Friday, July 31, 2009

Cuti Sabatikal 68-Kembara Bali:Konferensi dan Festival Internasional Kebudayaan Bali Utara.






































Bersama ini kuserta foto-foto sepanjang konferensi itu berlangsung.

Cuti Sabatikal 67-Kembara Bali: Konferensi dan Festival Internasional Kebudayaan Bali Utara di UNDIKSHA
























Jam 9 pagi 31 Julai 2009 aku menyambung kehadiranku di Konferensi dan Festival Internasional Kebudayaan Bali Utara di Universitas Pendidikan Ganesha, Singaraja. Aku tidak mahu menjadi peserta pasif dan itu bukan sifatku. Setiap sesi dari pagi sampai petang kulontarkan beberapa soalan kepada panel antaranya ialah antara estetika dan pemusnahan alam, budaya pasar yang merendahkan martabat kesenian dan gaya tuluth yang mendominasi aksara Jawi dalam tulisan-tulisan surat-surat Melayu di Nusantara. Di Konferensi aku sempat berkenalan dengan beberapa orang ahli panel antaranya ialah Mr.Maurizio dari Itali, beliau adalah seorang penerbit buku, penulis dan fotografer. Kertas kerja adalah mengenai Khazanah foto lama Bali Utara.Add Image

Thursday, July 30, 2009

Cuti Sabatikal 66-Kembara Bali: Konferensi International Kebudayaan Bali Utara di UNDIKSHA











Jam 7 pagi 30 Julai 2009 aku bertolak dengan adik Made ke Universitas Pendidikan Ganesha, Singaraja. Perjalanan memakan masa lebih 3 jam. Sampai ke Singaraja aku ke kantor Telekomsel Simpati untuk membayar bil broadbend modem Flash berjumlah Rp230,000. Pertolongan dan layanan mesra petugas kantor bernama cartina sangat menyenangkan. Kemudian aku 'Chek-In' di Hotel Wijaya. Aku kemudiannya ke pejabat dosen undiksa, bapak Nyoman dan bapak Jajang dan berbincang beberapa hal mengenai kesenian tradisional Bali termasuk kawasan atau desa yang perlu dikunjungi untuk mendapat sumber langsung mengenai kesenian itu. Jam 1.30 tengahari aku balik ke bilik penginapanku di Hotel Wijaya untuk berehat. Jam 4.30 petang aku ke Undiksa menghadiri konferen dan mendengar empat orang ahli panel membicarakan tentang kebudayaan Buleleng daripada pelbagai aspek. Aku sempat berkenalan dan berbual-bual dengan wanita Poland bernama Renata Maria yang duduk di sebelahku.

Cuti Sabatikal 65-Kembara Bali: Imigrasi dan makan malam




Jam 9 pagi 29 julai 2009 aku dan Yanto ke kantor Imigrasi Denpasar untuk urusan visa melanjutkan izin tinggal di Bali. Aku terpaksa berurusan di kantur ini bagi melanjutkan visa izin tinggal tiap- tiap bulan sehingga akhir bulan November 2009. Kemudian aku kena keluar dari Indonesia dan kemudiannya masuk semula dengan visa yang baru. Visa aku adalah visa Kunjungan Sosial dan Budaya yang hanya diberikan keizinannya selama 6 bulan sahaja. Bayaran untuk visa perlanjutan ini ialah Rp 250,000. Sebelah malamnya aku dan yanto makan mee goreng Jokja di Restoran Ayam Bakar Wong Solo kepunyaan Raja Poligami Indonesia.

Tuesday, July 28, 2009

Cuti Sabatikal 64-Kembara Bali: Tenunan Songket dan Pertukangan besi





























Selepas solat aku dibawa oleh Made ke kawasan desa Jinang Dalem Mandung,Singahraja untuk melihat perusahaan kecil menenun songket yang dibuat oleh ibu-ibu di rumahnya di desa itu. Aku dapat melihat ibu Wayan Sri Dani ( 64 tahun) sedang menenun songket tradisional dengan peralatan tradisional turun temurun. Beliau belajar dari ibunya dan sekarang dia mengajar anak perempuannya pula. Begitulah berakarumbinya kesenian tradisi Bali. Tidak pernah padam dan berakhir ada sahaja pewarisnya. Motif tenunannya lebih kepada motif geometrik. Tidak jauh daripada rumah tersebut aku menemui Ibu Wayan Budatri ( 50 tahun) yang sedang menenun songket bermotifkan merak kecil. Beliau belajar menenun dari ibunya sejak berumur 8 tahun dan sekarang dia mengajar kepada anak perempuannya pula. Pekerjanya ada 10 orang yang terdiri daripada ahli keluarganya sendiri. Songket-songketnya ada yang dijual serendah Rp 700,000 bagi samping dan lebih 1 juta Rupiah untuk kain berukuran 18 x 120 m. Ada pelbagai motif yang dihasilkan untuk songketnya itu ada motif belah ketupat, merak besar, merak kecil dan kembang bunga. Benang-benang termasuk benang emas diperolehi dari kedai-kedai di Denpasar. Aku diterangkan nama-nama bahagian dan fungsi pada alat menenun tradional yang dibuat daripada kayu dan buluh itu antaranya jangjang, belida,jeriring,serat dan perorogan. Selepas itu aku ke Kampung Simpang Desa Poh bergong, Singahraja iaitu kampung Made sendiri dan aku saksikan ayahnya bernama Wayan Wilej ( 62 tahun) seorang tukang besi yang membuat pisau, keris, parang, golok dan sabit. Beliau telah menghasilkan karya-karya itu sejak 40 tahun yang lalu dan Made dahulunya telah belajar kemahiran membuat peralatan besi itu daripada ayahnya.

Cuti Sabatikal 63-Kembara Bali: UNDIKSHA







Jam 7.15 pagi 28 Julai 2009 aku bertolak dari rumah ke Universitas Pendidikan Ganesha, Singahraja dengan rakan baruku Made yang berasal dari Singahraja. Aku sampai ke Singahraja jam lebih kurang 10 pagi melalui jalan yang menarik dengan kiri kanannya penuh dengan pemandangan menghijau hutan, sawah padi, dusun dan desa. Malah melalui danau bratan dan Danau Tamblingan yang luas dan indah itu. Kali ini kabus banyak menyelubungi perjalanan sehingga hampir tidak kelihatan kenderaan. Udara yang dingin terutama di Bedugul menyegarkan pemikiran. Di Undiksha aku bertemu dengan dosen dan Dekan Fakultas Bahasa dan Seni Dr.Made Sutama. Perbincangan mengenai pelbagai aspek berjalan dengan penuh mesra. Aku juga meminta jasa baik Dekan untuk membuat surat perlanjutan Visa untuk dikemukakan kepada Ketua Imigresen Denpasar. Aku juga dijemput hadir dalam Konferensi International Kebudayaan Bali Utara yang dianjurkan oleh universiti itu pada 30 Julai sehingga 2 Ogos 2009. Pada masa yang sama Dekan meminta aku membentangkan kertas kerja dalam Seminar Antarabangsa yang akan diadakan pada 2 Oktober 2009 nanti. Balik dari Undiksa aku menempah bilik di Hotel Wijaya ,Singahraja untuk penginapanku sepanjang konferensi itu. Selepas itu aku menunaikan solat jamak qasar zohor dan Asar di Masjid Nurul Amin Kajanan, Singahraja.

Monday, July 27, 2009

Cuti Sabatikal 62-Kembara Bali: Pameran lukisan Bulian Undiksa di Museum Neka





























Jam 12.oo tengah malam tadi aku terima sms daripada Pak Hardiman untuk mengundangku ke Pameran Bulian oleh Jabatan Pendidikan Seni Rupa Universiti Pendidikan Ganesha, Singahraja yang akan dirasmikan oleh Rektor Undiksa di Museum Neka,Ubud jam 5 petang 27 Julai 2009. Selepas menunaikan solat asar aku bertolak ke sana jam 3.55 petang dan sampai sana agak lewat sedikit tetapi alhamdullillah perasmian belum dibuka lagi. Aku bertemu dengan rektor Undiksa Prof. Dr. I Nyoman Sudiana M.Pd., Dekan Fakultas Bahasa dan Seni Dr.Made Sutama, Pak Hardiman selaku kurator pameran dan dosen-dosen Undiksa. Sementara menunggu acara perasmian aku berbual panjang dengan Dekan Fakultas Bahasa dan Seni dan beberapa orang dosen Undiksa mengenai penemuanku sepanjang dua bulan aku di sini. Nampaknya mereka belum mengetahui tentang kisah warisan Trengganu di Loloan Timur. Aku juga bertanya mengenai khazanah daun lontar khususnya makna-makna yang terdapat pada ilustrasi itu kepada dosen undiksa Nyoman Sila. Pameran seni rupa ini dikuratorkan oleh Hardiman dosen Undiksa anak murid kepada Prof.Dr.Tjep Tjep Rohindi yang sedang mengajar di UPSI,Tanjong Malim. Pameran yang berlansung selama sebulan ini memamerkan citra Desa Bulian di Singahraja yang mengandungi empat bahagian iaitu Kuliner dan produksi, Sosial dan Kemasyarakatan, Potret dan Tokoh serta Metos dan Religi. Karya-karya ini dihasilkan secara kolektif oleh Dosen dan Mahasiswa Pendidikan Seni Rupa Undiksa berdasarkan kepada khazanah yang ada di desa Bulian itu.

Sunday, July 26, 2009

Cuti Sabatikal 61-Kembara Bali:Rakanku Yanto


26 Julai 2009 aku menghabiskan pembacaan buku Ramalan Tentang Muhammad SAW. Buku ni cukup menarik untuk dibaca. Dalam Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru ada dinyatakan tentang Muhammad SAW mengikut penulis itu. Buku ini agak kritikal membahaskan persoalan nubuat Muhammad SAW. Yanto kegemarannya masak, pagi-pagi lagi dia sudah menyiapkan minuman untuk breakfast kami berdua. Selepas itu dia masak nasi dan lauk ikan sardin cap ayam. Dua hari ini aku ngak makan di warung sederhana, malah aku ngak keluar rumah. Makanan pagi, tengahari dan malam telah disiapkan olehnya. Terima kasih banyak. Walaupun rakanku ini beragama kristen tetapi dia memahamiku sebagai muslim. Kami cepat mesra walaupun berlainan agama. Sambil makan kami menonton televisi di ruang tamu. Jam 2.30 petang Yanto keluar kerana urusan bisnesnya, semalampun begitu. Biasanya jam 6 petang barulah dia balik. Aku kenal dia sewaktu menjadi jiranku di Luisa Home Stay Sanur. Di situlah bermulanya persahabatan kami. Dia hampir tiap-tiap bulan datang ke Bali urusan bisnes, seorang duda mempunyai seorang anak perempuan remaja yang tinggal di Surabaya. Bekas isterinya meninggalkan dia dan menetap di Jakarta dan dia memelihara anak perempuannya itu. Dia fasih berbahasa Inggeris, jarang orang Indonesia yang boleh bertutur sebegitu. Bisnesnya mengambil tender untuk pelbagai acara seperti seminar, konvensyen. Dia akan mencipta kad,TShirt,beg, fail dan cenderamata lainnya untuk tender itu. Cita-citanya yang saban kali dituturkan padaku dia akan berpindah ke Amerika dan membawa anaknya untuk belajar di sana.

Saturday, July 25, 2009

Cuti Sabatikal 60-Kembara Bali: Santai di rumah


25 Julai 2009 sepanjang hari aku di rumah dari pagi sampai malam. Rakanku Yanto memasak nasi dengan lauk ikan kayu goreng yang aku beli di Karangasem. Ikan kayu itu segar lagi walau pun sudah seminggu aku masukkan dalam peti ais ( orang Indonesia memanggilnya lemari es). Selepas puas membaca buku Ramalan Tentang Muhammad SAW yang masih belum selesai lagi, aku menonton DVD Ayat-ayat Cinta yang telah kubeli lama tapi masih belum menontonnya lagi. Wah ! menarik ceritanya, ada kesedihan di sebalik rona-rona cinta itu.Novelnya juga aku beli tapi masih belum membacanya. Novel ini adalah bestseller di Indonesia yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy seorang dai, novelis dan pendiri pasenteren yang lahir di Semarang. Banyak novel yang berciri Islam yang telah dilahirkan malah telah difilemkan termasuk ayat-ayat cinta dan yang terbaru Ketika Cinta Bertasbih yang filemnya telah kutonton di bioskup di Surabaya. Filemnya menarik tetapi terhenti di part 1 dan kemudiannya akan dibuat sambungannya part 2 entah bila pula. Sebuah lagi novelnya Dalam Mihrab Cinta telah kubeli tetapi masih belum kusentuh lagi.

Friday, July 24, 2009

Cuti Sabatikal 59-Kembara Bali: READING


24 Julai 2009 aku meneruskan pembacaanku mengenai buku Ramalan Tentang Muhammad SAW dalam Kitab zoroaster, Hindu, Buddha dan Kristen (2008)oleh Abdul Haq Vidyarthi dan Abdul Ahad Dawud yang diterbitkan oleh Pt Hikmah Publika. Pembacaanku semakin menarik sekali sebabnya dalam kitab Zoroaster itu jelas sekali menyebut nama MUHAMMAD dari Arabia, malah dalam kitab Weda juga menyebut nama Mamah merujuk kepada nama Muhammad. Aku baru menyelesaikan 77 muka surat dan banyak lagi muka surat yang belum aku habiskan. Rakanku dari Surabaya Yanto datang ke rumahku hari ini. Beliau baru sahaja sampai dari Surabaya dengan bas. Petangnya kami ke Kuta mengunjungi toko buku Karisma di Galerir, aku sempat membeli sebuah buku bertajuk Kritik Seni ( 2007) oleh Dr.Dharsono dan diterbitkan oleh Rekayasa Sains.

Thursday, July 23, 2009

Cuti Sabatikal 58-Kembara Bali: Makan Malam di Wong Solo






















Selepas solat Isha' aku dibawa oleh Rofiq ke Restoran Ayam Bakar Wong Solo di Kuta tempat dia bekerja dahulu. Wow ! Indah sungguh restoran itu. Penuh dengan ukiran dari Jepara. Manakala kayu-kayunya adalah kayu jati yang disapu dengan warna hijau tua menampakkan antiknya bangunan itu. Dindingnya dianyam dengan buluh dan mengekalkan keaslian warna kuning buluh itu. Restoran ini dua tingkat yang dihubungkan dengan tangga. Tingkat atas untuk pengunjung makan sambil bersila manakala tingkat bawah disediakan meja dan kerusi. Keseluruhan bangunan restoran ini boleh memuatkan 300 pengunjung untuk sekali makan. Aku memesan ikan kerapu bakar, sayur, tahu dan minuman teh o panas. Taukehnya adalah orang Solo, Jawa digelar Raja Poligami kerana mempunyai empat isteri. Restoran ini mempunyai 30 cawangannya di seluruh Indonesia malah ada cawangannya di Ampang Malaysia. Di Bali sahaja ada dua restoran ini. Satu menjual steak dan mee jokja manakala yang satu lagi menjual ayam dan ikan bakar. Memang makanan yang disediakan enak sekali. Harganya juga berpatutan. untuk dua orang makan bagi menu yang dipesan tadi harganya Rp 80,000 menyamai Rm 30.

Cuti Sabatikal 57-Kembara Bali:Tanah Perkuburan Bugis











23 Julai 2009 sejak pagi sampailah petang aku membaca dua buah buku iaitu Ramalan Tentang Muhammad SAW dan novel Martir Tuhan. Caranya begini sekiranya aku penat membaca buku Ramalan Tentang Muhammad SAW kerana isinya agak berat ( jumlah muka surat 425) aku akan membaca novel Martir Tuhan ( jumlah muka surat 376) yang agak ringan. Akhirnya novel itu selesai aku baca jam 6 petang manakala buku Ramalan Tentang Muhammad SAW belum selesai aku baca. Nampaknya dalam masa cuti Sabatikal ini aku banyak membaca buku dan membuat kerja-kerja lapangan untuk penyelidikanku. Selepas menunaikan solat Maghrib di rumah jam 6.30 petang( di sini waktu solat maghrib awal itu jam 6.15 petang) aku ke Denpasar dengan Rofiq sahabat baruku itu. Di pertengahan jalan Rofiq menunjukkan kepadaku kawasan makam orang-orang Islam Bugis di Denpasar Selatan. Kawasan perkuburan itu agak luas dan bertembok. Malah ia adalah kawasan perkuburan orang-orang bugis yang awal berhijrah ke Bali. Selepas melihat kawasan perkuburan itu aku ke sebuah masjid di Denpasar Selatan yang sedang direnovasi. Aku dan Rofiq sempat menunaikan solat isya berjemaah di situ.