Thursday, August 13, 2009

Cuti Sabatikal 81-Kembara Bali: Ibrohim bukan Noordin


13 Ogos 2009 semua saluran penting televisi dan kuran (akhbar)Indonesia menyiarkan berita utama pengumuman oleh Ketua Polis Indonesia tantang siapakah yang tewas di Temanggung Jawa timur dalam peristiwa serbuan pihak polisi. Setelah berhari-hari menunggu keputusan DNA ternyata yang tewas bukannya Noordin M.Top tetapi Ibrohim pembawa bunga dalam peristiwa letupan bom di dua hotel di Jakarta baru-baru ini. Pada mulanya semua akhbar dan televisi Indonesia dengan bangganya menyiarkan berita Noordin M.Top telah tewas. Siaran langsung televisi tentang penyerbuan itu diulang tayang puluhan kali tetapi rupa-rupanya Noordin Memang Top kata muka depan Akhbar Bali Ekspress. Ia bisa lolos. Akhbar Jawa Post juga menyiarkan di muka depan kharisma Noordin M.Top-sekali dia memberikan taskirahnya kepada kadernya terus konyol. Wah hebatnya orang Malaysia. Itulah sebabnya hubungan Indonesia dan Malaysia sejak akhir-akhir ini agak panas kerana beberapa perkara: isu Pulau Sipadan, isu pulau Ligitan, isu penzalimi TKI. Isu Manohara, Isu Dr.Azhari,Ustaz Abu Bakar Basir, Nordin Mat Top (Semuanya dari Malaysia)dan terkini isu Pulau Ambalat.Kadang-kadang aku jadi cemas dibuatnya namun begitu aku berjaya menerangkan keadaan yang sebenarnya di kalangan rakan-rakan dosen dari Indonesia dan rakan-rakan yang bukan dosen. Aku kira aku telah mempunyai rakan-rakan di sini. Janganlah sampai kerana isu-isu itu menyebabkan hubungan bangsa serumpun menjadi tidak enak.

2 comments:

  1. Salam, Masih teringat kita bersama-sama sentiasa mengikuti perkembangan Serangan Polisi Indon kononnya di kediman Nordin. Ternyata Polisi di sana tidak menyiasat sehalusnya siapa dikediaman tersebut.

    Dalam Blog Seni Visual, saya akan masukkan beberapa siri menganai Bali. siri satu sebagai pengenalan... sila kongsi bersama saya...
    teruskan membuat kajian dan jaga kesihatan saudara.

    ReplyDelete
  2. Thanks saya akan lawati dan komen blog saudara

    ReplyDelete