Monday, August 17, 2009

Cuti Sabatikal 86-Kembara Bali: Nabilla Internet

18 Ogos 2009 aku ke Nabilla Internet untuk menulis catatan untuk blogku,sambil menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh siswi lelawati yang sedang praktikum. Aku terpaksa sekali lagi ke Nabilla kerana diberitakan melalui Jawa Post hari ini 18/8/09 kabel dasar Laut yang menghubungi Surabaya ke Denpasar telah terputus menyebabkan lumpuhnya perkhidmatan brondband telkomsel di beberapa daerah di Bali termasuk tempatku Sanur. Sudah 4 hari aku tidak dapat menggunakan brondbard flash Telkomsel unlimited itu. Aku juga YM denga sahabatku Joe. Nampaknya Joe kerap YM denganku dan sempat membaca blognya tentang kisah-kisah lucu di Bali.Menarik. Dia pintar menulis.Seperti juga Hassan. Menulis macam makan minum sahaja dibuatnya. Waduh cuba kalian melawati blognya http://johariseni.blogspot.com dan juga blog En Hassan Ghazali http://senivisual2.blogspot.com ada cerita mereka di Bali ketika menziarahiku di sini.

2 comments:

  1. Salam, Saya dah jadikan Utube utuk video nyanyian Dr. Masalahnya tak boleh diemailkan...berat... kalau Dr sudi beri kata laluan dan pasword (sms pada saya) saya akan tolong masukkan..... Jaga kesihatan dan gembiara selalu... selamat berpuasa di perantauan...

    ReplyDelete