Monday, August 31, 2009

Cuti Sabatikal 101-Kembara Bali: GANYANG MALAYSIA






1 Sepetember 2009 Aku menonton Televisi Saluran Trans 7 jam 2.15 pagi waktu Bali. Alangkah terkejutnya aku siaran itu menyiarkan demontrasi ANTI MALAYSIA oleh pelajar-pelajar universitas di Indonesia disertai oleh warganegara Indonesia lain di bandar-bandar besar Indonesia seperti di Medan,Jakarta dan Surabaya dan kemungkinan besar akan merebak ke bandar-bandar lain. Aku menyaksikan bendera-bendera Malaysia di koyak, di pijak dan dibakar. Aku jadi terlalu marah melihat bendera kita dibuat begitu. Sepanduk-sepanduk anti Malaysia dan Ganyang Malaysia terpapar di sana-sini. Para Demontrans mendesak Pemerintah Indonesia bersikap keras kepada Kerajaan Malaysia. Isu yang hangat sekarang ini ialah Malaysia sewenang-wenangnya mendakwa beberapa budaya mereka adalah hak milik mereka sebagai contoh Tarian Pendet, sedangkan itu sangat jelas Tarian Bali. Banyak lagi isu budaya yang Malaysia telah plagiat dan jadikan budaya mereka. Inilah yang menyebabkan rakyat Indonesia sangat marah. Akhbar Indonesia seperti JAWA Pos juga menyiarkan berita itu pada 31 Ogos 2009 m.s.11. Nampaknya sambutan kemerdekaan Malaysia di Indonesia disambut dengan pembakaran bendera Malaysia dan bukannya pengibaran bendera. Para Demontrans juga mendesak Pemerintah Indonesia memutuskan hubungan Diplomatik dengan Malaysia, mengusir Duta Malaysia, mengusir semua warganegara Malaysia yang berada di Indonesia serta menarik balik TKI yang sedang bekerja di Malaysia.( berita ini disiarkan oleh Televisi Trans 7). Isu hangat ini perlu diselesaikan segera oleh kedua-dua pemerintah agar 'GANYANG MALAYSIA' yang dilakukan oleh Regim SUKARNO dahulu tidak berulang kembali. Amat malang kalau berlakunya pergeseran antara kedua-dua negara umpama adik beradik ini. Aku amat memahami perasaan rakyat Indonesia sepanjang aku berada di Bali selama 3 bulan ini. Kasih sayang mereka kepada budaya mereka adalah sangat tinggi dan tidak terhingga. Mereka telah mengeluarkan darah dan airmata mempertahankan budaya dan kehidupan tanahair mereka daripada diinjak-injak oleh kolonial Belanda selama 350 tahun. Bayangkan mereka bebas merdeka dari cengkapan Kolonial Belanda setelah 350 tahun! Tiba-tiba ada sebuah negara kecil cuba hendak mempermain-mainkan budaya mereka. Siapa yang tidak marah! Kemarahan rakyat Indonesia juga bukan tidak bersebab. Mereka merasa terhina di sebabkan oleh beberapa perkara. Kedua, pekerja mereka (TKI) yang berkhidmat di Malaysia banyak yang dizalimi. Kedudukan Malaysia adalah yang ketiga selepas Arab Saudi dan Kuwait yang banyak melakukan penderaan kepada pembantu-pembantu rumah Indonesia( statistik ini dikeluarkan oleh Sekretariat Pelayanan TKI). Tetapi orang Indonesia juga perlu mengetahui terdapat banyak kes jenayah yang melibatkan pembantu rumah Indonesia di Malaysia,antaranya mereka mencuri harta benda majikan, menyeksa bayi,mencolek bayi,menggoda majikan dan lari dari rumah ( pembantu rumahku juga berbuat demikian sehingga ribuan ringgit habis hangus kerana urusan kemasukannya sahaja) Itulah sebabnya Indonesia sangat menyayangi Singapura daripada Malaysia. Singapura melayan TKI sebagai manusia manakala Malaysia melayan TKI macam hamba ( mengikut Sekretariat itu). Tetapi orang Indonesia perlu mengetahui banyak jenayah berat seperti rogol,samun, rampok,pecah rumah, pembunuhan dan penculikan di Malaysia dilakukan oleh warga Indonesia ( data ini boleh diperolehi di Balai Polis Malaysia, malah hampir hari-hari berita jenayah yang melibatkan warga Indonesia di Malaysia ini disiarkan melalui media massa Malaysia). Sehingga kehidupan rakyat Malaysia yang dahulunya aman kini terancam. Melihat sahaja warga Indonesia di Malaysia seolah-olah melihat penjenayah. Inilah prasangka buruk yang mendalam di hati rakyat Malaysia terhadap orang Indonesia di Malaysia. Iklan media massa tentang Singapura kerap disiarkan, semua bercakap tentang berubat di Singapura atau belajar di Singapura. Mana ada barangan Malaysia yang dijual di Indonesia ( cuba lihat di supermarket di Indonesia). Tidak ada satu pun kereta buatan Malaysia berada di Bali kecuali sedikit di Jakarta. Sebaliknya barangan Indonesia berlambak dijual di pasaran Malaysia begitu juga jutaan warganya berlambak di Malaysia. Malah Chow Kit Road,Kuala Lumpur dahulu peniaganya penuh dengan orang Cina, sekarang ini bertukar penuh dengan mereka. Ketiga, isu pulau Si Padan dan Pulau Ligitan yang dimenangi oleh Malaysia melalui Mahkamah Antarabangsa dalam pertikaian sempadan. Keempat, isu Pulau Ambalat yang Indonesia dakwa milik mereka tetapi Malaysia juga mendakwa milik mereka. Indonesia mendakwa Malaysia telah mengubah peta sempadan. Isu ini masih hangat lagi dalam pertikaian, malah ada peristiwa demontrasi dilakukan oleh warga Indonesia di Pantai Kuta, Bali pada bulan Jun yang lalu. Kelima isu Manohara, selebriti Indonesia yang berkahwin dengan Pangeran Kelantan, tetapi telah diseksa oleh pangeran itu ( masih belum pasti kebenarannya dan sedang diselesaikan di Mahkamah Indonesia) isu ini adalah isu hangat di Indonesia sehingga kerap disiarkan dalam televisi Indonesia dan media massa yang lain. Malah ada drama 'Manohara'yang disiarkan melalui televisi mereka. Sedangkan di Malaysia, isu ini tidak kedengaran langsung. Keenam,isu Terorisme. Tokoh- tokoh penting yang terlibat adalah warganegara Malaysia seperti Ustad Abu Bakar Basir ( didakwa oleh Indonesia pemimpin JI- Jemaah Islamiyyah, telah dibebaskan dari penjara Indonesia setelah bertahun-tahun merengkok dalam penjara Indonesia), Dr. Azhari pakar bom dari Universiti Teknologi Malaysia yang telah ditembak mati beberapa tahun yang lalu, dan paling TOP ialah NOORDIN MAT TOP yang paling dicari oleh Pemerintah Indonesia kerana peristiwa letupan bom di beberapa tempat di Indonesia seperti di Jakarta dan Bali. Mereka terlalu marah kerana tokoh-tokoh itu melakukan aktiviti itu di negara mereka dan merekrut ramai rakyat Indonesia. Persoalan di benak rakyat Indonesia ialah mengapa tokoh-tokoh itu tidak melakukan aktiviti itu di negara mereka Malaysia. Mengapa perlu mengganggu negara orang! Peristiwa ini benar-benar merosakkan hati dan perasaan rakyat Indonesia. Sepanjang 3 bulan aku di Bali inilah isu-isu yang selalu ditanyakan oleh teman-temanku orang Indonesia. Alhamdulillah aku dapat menjelaskan banyak perkara tentang isu-isu itu. Nampaknya aku sudah bertukar profesion sekarang iaitu DUTA BESAR MALAYSIA di Bali.

4 comments:

  1. Salam, Ya nampaknya Dr. benar-benar jadi Duta Besar kerana sensitif dengan apa yang berlaku di sana. Agak malang bagi rakyat di Malaysia tidak mengetahui isu ini... kita rasakan orang Indon seperti kita, rasa sebangsa seagama dan serumpun, sebaliknya mereka mencari jalan untuk GANYANG kita dan Anti Malaysia. sebenarnya apa yang berlaku ialah perkara yang sentiasa di api-apikan oleh media mereka. Rakyat di Indon cepat melatah dengan membuat protes, Mereka merasakan Malaysia mahu ambil kesempatan ke atas Indon.... Sepatutnya berita begini perlu kita rakyat Malaysia ketahui.... Nanti saya nak pergi ke Istana Negara suruh Yang DiPertuan Agung tukar Duta Indonesia kepada Dr. suhaimie........

    ReplyDelete
  2. Pemerintah kedua negara harus tanggap terhadap semua persoalan yang terjadi. rakyat Indonesia banyak yang tidak tahu mengapa kebudayaan Indonesia bisa ada di Malaysia.dan sama-sama kita ketahui Indonesia dan Malaysia sama-sama mayoritas muslim. jangan sampai masalah nasionalisme dan batas wilayah merusak hubungan ukhuwah di antara kita.

    ReplyDelete
  3. Idea Hassan sangatlah bagus kahkahkah..geli hati dibuatnya. Kalau aku jadi DUBES (Duta Besar) ko orang pertama jadi sekretarinya. Duduk mewah di Bali hehehe.

    ReplyDelete
  4. Ya Sdr Dunia Fana (Buat pemgetahuan sdr/sdri dia adalah orang Indonesia) terima kasih kerana prihatin dengan masalah ini. Kita tidak mahu hubungan silaturrahim antara umat Islam Malaysia dan Indonesia runtuh kerana isu ini. Kita umat Muslimin berpegang kepada satu ikatan akidah laillahaillahMuhammadurrasulullah yang melampaui sempadan politik dan geografi. Janganlah isu budaya atau isu-isu keduniaan ini merosakkan ikatan ukhwah yang terbina oleh seruan ilahi itu.

    ReplyDelete