Sunday, August 16, 2009

Cuti Sabatikal 84-Kembara Bali: Santai dirumah


16 ogos 2009 sepanjang hari aku santai di rumah. Line internet bagi Broadband Flash aku tidak berfungsi. Aku menghubungi Rofiq, beliau menghubungi pajabat yang mengendalikan program, katanya line ngak bisa berfungsi ketika ini kerana ada gangguan. Aku tidak tahu sebenarnya punca gangguan itu. Tidak masuk akal ada gangguan makhluk halus, sedangkan bila aku pergi ke Nabilla Internet linenya berfungsi.Nak katakan saldonya ( baki wang) telah habis agak mustahil aku baru sahaja memasukkan RP250000 ( satu jumlah yang besar) malah Rofiq juga membeli kartu cip flash unlimited yang baru bernilai Rp 125000 langganan bulanan untukku. Telah kutukar cip itu tetapi masih tidak berhasil. Aku mengambil keputusan menonton Siaran televisi World Badminton Championship yang sedang berlangsung di Hydrebad India. Sayangnya tidak ada seorang pun wakil Malaysia yang beraksi di Final. Juara handalan Malaysia yang merupakan jagoan no 1 Dunia Ling Chong Wei tewas di tangan Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia pada peringkat suku akhir lagi. Aku menyaksikan Chong Wei langsung tidak bersemangat di round kedua dan ketiga setelah memenangi round pertama. Bergu emas kita kilauannya hanya sementara selepas itu emasnya berkarat. Rupa-rupanya emasnya adalah palsu. Aku hanya mengeluh bilakah pemain Malaysia "benar-benar bisa bertaraf dunia". Indonesia hanya mampu menjadi naib juara bagi bergu campuran yang ditewaskan oleh bergu campuran Denmark. Komentator televisi Global TV juga mengeluh bilakah pemain Indonesia bisa menjadi juara kembali. Semua gelaran kecuali bergu campuran disapu oleh pemain China. Nampaknya Badminton adalah permainan yang didominasi oleh pemain China.( berita terkini kabel bawah laut terputus antara Surabaya ke Denpasar menyebabkan brondband telkomsel di beberapa wilayah Bali tidak berfungsi termasuk Sanur -akhbar Bali Post 18.8.2009)

3 comments:

  1. askm..Dr..suhaimi apa kahabar...harap sihat..

    ReplyDelete
  2. askm...ayahanda Dr. sy dan pelajar tter sy seramai 10 org akan menyertai festival kesenian bali pada tahun depan tarikh nye pad 29 jun hingga 3 julai sy & pelajar sy akan memohon menyertai persembahan teater pd festival tersebut...en zamros dan en man panjang akan ikut serta dlm persembahan tersebut...mohon jasa baik ayahanda Dr dpt membantu kami di sana utk mencari tmpat tinggal yg murah...huhuhu..tiket airasia dh kami bokingg..harap ayahnada Dr..dpt membantu..kami dri FSM...

    ReplyDelete
  3. Asallamualaikum Zul terima kasih kerana mengikuti blog saya. Maaf tarikh tu saya dah balik ke Malaysia. Cuti Sabatikal saya berakhir pada 28 Februari 2010.

    ReplyDelete