Tuesday, August 11, 2009

Cuti Sabatikal 80-Kembara Bali:IT dan Warong Sederhana



12 Ogos 2009 sebelah paginya aku membuka laptop dan YM dengan Joe dan pegawai Koperasi Muslimin di Kuala Lumpur, Suhaila. Selepas itu membalas komen yang dikirimkankan oleh siswaku dalam friendsterku terutama Mat Shah. Sebelah malamnya aku YM dengan siswi-siswiku sampai jam 1.30 pagi. Pelbagai soalan yang ditanya ada yang tanya tentang lukisan analitikal dan pelbagai lagi. Inilah kelebihan IT- internet bisa mengecilkan dunia sehingga menyebabkan dunia tanpa sempadan. Globalisasi membuatkan manusia bisa berinteraksi tanpa had dan halangan. Malah pembelajaran tidak khusus lagi dalam bilik darjah, bisa dilaku di rumah melalui blog,Yahoo Massenger, Friendster, Facebook, e-mail. Alhamdulillah 5 saluran itu aku miliki dan bisa kukendalikan sekarang. Dahulunya aku sangat jahil dengan progrem ini namum sekarang aku tidak mahu ketinggalan kerana terlalu besar manafaatnya kepada proses keilmuan. Cuma u tube aku belum bisa membikinnya. Insyaalah aku akan mempelajarinya nanti. Sarapan pagi Yanto memasak mee goreng dengan telur dan waktu tengahari aku dan Yanto makan tengahari di Warung sederhana. Karyawan warung sederhana sudah mengetahui menu yang selalu aku santapi iaitu nasi,ayam bakar atau sate ikan, kerabu (urap) dan teh tawar panas.

2 comments:

  1. Mi, aku teringat pertama kali kita ke warung itu. Sayangnyaa.... aku tak ngam dengan masakan mereka.... bersyukur juga awak boleh terima dan serasi...? Tapi, ingat pesananku selalu,.... kurangkan makanan berlemak dan minuman ais....,maaf Mi..aku selalu 'marahkan' hang bab2 makan ni...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih joe kerana nasihat dan ingatan tu. Kau bukan tak tau aku

    ReplyDelete