Monday, May 30, 2011

PENGANUGERAHAN DARJAH PADUKA MAHKOTA PERAK








28 Mei 2011(Sabtu), aku dititah mengadap ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr.Nazrin Shah ke Istana Iskandariah,Kuala Kangsar untuk penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak. Aku dianugerahi Darjah Paduka Mahkota Perak.Aku mengucapkan syukurkepada Allah SWT dan menjunjung kasih Tuanku. Sepanjang istiadat itu berlangsung aku diiringi oleh adik angkatku Zainal Din.

Wednesday, May 18, 2011

SSL 3062 SENI ISLAM PERBANDINGAN-LAWATAN AKADEMIK KE TERENGGANU








17 hingga 19 Mac 2011 yang lalu, aku telah membawa pelajar-pelajar Seni semester 4 dan semester 2 yang mengambil kursus SSL 3062 Seni Islam Perbandingan ke Terengganu untuk melakukan kerja lapangan. Penyelidikan beberapa buah masjid di Kuala Terengganu adalah untuk memenuhi syarat lulus kursus tersebut. Antara masjid yang dikaji ialah Masjid KUIZSA,Masjid Terapung dan Masjid Kristal di samping membuat rujukan di Muzium Negeri Terengganu.Penyelidikan lebih tertumpu kepada soal estetika,pengaruh,sejarah,struktur dan elemen masjid. Pelajar-pelajarku bebas untuk mengambil gambar,melakar,menemubual dan berbincang mengenai imej dan objek yang dikaji. Beberapa semester lepas kerja lapangan dibuat di Melaka dengan mengkaji masjid-masjid tua di sana.

Perjalanan yang mengambil masa hampir 8 jam dengan menaiki bas UPSI memang memenatkan tapi amat menyeronokkan dengan telatah pelajar-pelajarku ini. Aksi tidur dan karaoke dalam bas adalah aktiviti sepanjang perjalanan tersebut. Kami sampai jam 9 malam. Aku,Zainal dan Dr.Joe menginap di Rumah Tamu UDIM manakala pelajar-pelajarku menginap di Homestay. Pengarah progrem Fatimah Nadia dan ahli jawatankuasanya telah bertungkus lumus mmenjadikan progrem ini sehingga menjadi kenyataan.Pihak fakulti juga telah membantu dari segi kewangan.

Tuesday, May 10, 2011

BUKU SEJARAH KESEDARAN VISUAL DI MALAYA DICETAK KALI KEDUA


11 Mei 2011, berita menggembirakankan ku ialah buku "Sejarah Kesedaran Visual di Malaya karyaku yang telah diterbitkan pada tahun 2007 oleh Penerbit UPSI telah mengalami cetakan kedua. Cetakan kedua kali ini berjumlah 750 naskhah. Paling menggembirakan ku juga ialah buku ini telah menjadi koleksi khas Australian National Library. Aku mengetahuinya melalui internet. Buku ini juga menjadi koleksi ATMA-Akademi Tamadun Melayu UKM. Buku ini telah menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar Ph.D dan Master selain menjadi rujukan pelajar-pelajar ijazah pertama seni. Aku juga telah dihubungi beberapa orang artis berhubung dengan isi kandungan buku ini yang dikatakan sangat berbeza dan bermanafaat..terutamanya maklumat mengenai cetakan kayu zaman kolonial. Dua orang pelajar Ph.d dari University of syndney, Australia dan Universiti Malaya telah menghubungiku dan membeli naskhah buku ini yang sangat membantu mereka dalam penyelidikan sejarah seninya. Aku sangat bersyukur kepada Allah azzawajalla kerana bukuku ini menjdi sumber ilmu yang bermanafaat.

Sunday, May 8, 2011

KARYA CAT AIRKU YANG TERKINI- HANI



9 Mei 2011,setelah lama aku tidak melukis akhirnya hati dan tanganku tergerak-gerak untuk melukis sesuatu. Kenangan lama di Bali menggamitku lagi, kenangan indah itu aku rakamkan semula dalam bentuk catan cat air.

Friday, May 6, 2011

syarahan perdana perlantikan profesor oleh pror.dr.zakaria ali










6 mei 2011 jam 9 pagi berlangsunglah Syarahan Perdana perlantikan profesor yang disampaikan oleh Pror.Dr Zakaria Ali dari Fakulti Seni,komputeran dan Industri Kreatif, UPSI. Ramai ilmuan dan sarjana seni dari UPSI,UiTM, UM,UKM, USM,Balai Seni Lukis Negara, Institut kraf negara, galeri Petronas, seniman dan pelukis datang untuk mendengar dan meraikan majlis tersebut.Tajuk syarahan tersebut ialah" An Interpretation on the Tradition of Figurative Art in Malaysia"

Wednesday, May 4, 2011

KENANGAN LALU

KHAMIS,5 MEI 2011, tiba-tiba entah mengapa aku teringat nak menulis blog. Dah lama aku tak menulisnya. Palingku ingat hanyalah bulan Disember ketika aku melancong ke Pulau Tioman. Ini bermakna dah 5 bulan aku tak menulis apa-apa dalam blogku sedangkan banyak peristiwa penting tentang diriku dan kaitannya tidak ku tulis. Barangkali aku lebih banyak menumpukan kepada facebook sehingga meninggalkannya. Maafkan aku, blog.