Tuesday, August 11, 2009

Cuti Sabatikal 79-Kembara Bali: Kesunyian


11 Ogos 2009 kepulangan mereka berdua memberi kesan besar kepada kehidupanku. Kesunyian melanda. Aku terngingang-terngiang bercanda dengan mereka. Sepanjang pagi aku duduk termenung. Lantas aku membuka laptop dan mendengar lagu-lagu Broery Marantika yang aku simpan dalam laptop itu. Tengahari aku ke warung makan sederhana untuk makan tengahari. Baliknya aku melihat Yanto di sebelah rumahku. Dia baru tiba dari Surabaya. Kebetulan dia datang ke Bali urusan kerja. Barangkali kesunyianku terubat juga dengan kedatangan Yanto.Sepanjang hari aku tidak kemana-mana melainkan bermain dengan laptopku sahaja.

4 comments:

  1. Abah kamu seorang insan yang sangat baik, jujur, murah hati, sensitif dan periang. Dia selalu bercerita ttg anak2nya..rindunya pada gelak tawa mereka dan sayangnya pada mereka tidak ada nilainya dengan wang ringgit..abah kamu seorang yang hebat dengan anak2nya.

    ReplyDelete
  2. Mi, terima kasih banyak2 di atas kesudian kau menerima dan melayani kami selama 6 hari di Bali. Segala kenangan itu akan disimpan di dalam album kami sampai bila2. Teruskanlah perjuanganmu untuk mencari ilmu dan alamilah hidup ini dengan tenang, reda dan pasrah. Sesungguhnya kau seorang sahabat yang sungguh baik dengan sahabat2nya... jumpa lagi..jaga dirimu...

    ReplyDelete
  3. Kepada Zulaikha... saya mengenali abah zu begitu lama sejak zu masih kecil... beliau seorang bapa yang penyayang kepada anak-anaknya...Sebenar dalam isi hati seorang ayah tentu hasih dan sayang kuat pada anak-anaknya. Maksud 'Sunyi' abah Zu itu adalah sunyi apabila ketiadaan kami yang sentiasa akrab dengannya.. kami sungguh serasi. Abah Zu sentiasa menunggu Posting Comment dari Zu dalam bloknya... Saya sangat mengenali ayah Zu seorang yang baik, peramah, tidak buruk sangka, beragama, pemurah dan penyayang....

    ReplyDelete