Sunday, August 23, 2009

Cuti Sabatikal 89-Kembara Bali:Tarawih di Musolla


22 Ogos 2009 alhamdulillah aku berjaya menunaikan puasa ramadhanku hari yang pertama di rantau orang. Berbuka puasa dengan seteguk air mineral dan kemudian menunaikan solat Maghrib, aku kemudiannya mencari warung muslim untuk makan malam, sayangnya kehabisan makanan. Aku makan apa yang ada di warung itu. Jam 7.30 malam aku ke Musolla yang 100 meter dari warung tersebut. Seperti mana-mana masjid di Bulan Ramadhan, makmum lelaki dan wanita melimpah sampai keluar musolla. Muslimah selain menunaikan solat isya dan tarawih di tingkat atas disediakan juga hamparan permaidani untuk mereka di luar. Memang cukup meriah dengan kanak-kanak turut serta memenuhi musolla itu. Paling menarik kanak-kanak sekolah yang belajar di SD( sekolah kebangsaan)membawa buku catitan ke musolla. Mereka akan mencatitkan aktiviti mereka di musolla itu untuk ditandatangani oleh gurunya. 23 Ogos 2009 aku berpuasa seperti biasa. Jam 2 petang aku ke Supermall Hardy's membeli-belah barang-barang makanan yang telah kehabisan di dapurku. Aku bercadang untuk masak hari ini. Aku membeli beras,minyak masak, makanan dalam tin, mee segera, minuman ringan,sayur-sayuran dan ikan tongkol-ikan kegemaranku. Aku membelanjakan hampir Rp500000 (RM 200) untuk keperluan itu. Aku masak sakan kali ini. Ikan tongkol goreng dan sayur-sayuran dengan ulam kemanggi. Alhamdulillah aku berbuka seperti adanya. Kemudian aku menunaikan solat malam.

2 comments:

  1. Hang nak masak ke? Aku takut ikan kering tu ada ulat lagi...? hehehehehe...(teringat cerita hang tu)

    ReplyDelete
  2. Aku masak joe dah tiga ari aku masak. Iya ikan kering ketika aku jadi taam (tukang masak tabligh) dulu abis Jemaah India makan kari ikan masin yang ada benda tu..geli aku

    ReplyDelete