjalanan pulang membawa kami ke Tanah Lot. Melihat mentari terbenam, sungguh mengasyikkan. Begitu indah sekali.

Thursday, August 27, 2009

Cuti Sabatikal 94-Kembara Bali: Rempah Kari Babas.... Hampir Terbabas Berbuka Puasa


Jalanraya sesak sepanjang perjalanan pulang. Upacara "Ngaben" dijalankan di setiap kampung. Ketika ini "lembu merah dan hitam" dah pun mula dibakar. Warna melambangkan kasta masing-masing. Patung lembu akan membawa roh di mati ke "Nirwana". Selain lembu, tak sempat pula nak tanya kalau-kalau ada alternatif lain. Yelah, mungkin boleh laju sikit dari lembu.Komuter ke LRT ke atau sekurang-kurangnya " Pesawat Geruda". Kita orang plan nak beli rempah kari Babas. Tiba di Hardys Supermall dah jam 4.30 petang. Lupalah pula, kat Indon mana ada barang Malaysia. Cari punya cari jumpalah satu produk yang seakan-akan sama. Tentu hari ni berbuka dengan kari kepala ikan.....mana ada, ikan tongkol saja. Balik ke rumah, dah pun 5.20 petang. Tengah sedap-sedap masak, alamak......... gas habislah pula. Potong stim betullah. Akhirnya terpaksa minum air dulu untuk berbuka puasa. Apa pun berbaloi, hari ni menu kari ikan tongkol(aya), sontam, ikan terubuk masin goreng lada jadi hidangan. Aku belasah 3 pinggan. Kami berbuka puasa bertiga, aku, Zaba dan Suhaidi. Hari ini adalah hari yang bersejarah buat aku kerana dah lama tak jumpa kari Malaysia. Macam pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu...... kena kepala bengkak (botak)

Cuti Sabatikal 93-Kembara Bali: Lawatan ke Ubud dan Kintamani 2




Selepas ke Ubud, kami bertolak ke Kintamani. Perjalanan kami tersekat oleh ribuan manusia yang membanjiri sepanjang jalan. Kami menjadi hairan dan timbul pelbagai persoalan di benak masing-masing. Oh my God ! Kelihatan beberapa ekor lembu merah dan hitam di satu kawasan sedang di 'make up'. Kami turun dari mobil dan terus ke kawasan itu. Alangkah terperanjatnya kami rupa-rupanya upacara "Ngaben" iaitu untuk menghantar roh si mati ke syurga dengan membakar tulang-temulang yang digali semula dari kuburan setelah dikebumikan antara 3 hingga 5 tahun. Kami sangat bertuah dapat menyaksikan peristiwa ini yang hanya diadakan 3 atau 5 tahun sekali. Nampaknya Dr.Joe dan En Hassan yang beriya-iya untuk menyaksikan ritual seperti ini'langkah kiri'. Dahlah tak dapat tengok sawah teres yang terbaik di Tegal Lalang sebelum itu. Kami meneruskan perjalanan ke sebuah daerah yang dingin dan dari kemuncaknya boleh kelihatan Gunung Batur di himpit oleh kembarnya Gunung Abang manakala di lembahnya ialah Danau Batur. Gunung Batur ini masih lagi aktif sebagai gunung berapi dan pernah meletuskan laharnya. Cahaya matahari yang melimpah pada permukaan kemuncak gunung itu menjadi satu panorama indah yang menarik ribuan pelancong untuk menyaksikannya sebagai latar yang teristimewa. Kami sempat merakamkan panorama itu bersama.

Cuti Sabatikal 92-Kembara Bali:Lawatan ke Ubud dan Kintamani




27 Ogos 2009 jam 10 pagi Aku, Zaba dan Suhaidi bertolak ke Ubud dan Kintamani. Walaupun aku telah banyak kali ke kedua-dua tempat itu tetapi ada-ada sahaja yang baru yang aku belum temui lagi. Misalnya di Ubud kami ke bengkel membuat perabut rotan. Memang mengkagumkan. Beberapa orang pekerja sempat ku temui dan berbual bagaimana mereka mencipta produk tersebut. Pelbagai rekabentuk dan saiz yang dihasilkan ada berbentuk bulat, bersegi, bujur, mobail dan statik. Zaba nampaknya tertarik sungguh ndengan produk tersebut, sehingga sanggup bertanya harga dan bagaimana cara penghantarannya ke Malaysia. Memang harganya tidak mahal, salah satu set perabut rotan yang unik tersebut berharga Rp 1 juta 900000 (RM 700), tetapi kos penghantarannya agak mahal iaitu USD 305( 305 x 3.5) bergantung pula kepada jumlah 'Kube'.( syarikat perabut itu yang mengendalikannya) Walau bagaimanapun kita mempunyai banyak pilihan untuk penghantaran melalui kargo lain. Kalau berkongsi 3 & 4 orang menggunakan kontena aku fikir jauh lebih murah. Selepas itu kami ke sawah teres yang paling indah di Bali terletak di hujung Ubud di hadapan sebuah restoran yang kelihatan sepi. Angin dingin menyambut kami di situ. Wow. Memang indah sekali, dengan udara yang segar serta kehijauan sawah padi yang beralun. Kelihatan juga beberapa orang petani sedang bekerja di sawah mereka.

Wednesday, August 26, 2009

Cuti Sabatikal 91-Kembara Bali:Tamuku yang ke Tiga




26 Ogos 2009 Tamuku yang ketiga Zaba datang menziarahiku. Cadangan mulanya nak datang bulan November tapi disebabkan kekangan kuliah Masternya menyebabkan hal ini berubah. Zaba ialah siswi Upsi tahun 2005-2008, dan grad dengan First Class Honours tahun 2008. Sekarang berkhidmat sebagai guru di Sarawak. Sama sepertiku dulu yang pernah berkhidmat di pedalaman Sarawak 1980-1984 selama 5 tahun. Jadi kami ini adalah 'Sarawak Rangers' bezanya aku mengajar di sebuah sekolah menengah Cina, manakala Zaba mengajar di sekolah menengah yang majoritinya Iban. Kami ini 'senasib' cuma aku dulunya solo ke Sarawak dan pulang ke 'Malaya' untuk berkeluarga sedangkan dia berkeluarga sebelumnya dan solo ke Sarawak. Jadi ciri-ciri ini menyebabkan kami "close" Dia pernah mengambil paperku SSL 3064 Seni Islam Perbandingan. Tidak pernah "absent" dan duduk paling depan. Selalu melontarkan pertanyaan di akhir kuliah. Beliau adalah pelajar pintar.Sejak itu hubungan kami semakin mesra. Ramai orang memberi persepsi yang kami ini sedang bercinta tetapi sebenarnya 'kawan tetapi mesra'( tajuk sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Maya dan Mulan). Dia bertolak dari kediamannya jam seawal 8 pagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke KLIA jam 11.20 pagi dan sampai ke KLIA jam 1.30 Tengahari.Takut menghadapi masalah dalam perjalanan, dia sanggup berbelanja lebih RM 1,620 dengan menggunakan MAS. Sampai ke Ngurah Rai International Airport, Denpasar jam 6.35 petang. Selepas itu kami makan malam ( berbuka?) di Restoran Cost & Cost Taraf Lima bintang tapi harga kaki lima, kami makan nasi , sayur dan ikan bakar. Manakala minuman adalah berbeza ada yang ais jeruk, jeruk panas dan teh tawar. Bukan kami berdua sahaja tetapi ditemani oleh dua orang rakanku iaitu Rofiq dan Suhaidi( orang Jawa penduduk Bali). Sebelum sampai ke rumah kami singgah ke Pasar Badung yang beroperasi 24 jam di Denpasar. Kami hanya membeli sayur-sayuran dan buah-buahan aje. Peniaga di situ pelik tengok Zaba kerana pakai topeng. Dialah satu-satunya yang bertopeng ketika itu. Aku teringat Dr.Joe dan En Hassan Ghazali ketika menziarahiku juga datang dengan bertopeng. Geli hatiku.

Monday, August 24, 2009

Cuti Sabatikal 90-Kembara Bali: Hari ke 3 dan 4 Ramadhan

24 Ogos 2009 seperti biasa aku masih mampu meneruskan puasa hari ke 3 walaupun agak letih. Entah berapa kali aku tertidur di kusyen ditemani anak kecil bernama Gede ( anak tuan rumah berumar 2 tahun ). Dia sengaja aku suruh masuk ke rumah bermain komputerku. Walaupun ngak pandai lagi berbicara lancar tetapi jadilah menemaniku yang kesunyian ini. Aku sediakan biskut dan makanan lain untuknya sambil menonton TV cerita kartun. Aku benar-benar keletihan dan sakit pinggang. Petangnya sku berusaha masak sendiri. Masak daging sapi dalam tin. Aku terkejut rupa-rupanya daging sapi itu telah hancur betul aku menyangka macam di Malaysia daging sapi kari bercampur kentang yang siap untuk dipanaskan sahaja,tetapi lain pula di sini.Tak apalah aku masak sapi hancur itu campur bawah putih,bawang merah, kemanggi dan kentang. Kemudianku bubuh santan. Aku juga goreng ikan bulu ayam. Itulah menu aku berbuka puasa sore itu jam 6.21 petang. Manakala minumannya aku bancuh kopi panas. Aku memang jarang minum kopi, selalu minum teh, tapi bila sakit pinggang ni aku tukar kepada kopi.Orang tua-tua kata selalu minum teh angin. Aku pun belum pasti lagi benar atau tidaknya. Masih belum ada penyelidikan yang dibuat oleh pakar pemakanan. Ataupun aku belum membacanya lagi. Selepas berbuka dan solat Maghrib aku ake pasar malam dengan Santoso untuk membeli ikan dan sayur. Wah memang luas kawasan pasarnya.Aku membeli ikan tongkol.ikan sardin,cumi (sotong) dan udang. Semuanya fres. Aku juga membeli kemanggi, memang aku suka kemanggi kerana aromanya yang wangi. Pulang jam 10 malam. Aku meneruskan solat isya dan tarawih sendirian. Keesokannya 25 Ogos 2009 aku meneruskan berpuasa buat hari keempat dan petangnya aku masak sup kepala ikan.

Sunday, August 23, 2009

Cuti Sabatikal 89-Kembara Bali:Tarawih di Musolla


22 Ogos 2009 alhamdulillah aku berjaya menunaikan puasa ramadhanku hari yang pertama di rantau orang. Berbuka puasa dengan seteguk air mineral dan kemudian menunaikan solat Maghrib, aku kemudiannya mencari warung muslim untuk makan malam, sayangnya kehabisan makanan. Aku makan apa yang ada di warung itu. Jam 7.30 malam aku ke Musolla yang 100 meter dari warung tersebut. Seperti mana-mana masjid di Bulan Ramadhan, makmum lelaki dan wanita melimpah sampai keluar musolla. Muslimah selain menunaikan solat isya dan tarawih di tingkat atas disediakan juga hamparan permaidani untuk mereka di luar. Memang cukup meriah dengan kanak-kanak turut serta memenuhi musolla itu. Paling menarik kanak-kanak sekolah yang belajar di SD( sekolah kebangsaan)membawa buku catitan ke musolla. Mereka akan mencatitkan aktiviti mereka di musolla itu untuk ditandatangani oleh gurunya. 23 Ogos 2009 aku berpuasa seperti biasa. Jam 2 petang aku ke Supermall Hardy's membeli-belah barang-barang makanan yang telah kehabisan di dapurku. Aku bercadang untuk masak hari ini. Aku membeli beras,minyak masak, makanan dalam tin, mee segera, minuman ringan,sayur-sayuran dan ikan tongkol-ikan kegemaranku. Aku membelanjakan hampir Rp500000 (RM 200) untuk keperluan itu. Aku masak sakan kali ini. Ikan tongkol goreng dan sayur-sayuran dengan ulam kemanggi. Alhamdulillah aku berbuka seperti adanya. Kemudian aku menunaikan solat malam.

Friday, August 21, 2009

Cuti Sabatikal 88-Kembara Bali:Ramadhan AL Mubarak


21 ogos 2009 aku santai aje kat rumah.Sejak sakit pinggang melanda, aku mengurangkan pergerakan. Duduk dan baring aje. Banyak masa di rumah aku gunakan mengumpul data-data penyelidikan yang kuperolehi,menulis catatan penting pada foto-foto dan menyemak mana yang perlu,supaya tidak kelupaan nanti.Banyak lagi maklumat yang perlu kucari yang masih belum kudapati lagi khususnya batik tradisional Bali dan tembikar tradisional Bali. Manakala beberapa data lagi masih belum mencukupi terutama transkripsi daun lontar yang asli.Manakala Mushaf Al Quran tulisan tangan yang terjemahannya ditulis dengan aksara Bali juga menarik untuk dikaji. Insyallah selepas lebaran nanti,aku akan berusaha menjejakinya. Fakta-fakta mengenai seni bina tradisional Bali khususnya pura, masjid dan rumah kediaman barangkali memadai buat masa ini.Jaringan telah kubina untuk mendapatkan maklumat tersebut, temubual dan kerja lapangan memerlukan masa yang banyak. Aku akan memastikan tidak ada yang ketinggalan supaya penyelidikan sabatikalku yang bertajuk: KESENIAN VISUAL TRADISIONAL BALI: MENGAKARUMBI DAN ESTETIKANYA kelihatan lebih sempurna. Aku bekerja sehingga jam 3 pagi, terus sahaja aku bersahur dengan meminum segelas susu Alpha Lipid dan menyuntik insulin. Insyallah esoknya 22 Ogos 2009 Ramadhan Al Mubarak menjelang tiba, aku berpuasa. Memang agak sukar berpuasa bagi pengidap diabetes peringkat 2 seperti aku. Terutama kehausan dan suntikan insulin yang menyebabkan perut jadi terlalu lapar ( kerana penurunan dan kehilangan glukos dalam darah).Aku menyediakan choklat dalam poket andainya berlaku apa-apa (nasihat dari doktor).Insyaallah aku terus berpuasa.

Thursday, August 20, 2009

Cuti Sabatikal 87-Kembara Bali: Sakit pinggang dan Kantor Imigrasi


19 Ogos 2009 Aku mengalami sakit pinggang yang menyebabkan aku kurang bergerak hari ini. Aku mengalami sakit pinggang sejak dahulu dan masih belum baik. Jenuh jumpa doktor. Jenuh makan ubat. Jenuh pergi massage masih belum sembuh lagi. Adakalanya tidak bisa berdiri lama, perlu selalu duduk. Aku tampal SalonPas ( salonUMNO tak ada pula) di bahagian pinggang sekadar menahan kesakitan. Barangkali aku sudah meningkat tua umur pun 53 tahun. Tetapi hati selalu muda, tidak ingatpun janggut dah berwarna putih. Aku benar-benar santai di rumah, sambil duduk bermain dengan laptop- melayari internet, membaca blog rakan, melihat email, komen facebook dan Friendster, YM dengan rakan-rakan dan siswiku. Ada saja pertanyaan dan pertolongan yang diminta. Keesokannya 20 Ogos 2009 pagi-pagi lagi rofiq datang ke rumahku. Aku berjanji mahu pergi ke kantor Imigrasi untuk urusan menyambung visa kunjunganku kali ke 3 bagi bulan September.Dia membawa aku dengan motornya ke kantor imigrasi. Hampir satu jam setengah bereslah urusanku mengisi borang dan menyerahkan fail kepada staf imigrasi itu. Namun begitu visanya belum kuperolehi lagi, aku diberikan resit dan diminta datang pada 28 Ogos 2009 untuk membayar Rp250000 bagi harga visa itu. Seperti sebelumnya walaupun telah membayar harga visa Rp250000 namun masih belum bisa memperolehi visa itu. Staf imigrasi akan memberikan resit dan menyuruh datang pada beberapa hari akan datang. Ini bermakna aku harus pergi berkali-kali untuk menyelesaikan visaku untuk tiap-tiap bulan. Aku melihat kecacatan dan kelemahan sistem pentadbiran imigrasi di Indonesia. Mereka perlu belajar dari Malaysia. Urusan imigrasi di Malaysia sangat pantas.Untuk urusan visa bisa selesai dalam satu hari sahaja. Untuk urusan passport paling lambat 3 jam. Tetapi aku memang mengetahui mereka seolah-olah tidak mahu mengakui kemajuan Malaysia dalam pelbagai bidang melebehi mereka ( walau pun realitasnya iya) sebab mereka adalah abang kandung, mana bisa abang kandung lebih mundur dari adiknya? Sistem pentadbiran mereka penuh dengan birokrasi. Ini diakui oleh orang Indonesia sendiri. Semua kantor pemerintah penuh birokrasi. Paling jelik ialah kantor imigrasi. Itulah salah satu sebabnya ramai TKI datang ke Malaysia secara haram. Dan paling menggembarkan berita penangkapan 94 staf imigrasi di Bali yang korupsi. ( Bali Express senin 10 Agustus 2009 muka hadapan bertajuk: Korupsi Masal PNS Imigrasi Mulai Diendus Kejaksaan).

Monday, August 17, 2009

Cuti Sabatikal 86-Kembara Bali: Nabilla Internet

18 Ogos 2009 aku ke Nabilla Internet untuk menulis catatan untuk blogku,sambil menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh siswi lelawati yang sedang praktikum. Aku terpaksa sekali lagi ke Nabilla kerana diberitakan melalui Jawa Post hari ini 18/8/09 kabel dasar Laut yang menghubungi Surabaya ke Denpasar telah terputus menyebabkan lumpuhnya perkhidmatan brondband telkomsel di beberapa daerah di Bali termasuk tempatku Sanur. Sudah 4 hari aku tidak dapat menggunakan brondbard flash Telkomsel unlimited itu. Aku juga YM denga sahabatku Joe. Nampaknya Joe kerap YM denganku dan sempat membaca blognya tentang kisah-kisah lucu di Bali.Menarik. Dia pintar menulis.Seperti juga Hassan. Menulis macam makan minum sahaja dibuatnya. Waduh cuba kalian melawati blognya http://johariseni.blogspot.com dan juga blog En Hassan Ghazali http://senivisual2.blogspot.com ada cerita mereka di Bali ketika menziarahiku di sini.

Sunday, August 16, 2009

Cuti Sabatikal 85-Kembara Bali:MERDEKA INDONESIA


17 Augustus 2009. Hari ini adalah hari ulangtahun Kemerdekaan Indonesia yang ke 64 Tahun. Sejarah kemerdekaan Indonesia sangat menarik untuk dibaca dan diketahui.Mereka telah dijajah selama 350 tahun oleh Belanda. Istilah bambu runcing menentang penjajahan Belanda sangat terkenal. Rakyat Indonesia telah mengeluarkan darah dan airmata semata-mata untuk kemerdekaan ibu pertiwinya. Berbeza dengan Malaysia, Indonesia mengalami 2 kali penjajahan iaitu penjajahan Belanda dan Jepun sedangkan Malaysia sungguh banyak penjajahnya iaitu Siam,Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Ingeris sekali lagi dan hampir-hampir dijajah komunis. Orang-orang Melayu telah memberikan penentangannya sejak Siam menyerang Melaka. Tun Perak adalah tokoh terkenal menentang Siam. Portugis telah ditentang hebat oleh Raja-raja Melayu dan pahlawan Melayu walaupun tewas. Sejak awal kemasukan Inggeris memang banyak penentangan daripada orang-orang Melayu misalnya Sultan Abdullah dan Datuk Maharajalela dari Perak, Pemberontakan Datuk Ibrahim Limbong Terengganu. Pemberontakan Tok Janggut Kelantan, Datuk Bahaman dan Mat Kilau dari Pahang, Dol Said Naning Negeri Sembilan. Malah Tokoh hebat seperti Ustad Abu Bakar Bakir dari Semanggul yang dipenjarakan oleh Inggeris sehingga meninggal dalam penjara adalah tokoh yang sangat digeruni kerana perjuangan Islamnya menentang British sehingga Datok Onn mengganggapnya sebagai "bahaya dari Gunung" dan "lebih bahaya dari Komunis".Tokoh Islam yang lain Datuk Burhanuddin Al Helmy dan Prof.Zulkifli Muhammad dan tokoh kiri Seperti Datuk Ahmad Boestamam ( orang sekampung saya), Ishak Hj Muhammad,tokoh Nasionalis dari SITC seperti Ibrahim Yaakob yang menubuhkan KMM di padang SITC tidak mendapat tempat yang sepatutnya dalam sejarah kemerdekaan Malaysia. Berbeza dengan kemerdekaan Indonesia yang menghidangkan darahnya merah, kemerdekaan Malaysia dihidangkan dengan permaidani merah, tokoh-tokoh yang diagung-agungkankannya tidak pernah merasai kepahitan perjuangan, tidak pernah menikmati getirnya hidup dalam penjara. Sedar-sedar mereka terus jadi pemimpin sehinggalah ke hari ini.Itulah sebabnya semangat rakyat Malaysia mudah luntur berbanding rakyat Indonesia walaupun mereka miskin dan serba kekurangan tetapi kecintaannya kepada negaranya jauh melangit berbanding kita sebabnya rakyat Malaysia tidak ada pemimpin idola. Pemimpinnya lahir, membesar dengan kemewahan. Mereka tidak mengalami jerit pekik penderitaan rakyat. Sekadar menjenguk bila musim pilihanraya atau bila banjir melanda. Bicaranya tidak ada ruh. Air mukanya keruh.

Cuti Sabatikal 84-Kembara Bali: Santai dirumah


16 ogos 2009 sepanjang hari aku santai di rumah. Line internet bagi Broadband Flash aku tidak berfungsi. Aku menghubungi Rofiq, beliau menghubungi pajabat yang mengendalikan program, katanya line ngak bisa berfungsi ketika ini kerana ada gangguan. Aku tidak tahu sebenarnya punca gangguan itu. Tidak masuk akal ada gangguan makhluk halus, sedangkan bila aku pergi ke Nabilla Internet linenya berfungsi.Nak katakan saldonya ( baki wang) telah habis agak mustahil aku baru sahaja memasukkan RP250000 ( satu jumlah yang besar) malah Rofiq juga membeli kartu cip flash unlimited yang baru bernilai Rp 125000 langganan bulanan untukku. Telah kutukar cip itu tetapi masih tidak berhasil. Aku mengambil keputusan menonton Siaran televisi World Badminton Championship yang sedang berlangsung di Hydrebad India. Sayangnya tidak ada seorang pun wakil Malaysia yang beraksi di Final. Juara handalan Malaysia yang merupakan jagoan no 1 Dunia Ling Chong Wei tewas di tangan Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia pada peringkat suku akhir lagi. Aku menyaksikan Chong Wei langsung tidak bersemangat di round kedua dan ketiga setelah memenangi round pertama. Bergu emas kita kilauannya hanya sementara selepas itu emasnya berkarat. Rupa-rupanya emasnya adalah palsu. Aku hanya mengeluh bilakah pemain Malaysia "benar-benar bisa bertaraf dunia". Indonesia hanya mampu menjadi naib juara bagi bergu campuran yang ditewaskan oleh bergu campuran Denmark. Komentator televisi Global TV juga mengeluh bilakah pemain Indonesia bisa menjadi juara kembali. Semua gelaran kecuali bergu campuran disapu oleh pemain China. Nampaknya Badminton adalah permainan yang didominasi oleh pemain China.( berita terkini kabel bawah laut terputus antara Surabaya ke Denpasar menyebabkan brondband telkomsel di beberapa wilayah Bali tidak berfungsi termasuk Sanur -akhbar Bali Post 18.8.2009)

Saturday, August 15, 2009

Cuti Sabatikal 83-Kembara Bali : Pelabuhan Benoa




15 Ogos 2009 sebelah paginya jam 10.30 aku menonton televisi siaran TVRI NASIONAL dan alangkah terkejutnya aku gambar aku terpampang di televisi dalam rancangan PESONA BUDAYA. Barulah aku sedar rupa-rupanya gambarku itu adalah rakaman ketika aku menghadiri Konferensi dan Festival Internasional Bali Utara yang diadakan di Universitas Pendidikan Ganesha, Singaraja dua minggu yang lalu. Pada sebelah petangnya aku diziarahi rofiq sahabatku dari Denpasar. Kemudian aku ke rumahnya di Denpasar dan aku kemudiannya dibawa oleh Rofiq ke Pelabuhan Benoa. Aku memang belum pernah mengunjungi pelabuhan ini. Banyak kapal,bot dan sampan yang sedang berlabuh. Pelabuhan ini selain memunggah barang-barang yang datang dari luar ianya juga pelabuhan penumpang yang akan ke Makasar, Surabaya, Lombok dan Nusa Penida. Terfikir olehku akan ke Surabaya, Makasar sulawesi atau Lombok melalui pelabuhan ini, sekadar mencari pengalaman baru belayar melalui jalan laut.

Friday, August 14, 2009

Cuti Sabatikal 82-Kembara Bali: Teroris atau Syuhada


14 Ogos 2009 Akhbar dan televisi Indonesia masih hangat menyiarkan berita Noordin M.Top dan kumpulannya yang menggembarkan Indonesia. Berita dan tayangan pemakaman Ibrohim, Air Setiawan da Eko Joko Sarjono memberi konotasi yang berbeza. Bukan mudah Umat Islam Indonesia menerima dengan gampang istilah teroris bagi yang terkorban itu. Siaran Televisi MNC NEWS yang menyiarkan berita dan gambar pemakaman Air Setiawan dan Eko Joko Sarjono menayangkan gambar sepanduk Assyuhada bagi kedua-duanya itu. Malah makam mereka di atasnya ditulis orang yang taat solat. Manakala dalam akhbar Jawa Post hari ini ( 14/8/09)di muka depannya menerbitkan foto besar pemakaman yang dibacakan doanya oleh Ustad Abu Bakar Ba'asyir (ustad dari Malaysia yang pernah ditahan dalam penjara Indonesia kerana dituduh pemimpin JI ( Jemaah Islamiyah cawangan Indonesia) sekarang beliau pemimpin Pondok Pasentren Al Mu'min, Ngruki, Jawa Timur. Malah sepanduk tertulis SELAMAT DATANG PAHLAWAN ISLAM bagi kedua-dua jenazah yang terkorban itu ( Jawa Pos 14/8/09 ms.11). Lain pula dengan jenazah Ibrohim, jenazahnya telah ditolak oleh penduduk desanya untuk dimakamkan di situ kerana alasannya mencemarkan nama baik baik keluarga dan desa. Jenazahnya dimakamkan di perkuburan awam Jakarta.

Thursday, August 13, 2009

Cuti Sabatikal 81-Kembara Bali: Ibrohim bukan Noordin


13 Ogos 2009 semua saluran penting televisi dan kuran (akhbar)Indonesia menyiarkan berita utama pengumuman oleh Ketua Polis Indonesia tantang siapakah yang tewas di Temanggung Jawa timur dalam peristiwa serbuan pihak polisi. Setelah berhari-hari menunggu keputusan DNA ternyata yang tewas bukannya Noordin M.Top tetapi Ibrohim pembawa bunga dalam peristiwa letupan bom di dua hotel di Jakarta baru-baru ini. Pada mulanya semua akhbar dan televisi Indonesia dengan bangganya menyiarkan berita Noordin M.Top telah tewas. Siaran langsung televisi tentang penyerbuan itu diulang tayang puluhan kali tetapi rupa-rupanya Noordin Memang Top kata muka depan Akhbar Bali Ekspress. Ia bisa lolos. Akhbar Jawa Post juga menyiarkan di muka depan kharisma Noordin M.Top-sekali dia memberikan taskirahnya kepada kadernya terus konyol. Wah hebatnya orang Malaysia. Itulah sebabnya hubungan Indonesia dan Malaysia sejak akhir-akhir ini agak panas kerana beberapa perkara: isu Pulau Sipadan, isu pulau Ligitan, isu penzalimi TKI. Isu Manohara, Isu Dr.Azhari,Ustaz Abu Bakar Basir, Nordin Mat Top (Semuanya dari Malaysia)dan terkini isu Pulau Ambalat.Kadang-kadang aku jadi cemas dibuatnya namun begitu aku berjaya menerangkan keadaan yang sebenarnya di kalangan rakan-rakan dosen dari Indonesia dan rakan-rakan yang bukan dosen. Aku kira aku telah mempunyai rakan-rakan di sini. Janganlah sampai kerana isu-isu itu menyebabkan hubungan bangsa serumpun menjadi tidak enak.

Tuesday, August 11, 2009

Cuti Sabatikal 80-Kembara Bali:IT dan Warong Sederhana



12 Ogos 2009 sebelah paginya aku membuka laptop dan YM dengan Joe dan pegawai Koperasi Muslimin di Kuala Lumpur, Suhaila. Selepas itu membalas komen yang dikirimkankan oleh siswaku dalam friendsterku terutama Mat Shah. Sebelah malamnya aku YM dengan siswi-siswiku sampai jam 1.30 pagi. Pelbagai soalan yang ditanya ada yang tanya tentang lukisan analitikal dan pelbagai lagi. Inilah kelebihan IT- internet bisa mengecilkan dunia sehingga menyebabkan dunia tanpa sempadan. Globalisasi membuatkan manusia bisa berinteraksi tanpa had dan halangan. Malah pembelajaran tidak khusus lagi dalam bilik darjah, bisa dilaku di rumah melalui blog,Yahoo Massenger, Friendster, Facebook, e-mail. Alhamdulillah 5 saluran itu aku miliki dan bisa kukendalikan sekarang. Dahulunya aku sangat jahil dengan progrem ini namum sekarang aku tidak mahu ketinggalan kerana terlalu besar manafaatnya kepada proses keilmuan. Cuma u tube aku belum bisa membikinnya. Insyaalah aku akan mempelajarinya nanti. Sarapan pagi Yanto memasak mee goreng dengan telur dan waktu tengahari aku dan Yanto makan tengahari di Warung sederhana. Karyawan warung sederhana sudah mengetahui menu yang selalu aku santapi iaitu nasi,ayam bakar atau sate ikan, kerabu (urap) dan teh tawar panas.

Cuti Sabatikal 79-Kembara Bali: Kesunyian


11 Ogos 2009 kepulangan mereka berdua memberi kesan besar kepada kehidupanku. Kesunyian melanda. Aku terngingang-terngiang bercanda dengan mereka. Sepanjang pagi aku duduk termenung. Lantas aku membuka laptop dan mendengar lagu-lagu Broery Marantika yang aku simpan dalam laptop itu. Tengahari aku ke warung makan sederhana untuk makan tengahari. Baliknya aku melihat Yanto di sebelah rumahku. Dia baru tiba dari Surabaya. Kebetulan dia datang ke Bali urusan kerja. Barangkali kesunyianku terubat juga dengan kedatangan Yanto.Sepanjang hari aku tidak kemana-mana melainkan bermain dengan laptopku sahaja.

Monday, August 10, 2009

Cuti Sabatikal 78-Kembara Bali: Pulang ke Malaysia


10 Ogos 2009 adalah hari terakhir jo dan hassan di sini. Paginya, Jo dan hassan melakukan operasi di rumahku jo mengemas dapur dan halt manakala hasan melakukan operasi komputer dengan memasukkan gamabar dan bahan lain dalam komputerku.Jam 2 petang setelah menunaikan solat zohor, Suaidi datang dan membawa kami ke kantor imigrasi.Akhirnya aku berjaya mendapatkan visa lanjutan yang aku nanti-nantikan. Namun begitu pada 20 Ogos nanti aku sekali lagi perlu datang ke kantor ini untuk memohon perlanjutan visa untuk bulan September. Aku perlu melanjutkan visaku setiap bulan sehingga akhir bulan november selepas itu aku perlu keluar dari Indonesia dan masuk semula menyambung lebihan cuti Sabatikalku yang tinggal 3 bulan lagi. Kemudian kami makan tengahari di restoran Minang sebelum ke bandara (lapangan terbang) Ngurah Rai International Airport. Kesedihan terasa juga di hati ini melepaskan mereka berdua pergi. Pastinya aku kesunyian kembali.

Cuti Sabatikal 77-Kembara Bali:Nusa Dua dan Ulu Watu





9 pagi 9 Ogos 2009 selepas sarapan pagi aku,jo dan hasan ke Nusa Dua di bahagian bawah dan hujung Pulau Bali. Sebelum ini aku memang tidak pernah pergi ke tempat ini. Alhamdulillah, Suaidi telah membawa kami semua ke sini. Pemandangan pantai dan laut yang sangat menarik terutama pokok-pokok yang merendang yang menjatuhkan bayang di sana sini. Malangnya aku tidak membawa buku sketch, kalau tidak lanskap itu akan aku rakamkan melalui medium water colour. Ada sesuatu yang paling menarik di sini iaitu 'waterblow' di celah-celah batu karang. Ombak yang besar ke udara dengan percikan air yang merata, cukup mempesona. Pemandangan ini tidak ada di tanah air kita. Kami menunggu pergerakan air yang akan membentuk ombak besar dan meledak di udara. Sangat indah. Lama kami di sini merakamkan foto-foto itu. Selepas itu kami bertolak ke Ulu Watu. Di tengah jalan kami singgah di musolla untuk menunaikan solat jamak awal zohor dan asar. Satu lagi pemandangan yang menakjubkan di Ulu watu. Pura di tepi tebing tinggi manakala di bawahnya laut. Ramai pengunjung dari pelbagai negara datang ke sini menyaksikan lanskap ini.