Wednesday, August 26, 2009

Cuti Sabatikal 91-Kembara Bali:Tamuku yang ke Tiga




26 Ogos 2009 Tamuku yang ketiga Zaba datang menziarahiku. Cadangan mulanya nak datang bulan November tapi disebabkan kekangan kuliah Masternya menyebabkan hal ini berubah. Zaba ialah siswi Upsi tahun 2005-2008, dan grad dengan First Class Honours tahun 2008. Sekarang berkhidmat sebagai guru di Sarawak. Sama sepertiku dulu yang pernah berkhidmat di pedalaman Sarawak 1980-1984 selama 5 tahun. Jadi kami ini adalah 'Sarawak Rangers' bezanya aku mengajar di sebuah sekolah menengah Cina, manakala Zaba mengajar di sekolah menengah yang majoritinya Iban. Kami ini 'senasib' cuma aku dulunya solo ke Sarawak dan pulang ke 'Malaya' untuk berkeluarga sedangkan dia berkeluarga sebelumnya dan solo ke Sarawak. Jadi ciri-ciri ini menyebabkan kami "close" Dia pernah mengambil paperku SSL 3064 Seni Islam Perbandingan. Tidak pernah "absent" dan duduk paling depan. Selalu melontarkan pertanyaan di akhir kuliah. Beliau adalah pelajar pintar.Sejak itu hubungan kami semakin mesra. Ramai orang memberi persepsi yang kami ini sedang bercinta tetapi sebenarnya 'kawan tetapi mesra'( tajuk sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Maya dan Mulan). Dia bertolak dari kediamannya jam seawal 8 pagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke KLIA jam 11.20 pagi dan sampai ke KLIA jam 1.30 Tengahari.Takut menghadapi masalah dalam perjalanan, dia sanggup berbelanja lebih RM 1,620 dengan menggunakan MAS. Sampai ke Ngurah Rai International Airport, Denpasar jam 6.35 petang. Selepas itu kami makan malam ( berbuka?) di Restoran Cost & Cost Taraf Lima bintang tapi harga kaki lima, kami makan nasi , sayur dan ikan bakar. Manakala minuman adalah berbeza ada yang ais jeruk, jeruk panas dan teh tawar. Bukan kami berdua sahaja tetapi ditemani oleh dua orang rakanku iaitu Rofiq dan Suhaidi( orang Jawa penduduk Bali). Sebelum sampai ke rumah kami singgah ke Pasar Badung yang beroperasi 24 jam di Denpasar. Kami hanya membeli sayur-sayuran dan buah-buahan aje. Peniaga di situ pelik tengok Zaba kerana pakai topeng. Dialah satu-satunya yang bertopeng ketika itu. Aku teringat Dr.Joe dan En Hassan Ghazali ketika menziarahiku juga datang dengan bertopeng. Geli hatiku.

8 comments:

  1. amboi..! Zaba posing macam ikan duyung kat pantai Kuta? hehehe..Teman tapi mesra...hehehehe..(kalau aku ada bersama..aku akan menyakat kau orang berdua)...tungguleee...

    ReplyDelete
  2. wah engkau ni Joe makin menjadi-jadi ya.. engkau nak menyakat untuk menggalakkan maksiat ker Joe? Aku sebenarnya memang ragu la tentang kejujuran engkau sebagai sahabat, dari dulu sampai sekarang... Suhaimi, engkau jangan ikut rentak Joe tu nanti dengan engkau2 terlingkup... mphhh.. moga Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita manusia yang lebih baik.

    ReplyDelete
  3. Syfaisal70 jangan selalu pandang manusia itu dengan pandangan negatif. Rasulullah selalu mengingatkan kita tutup aib manusia lain nanti Allah azawajala akan menutup aib kita di akhirat. Saya tahu saya bukan manusia yang baik tetapi saya teringin nak jadi manusia yang paling baik. Nak jadi baik bukan perlu menanti Ramadhan......

    ReplyDelete
  4. Syfaisal70, aku bersahabat dengan Dr. Suhaimi bukan baru sehari dua. kami saling faham memahami.yg kau ragu dgn kejujuran aku tu. aku tak faham? dan kau faham tak maksud menyakat tu?

    ReplyDelete
  5. Rasulullah pun berpesan supaya umatnya sentiasa berhati-hati dan berwaspada. pd aku, kawan yang baik adalah yang mengajak kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Engkau sbg "bekas" tabligh sudah pasti lbh arif, ttp aku tgk rentak engkau telah berubah. mungkin selama ini itu lah sifat engkau yang org tak tahu, aku takut Allah buka keaiban engkau satu-persatu. Sekadar teringin untuk jadi baik tetapi tindakan ke arah kejahatan dan menjerumus kepada maksiat adalah satu angan-angan yang menipu diri sendiri. Ramadhan kan sbg madrasah tarbiyah, penuh rahmah, keampunan dan lepas dr api neraka. bukan nak tunggu Ramadhan tp engkau berada dalam Ramadhan di mana syaitan diikat, nafsu yg menonjol... jangan ikut nafsu, kawan. Joe, sakat tak sakat, engkau patut nasihat bukan nak usik2, aku tak rasa dia faham kalau engkau menyindir... aku memang pantang kalau tengok pergaulan teman tapi mesra yang tiada batasan. Sebagai lelaki, aku masih pegang pd prinsip menjaga kehormatan diri dan wanita.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana nasihat tuan itu. Barangkali tuan tidak faham apa yang saya maksudkan 'teman tapi mesra itu' Tuan seorang yang baik hati dan sentiasa peka kepada dosa orang lain. Semoga Allah merahmati hidup tuan.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah jika engkau sedar apa yang engkau buat adalah dosa, dan engkau sebenar2nya sedang bermain dengan api. Pada aku, selemah2 iman adalah teguran dihati, tapi jika mampu, aku menulis ini. Sesungguhnya manusia tidak ada apa2 di dunia ini tanpa rahmat Allah. Janganlah engkau biarkan Allah dan malaikat berpaling dari mu, kerana pada ketika itu, mungkin engkau tidak akan lagi mendapat teguran ikhlas dariku sahabat mu ini.

    ReplyDelete