Friday, August 28, 2009

Cuti Sebatikal 95- Kembara Bali: Lawatan ke Bedugul dan Tanah Lot.






Jumaat 28 Ogos 2009, seawal pukul 10.00pagi, kami bertolak ke Kaunter MAS. Apa taknya Zaba dah tersilap return tiket pada 30 September 2009. Dia pening kepala sebab terpaksa ke sekolah pada 1 September. Nasib baik dapat tukar tarikh perjalanan jadi legalah sikit. Selepas itu kami terus ke Bedugul. Sepanjang perjalanan, cuaca mendung . Aku berharap sangat agar hujan akan turun. Sepanjang di Bali ni, baru sekali hujan turun itupun sekejap sahaja. Di pertengahan perjalanan, aku dan Suhaidi berhenti solat Jumaat di masjid At Taubah , Tabanan. Selesai solat, kami meneruskan perjalanan. Kami singgah di pasar Bedugul untuk "shopping". Seronoknya di sini, kita boleh membuat tawaran sehingga 3/4 dari harga asal. Kami meneruskan perjalanan setelah lebih kurang sejam berada di situ. Bedegul terkenal dengan puranya yang berusia beratus-ratus tahun. Di situ juga terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Namun begitu penduduknya ramai yang beragama Islam. Zaba singgah solat di Masjid Candi Kuning sementara aku dan Suhaidi lepak sambil menikmati panorama indah dari masjid yang terletak di atas puncak bukit. Cuaca di sini nyaman dan dingin. Kami sempat merakamkan beberapa keping gambar sahaja di Pura Ulun Danu Candi Kuning kerana bateri kamera dan mula kurang. Perjalanan pulang membawa kami ke Tanah Lot. Melihat mentari terbenam, sungguh mengasyikkan. Begitu indah sekali.

3 comments:

  1. Hai, Ok nampak..... banyak shoping kat tanah lot. kalau boleh pakailah smart sikit.. bila shooting foto berdua tu ok lah...... Teringat pulak saya tak beli ukiran kayu yang murah di tanah lot.... pas ni kesunyian lagi lah...

    ReplyDelete
  2. Well, I think he looks good in his outfit, simple and santai; unless he wants to attract the girl or he wants the girl to be attracted to him...

    ReplyDelete
  3. However, I totally disapproved of a non-muhrim taking photos like that. As a good muslim brother (as what he wishes to be), he shouldn't let himself to be caught in this embarrassing situation where thousands of eyes see this blog. As a Muslim, we have limits, and titles duda, Dr, Dato, don't exclude a person from the limits ruled by Allah the Almighty.

    ReplyDelete