Sunday, August 2, 2009

Cuti Sabatikal 72-Kembara Bali-Pulang ke Denpasar
















Selepas mengunjungi dua buah masjid itu, aku dibawa oleh Hardiman ke Terminal Bas untuk pulang ke Denpasar. Inilah pertama kali aku pulang dari Singaraja menaiki bas selalunya dengan kereta. Tambangnya jauh lebih murah iaitu Rp 25,000. Aku ingin sangat melihat pemandangan sawah melalui tingkap bas. Aku duduk di belakang pemandu bas kerana dapat melihat pemandangan dengan lebih selesa lagi. Wah memang menarik selepas melalui pemandangan laut di Lovina, bas menaiki bukit dan kemudiannya menuruni lembah yang mengandungi sawah padi teres yang indah. Aku juga menyaksikan petani sedang bekerja di sawah padinya. Malah aku dapat melihat gadis-gadis sedang mandi separuh telanjang di sungai-sungai di tepi jalanraya itu. Perjalanan yang melebihi 3 jam itu memang tidak menjemukan. Akhirnya aku sampai juga di Ubung Denpasar dan kemudiannya aku menaiki angkut ( van) ke Sanur.

No comments:

Post a Comment