Friday, October 30, 2009

Cuti Sabatikal 149- Kembara Bali: KHUTBAH JUMAAT 5 M




29 Oktober 2009 seperti biasa aku bermain dengan laptop ku sambil melayari internet, membaca blog rakan serta menjegok Facebook dan YM. Keesokannya 30 Oktober 2009 Hari Jumaat pagi aku ke Pasar Sanur membeli sayur-sayuran dan buah-buahan. Sempat juga aku merakamkan foto panorama pagi di pasar Sanur. Sampai ke rumah aku bersiap-siap awal untuk masak hari ini kerana mengejar Solat Jumaat. Menunya ialah sup ikan. Sepanjang aku di Bali, aku kerap makan ikan, sama ada ikan goreng, ikan sup atau ikan masakan lemak atau kari Made in Malaysia. Aku sukar makan ayam atau daging kerana kebanyakannya tidak halal, kecuali yang dijual di MAKRO yang mempunyai sijil HALAL MAJLIS ULAMA INDONESIA. Ada juga ayam yang dijual oleh orang Islam di Pasar Badung tetapi aku tidak mahu membelinya kerana masih ragu-ragu.

Selepas makan aku ke Musolla Fastabiqul Khoirat yang agak jauh dari kediamanku. Aku ke sana menaiki bemo. Isi khubah kali ini berkisar kepada 5M. iaitu Muakabah,Mujahadah dan Muhasabah dan 2M lagi aku lupa sebutan dalam bahasa Arabnya tetapi faham maknanya. Khatib menyeru dirinya dan jemaah solat Jumaat untuk memperbaiki diri dengan 5M itu. Beliau memetik satu cerita ketika Rasulullah SAW mengajar sahabat-sahabat di masjid. Lalu Rasulullah memberitahu tidak lama lagi akan datang seorang ahli syurga. Sahabat-sahabatnya tertanya-tanya siapakah ahli syurga itu. Kebetulan datanglah seorang sahabat yang kemudiannya menunaikan solat tahayatul masjid. Sahabat-sahabat yang lain kemudiannya berkunjung dan menginap di rumah sahabat tadi ingin menyaksikan apakah amalan mulia yang dilakukan olehnya. Mereka terkejut kerana amalannya sama dengan mereka, tidak ada yang istimewa. Mereka mengadu kepada Rasulullah, Rasulullah menjawab satu amalan mulianya ialah MUHASABAH sebelum tidur. Itulah keistimewaan amalan sahabat tadi. Muhasabah itu bermaksud menghitung segala amal perbuatan kita sepanjang hari itu, berapa banyakkah amal yang baik yang telah kita lakukan dan berapa banyak pula amal buruk yang dilakukan. Pada masa yang sama memanjatkan doa kepada ALLAH agar amal baik itu diterima oleh ALLAH manakala memohon ampun kepada ALLAH kerana amalan buruk yang telah kita lakukan.





Wednesday, October 28, 2009

Cuti Sabatikal 148-Kembara Bali: PENYIKSAAN TENAGA KERJA INDONESIA (TKI)






27 Oktober 2009 satu peristiwa yang menyayat hati telah berlaku di Kelang,Selangor. Seorang Tenaga Kerja Indonesia telah disiksa oleh majikannya orang India bukan Islam sehingga wanita pembantu rumah itu cedera parah dan dihantar ke Hospital Tengku Rahimah, Kelang, Selangor selama seminggu tetapi telah meninggal dunia semalam. TKI itu telah mengalami patah tulang rusuk, lengan dan tangannya serta lebam di bahagian mukanya. Berita ini telah disiarkan dalam semua media massa Indonesia termasuk TVOne dan MetroTV. Inilah siri kekejaman yang telah dilakukan oleh majikan-majikan di Malaysia. Sebelum itu kes seorang TKI wanita Nirmala Bulat juga mengalami nasib yang sama. Malah ramai lagi Tenaga Kerja Indonesia yang mengalami nasib yang sama tetapi tidak dilaporkan oleh media massa Malaysia tetapi ceritanya tersebar dari mulat ke mulut. Saya pernah berbual dengan beberapa orang TKI di Malaysia ketika saya di sana. Memang menyedihkan bagaimana dia telah ditampar dan dipukul oleh majikannya orang Cina di Malaysia. Inilah hal yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh orang Indonesia bagaimana nasib saudara-saudaranya yang jatuh di tangan majikan orang-orang bukan Islam dan bukan Melayu di Malaysia.



Hampir semua kes yang melibatkan penyiksaan TKI adalah dilakukan oleh majikan orang Cina dan India yang bukan Islam. Mereka melakukan TKI sebagai hamba abdi. Saya selaku warganegara Malaysia pernah melihat kejadian seperti itu. Majikan ini tidak berprikemanusiaan malah mereka adalah umpama anjing-anjing liar yang menunggu mangsanya. Saya pernah berbual dengan TKI ini ada di antara mereka yang terpaksa memotong daging babi, memasak daging babi dan tidak dibenarkan bersolat. TKI yang muslimah ini terpaksa mengikut apa sahaja kata majikannya sebab terpaksa dan pasportnya dipegang oleh majikan tersebut.



Bayangkan betapa sedihnya saudara-saudara kita yang muslimah ini terpaksa melakukan kerja-kerja yang menjejekkan seperti membasuh punggung anjing dan membawanya ke hulu ke hilir. Saya pernah menyaksikan dengan hati yang sangat marah dan benci.



Saya ingin menyatakan secara ikhlas kepada rakyat Indonesia, saudara-saudara kamu warganegara Malaysia dari kaum Muslimin samada Melayu atau bukan Melayu jelas tidak akan melakukan kekejaman ini kerana prinsip agama Islam dan prinsip kemanusiaan. Kes-kes ini terbukti dilakukan oleh kaum kuffar Cina dan India di Malaysia. Saya menyatakan ini atas prinsip ukhwah Islamiah dan prinsip kemanusiaan sejagat. Saya menyatakan hal yang benar dan kebenaran itu adalah datangnya dari ALLAH Azzawajala.



Saya ingin mengingatkan ejen-ejen TKI di Indonesia dan di Malaysia jangan sampai menggadai maruah saudara seagama dan sebangsamu semata-mata kerana wang ringgit. Pastikan yang bekerja di rumah-rumah majikan yang bukan beragama Islam terdiri daripada TKI bukan Islam! Kepada kedua-dua pemerintah Indonesia dan Malaysia jangan mendiamkan diri dalam hal ini perlu bertindak segera agar hati sanubari orang-orang Indonesia tidak lagi terluka. Entah berapa kali hati mereka terluka dilakukan oleh kita warganegara Malaysia! Nama baik dan imej Malaysia amat tercalar disebabkan oleh perbuatan segelintir majikan yang berhati syaitan yang bertopengkan manusia. Patutlah negara Malaysia disenaraikan sebagai negara ketiga selepas Arab Saudi dan Kuwait sebagai negara yang banyak melakukan kezaliman kepada TKI mengikut Team Jawatankuasa Penseliaan TKI di luar negara.

Monday, October 26, 2009

Cuti Sabatikal 147-Kembara Bali: ZIARAH AHLI JEMAAH MASJID AGUNG IBN BATUTA











24 Oktober 2009 seperti biasa aku membuka laptop untuk melayari internet, membaca komen dalam blogku, menulis komen untuk blog rakan-rakan, melihat facebook dan YM. Keesokannya 25 Oktober 2009 aku diziarahi oleh tetamu dari Masjid Agung Ibn Batuta, Nusa Dua. Kebetulan aku pernah solat Maghrib di Masjid itu pada minggu yang lepas. Mereka ialah Suaidi, Asip dan Adat. Kemudian seorang daripada jemaah dari Masjid ANNUR Anur Rofiq datang bersama anaknya lewat sore. Aku udah ada seorang lagi teman dari Surabaya yang kebetulan telah datang 3 hari yang lepas- Yanto. Beliau sedang bertugas di Bali pada hujung bulan Oktober ini. Memang beliau kerap ke Bali dan setiap kali ke Bali beliau akan menyewa sebelah bilik aku. Jadi adalah teman untuk berbual-bual bila kesunyian.
Teman-teman dari Masjid Agung Ibn Batuta itu berpuasa hari ini. Mereka kerap berpuasa selang sehari. Aku mengambil peluang ini untuk memasak menu istimewa dari Malaysia iaitu Kari ikan dan masakan ikan cencaru goreng belah belakang. Mengikut Hadis memberi makan kepada orang yang berpuasa sama pahalanya seperti orang berpuasa. Insyallah aku perlu ikhlas dalam hal ini. Sementara aku memasak dan menunggu waktu berbuka puasa, mereka melakukan pelbagai aktiviti ada yang tag facebook, ada yang menonton TV dan ada yang melayan kerenah anak.
Alhamdulillah tak sangka aku boleh masak sedemikian rupa sehingga aku pun menambah sepinggan lagi ( orang tua-tua kata makan ramai-ramai tu menambahkan selera). Kebetulan rempah( bumbu) karinya dibawa oleh rakan ku Zahidee dan Eleena. Apatah lagi tetamuku yang tidak pernah merasai kari Made in Malaysia ini, aku melihat mereka begitu berselera menjamah menu ku ini. Wah...puasnya aku memasak sehingga masakan itu selesai dijamah mereka. Selepas berbuka puasa mereka solat maghrib di rumahku sebelum mereka pulang ke Nusa Dua.

Friday, October 23, 2009

Cuti Sabatikal 146-Kembara Bali: P.E.N.G.H.A.P.U.S D.O.S.A

23 Oktober 2009 sebelah paginya seperti biasa aku membuka laptop untuk melayari internet, membuka blogku http://orangbehrang.blogspot.com/ untuk melihat komen dari rakan-rakan. Pada masa yang sama juga menjengok Facebook, YM dan email. Aku sempat juga memberi komen tulisan-tulisan dalam blog rakan-rakan. Paling kerap blog yang kukunjungi ialah http://johariseni.blogspot.com/, http://rupasenirupa.blogspot.com/, dan beberapa blog lagi seperti blog Institut Peradaban Melayu dan Blog Prof Abdullah Hassan. Aku banyak juga memberi komen kepada blog Prof Abdullah Hassan dan Blog Institut Peradaban Melayu khususnya dalam isu-isu yang ada kaitannya dengan sejarah.

Jam 11.30 aku bertolak ke Musolla Fastafiqul Khoirat dengan Bemo. Sedar-sedar rupanya aku orang pertama yang datang awal ke musolla itu untuk menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah syukur. Aku mencari tiang tempat aku duduk bersandar. Kebetulan di bahagian belakang. Sepatutnya aku duduk di saf paling depan tapi aku tidak berbuat demikian. Sakit pinggangku tidak membenarkan aku memilih saf paling depan tanpa tiang. Aku perlu duduk bersandar bagi mengurangkan sakit pinggangku. Di Masjid Jamek Tanjung Malim pun aku berbuat demikian walaupun kadang-kadang datang lebih awal. Rakan-rakanku pensyarah UPSI memang senang nak mencari aku selepas solat Jumaaat iaitu di tepi tiang sebelah kiri. Itulah aku.

Khutbah Jumaat kali ini disampaikan oleh khatib dari luar Sanur. Isi khutbah berkisar kepada persoalan penebus dosa yang dilakukan oleh umat muslimin. Dengan mengemukakan hujah al Quran dan Hadith beliau menyatakan solat wajib lima waktu sebagai langkah terbaik menyuci segala dosa setiap hari. Manakala Solat Jumaat penebus dosa kepada dosa-dosa yang dilakukan sepanjang minggu itu. Aku mendengar penuh hati-hati sambil merakamkan khutbah itu dengan menggunakan Kamera Digital Cyber-Shot DSC-T77 jenama SONY. Walaupun kamera ini kecil aje tapi powernya boleh tahan juga. Ia boleh merakam video selama tiga jam tanpa henti. Kamera inilah yang aku gunakan sepanjang aku berada di Bali untuk membantuku membuat penyelidikan menggantikan kameraku yang kalis air, kalis gegaran dan kalis salju yang hilang di meja pejabatku pada tahun lepas.

Wednesday, October 21, 2009

Cuti Sabatikal 145-Kembara Bali: P.E.M.B.E.N.T.U.K.A.N K.A.B.I.N.E.T B.A.R.U


21 Oktober 2009 jam 10 malam satu pengumuman penting telah dilakukan oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Merdeka di hadapan para wartawan dalam dan luar negara. 34 nama menteri baru telah diumumkan oleh Bapak Presiden. Kebanyakannya adalah ahli politik dan golongan profesional termasuk beberapa orang profesor dan doktor. Beberapa menteri lama terus dikekalkan dalam Kabinet baru itu termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani - seorang menteri wanita yang smart, jelita dan lincah. Beliau pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia 2008 kerana berjaya mengurangkan masalah ekonomi Indonesia yang sedang gawat ketika itu. Malah masalah kegawatan ekonomi itu dirasai oleh seluruh negara di dunia termasuk di Malaysia. Pembentukan Kabinet Bersatu Indonesia kali kedua ini mudah-mudahan memberikan nafas baru kepada negara Indonesia yang tercinta ini.

Dr.Susilo Bambang Yudhoyono selaku Presiden dan Profesor Dr.Boediono selaku wakil Presiden telah melakukan penyaringan yang ketat dan tulus ketika memilih 34 daripada 36 calon-calon menteri. Calon-calon telah diwawancara dan dinilai pemikiran dan fizikalnya. Malah kesihatan calon juga diperiksa oleh team yang dilantik. Ada calon yang gagal dari ujian kesihatan ini langsung tidak terpilih di saat-saat akhir. Kaedah yang dilakukan dalam pemilihan menteri-menteri ini adalah luar biasa. Tahniah dan Syabas kepada Bapak Presiden Indonesia Dr.Susilo Bambang Yudhoyono dan Wakil Presiden Profesor Dr.Boediono.

Berikut ini adalah susunan Kabinet Indonesia Bersatu II yang disampaikan langsung oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY)
MENTERI KOORDINATOR
1. Menko Politik Hukum dan Keamanan : Marsekal (Purn) Djoko Suyanto
2. Menko Perekonomian : Hatta Rajasa
3. Menko Kesra : R Agung Laksono
4. Sekretaris Negara : Sudi Silalahi
MENTERI DEPARTEMEN
1. Menteri Dalam Negeri : Gamawan Fauzi
2. Menteri Luar Negeri : Marty Natalegawa
3. Menteri Pertahanan : Purnomo Yusgiantoro
4. Menteri Hukum dan HAM : Patrialis Akbar
5. Menteri Keuangan : Sri Mulyani
6. Menteri ESDM: Darwin Saleh
7. Menteri Perindustrian : MS Hidayat
8. Menteri Perdagangan : Mari E. Pangestu
9. Menteri Pertanian : Suswono
10. Menteri Kehutanan : Zulkifli Hasan
11. Menteri Perhubungan : Freddy Numberi
12. Menteri Kelautan dan Perikanan : Fadel Muhammad
13. Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi : Muhaimin Iskandar
14. Menteri Pekerjaan Umum : Djoko Kirmanto
15. Menteri Kesehatan : Endang Rahayu Setianingsih
16. Menteri Pendidikan Nasional : Mohammad Nuh
17. Menteri Sosial : Salim Segaf Al Jufri
18. Menteri Agama : Suryadharma Ali
19. Menteri Kebudayaan dan Pariwisata : Jero Wacik
20. Menteri Komunikasi dan Informasi : Tifatul Sembiring
MENTERI NEGARA
1. Menteri Riset dan Teknologi : Suharna Suryapranata
2. Menteri Koperasi dan UKM : Syarifudin Hasan
3. Menteri Lingkungan Hidup : Gusti Muhammad Hatta
4. Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak: Linda Amalia Sari
5. Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara : E.E Mangindaan
6. Menteri Negara Pembangunan Daerah Tertinggal : Ahmad Helmy Faishal Zaini
7. Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional : Armida Alisjahbana
8. Menteri BUMN : Mustafa Abubakar
9. Menteri Pemuda dan Olahraga : Andi Alfian Mallarangeng
10. Menteri Perumahan Rakyat : Suharso Manoarfa
PEJABAT SETINGKAT MENTERI
1. Kepala BIN: Jenderal (Purn) Sutanto
2. Kepala BKPM: Gita Wirjawan
3. Ketua Unit Kerja Presiden Pengawasan Pengedalian Pembangunan: Kuntoro Mangkusubroto

Tuesday, October 20, 2009

Cuti Sabatikal 144-Kembara Bali: P.E.R.L.A.N.T.I.K.A.N S.U.S.I.L.O B.A.M.B.A.N.G Y.U.D.H.O.Y.O.N.O P.R.E.S.I.D.E.N I.N.D.O.N.E.S.I.A

20 Oktober 2009 satu peristiwa bersejarah dan penting telah berlaku di Indonesia iaitu perlantikan Susilo Bambang Yudhoyono sebagai Presiden Indonesia yang ke 6. Semua media massa -televisi dan kuran Indonesia menyiarkan berita bersejarah itu. Wakil negara-negara sahabat turun hadir dalam upacara itu termasuk Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Nagib Tun Abd.Razak. Semoga perlantikan Susilo Bambang Yudhoyono itu diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan dua negara antara Indonesia dan Malaysia yang sejak akhir-akhir ini dilanda kekeruhan.

Pada hal sebelumnya hubungan antara dua negara ini adalah terlalu rapat sebagai dua negara serumpun. Entah macamana angin gerhana melanda kedua-dua buah negara menyebabkan suasana suram dan mendungmenyelubungi langit Nusantara ini. Perlantikan Susilo Bambang Yudhoyono ini adalah buat penggal kedua selepas memerintah Indonesia lima tahun yang lepas. Beberapa perubahan yang positif sedang berlaku dalam perkembangan ekonomi, politik dan sosial di bawah pemerintahan beliau. Paling ketara ialah perlanjutan nilai-nilai demokrasi yang semakin subur di Indonesia. Siapa sahaja termasuk media massa bebas bersuara, bebas mengkritik kepada siapa sahaja termasuk kepada pemerintah. Dalam hal ini Malaysia adalah jauh tertinggal. Pelbagai peraturan, undang-undang dan akta menanti.

Monday, October 19, 2009

Cuti Sabatikal 143-Kembara Bali: PROGREM BASMI KEMISKINAN





18 Oktober 2009 bersamaan hari Ahad aku dan Suaidi ke Denpasar melihat pameran Progrem Basmi Kemiskinan yang diadakan bersebelahan dengan Muzium Bali. Lokasi pameran itu sungguh menarik kerana kawasan yang sangat redup, berangin dan tidak terlalu sibuk. Pohon-pohon besar dan rendang melindungi gerai-gerai pameran. Pada masa itu jam 11 pagi, belum ramai yang datang menyaksikan pameran itu. Aku mendapat tahu bahawa perasmiannya dilakukan pada waktu sore nanti di pentas utama di hadapan padang bersebelahan dengan tapak pameran ini.
Gerai-gerai jualan produk Indonesia seperti beras, baja, buku-buku dan lain-lain disediakan. Malah ada pentas utama yang menyediakan pelbagai persembahan. Aku tertarik dengan khidmat kesihatan percuma yang disediakan untuk pengunjung lelaki dan wanita secara berasingan. Aku mengambil kesempatan itu untuk diperiksa tekanan darah. Alhamdulillah tekanan darah aku normal 120/80.
Aku juga mengadu kepada doktor yang melayani pengunjung di situ tentang sakit pinggang aku. Dia menyelak bajuku di bahagian belakang dan memeriksa sekiranya ada ketulan. Memang tiada ketulan dan aku menyatakan kekerapan sakit pinggang yang aku tanggung. Dia bertanya umur dan berat badan. Mengikut doktor itu peningkatan umur dan berat badan barangkali menjadi faktur penyebab sakit pinggangku ini. Wah macam-macam andaian yang diberikan oleh doktor. Pernah aku berjumpa seorang doktor di klinik di Malaysia mengadukan sakit pinggang aku ini. Jawapannya sangat mudah "berapa lama u menggunakan tilam u itu" Tilam yang lama dipakai dan tidak diganti juga penyebab sakit pinggang kerana postur badan kita tidak sesuai lagi dengan tilam itu. Wah begitulah jawapannya pulak.
Baru aku teringat sebenarnya aku dan Suaidi ke sini kerana mengambil barang-barang pesanan yang dikirimkan untuk aku oleh rakan Eleena. Barang-barang seperti rempah ratus, teh,milo dan nescafe dari Malaysia. Aku mengadu pada Eleena kebetulan dia tinggal di rumah aku selama dua hari di Sanur,Bali sukarnya mendapatkan produk dari Malaysia. Rempah ratus di sini berbeda dengan Malaysia. Aku masak jarang menjadi. Karinya tidak serupa kari. Lemaknya tidak serupa lemak. Aku kepingin nak makan kari mamak Penang. Mana ada rempah macam itu di Bali atau di Indonesia. Alhamdulillah dapat juga aku rempah ratus itu. Ini bermakna selera makan aku pun bertambah bila aku masak nanti.

Sunday, October 18, 2009

Cuti Sabatikal 142-Kembara Bali: N.U.S.A D.U.A F.I.E.S.T.A











17 Oktober 2009 pada sebelah pagi aku membuka laptop melihat blog sendiri, blog rakan-rakan serta melayari internet. Aku masih tidak lagi sihat disebabkan batuk dan demam. Aku kerap diserang penyakit waktu tinggal di Bali. Bisul( 2x), demam( 2x), ghout( 2x), sakit pinggang( kerap x) dan batuk (2x). Di sini luar biasa panasnya. Kalau tengahari eloklah jangan keluar-panas dan kering serta berhabuk. Hujan dah lama tidak turun. Cuaca yang panas dan kering ini menyebabkan batuk dan demam, Aku kerap minum air mineral bagi menghilangkan dahaga dan keletihan. Malah cuaca panas tengahari ini aku jarang keluar rumah kecuali ada keperluan.


Jam 5.30 petang aku dan Suaidi ke Nusa Dua untuk menyaksikan Festival Nusa Dua atau pun Nusa Dua Fiesta. Kami singgah ke Masjid Agung Ibn Bathuta untuk solat Maghrib. Kedudukan Masjid Agung Ibn Bathuta ini bersebelahan dengan pagoda, gereja dan pura. Ia didirikan zaman Order Baru Suharto, terdapat tandatangan Suharto pada plak perasmian masjid itu. Kedudukan yang bersebelahan empat rumah ibadat yang berlainan ugama ini adalah konsep PancaSila yang ingin diterapkan oleh pemerintah Order Baru ketika itu.


Selepas solat Maghrib kami ke warung makan sederhana untuk makan malam kebetulan Suaidi berpuasa hari ini. Kemudiannya kami ke tapak pesta iaitu di medan tapak tanaman pokok oleh pembesar-pembesar asing, di bahagian belakangnya ialah "waterboom."

Seperti pesta-pesta yang lain, Nusa Dua Fiesta menyediakan gerai-gerai pameran dari pelbagai wilayah negara Indonesia seperti dari Jakarta, Bandung, Jokjakarta, Siak, Menado, Kalimantan, Bali, Riau, Sulawesi dan lain-lain lagi. Pameran karikatur, kraf, tekstil dan produk makanan juga dipamerkan. Malah Pertandingan "Sand Sculpure" juga diadakan. Di pentas utama acara pembukaan rasmi dilakukan. Tarian, teater dan muzik tradisi dimainkan. Pertunjukan bunga api mengiringi pembukaan rasmi itu. Aku dan Suaidi singgah dari satu gerai ke satu gerai. Sempat juga aku bergambar dengan mereka. Antaranya nona dari Menado,Sulawesi (berbaju hitam) yang sangat terkenal dengan kecantikan wanita-wanitanya. Di Indonesia ada dua kota yang sangat terkenal dengan kecantikan wanita-wanitanya iaitu Bandung dan Menado. Kulit wanita-wanitanya putih dan halus sukar ditemui di Malaysia. Maaf aku ini lelaki estetik suka sangat "apreciate" kejelitaan wanita. Kata Pak Hardiman( dosen SeniRupa Universitas Pendidikan Ganesha,Singaraja) aku berdarah Sukarno yang sukakan wanita-wanita jelita. Aku rasa semua lelaki yang siuman memang sukakan wanita jelita. "Betul tak Pak Jajang, Pak Hardiman, Pak joe,Pak Hassan, Pak Zahidee dan Pak Roskang"Hanya lelaki yang abnormal saja yang tidak bersikap begitu!

Saturday, October 17, 2009

Cuti Sabatikal 141-Kembara Bali: G.I.B.B.A.H


16 Oktober 2009 sebelah pagi aku membuka laptop untuk melayari internet, sambil itu melihat blog rakan-rakan, menjengok Facebook dan Friendster. Jam 1o pagi aku ke Warung Sederhana menaiki bemo untuk sarapan pagi@makan tengahari walaupun kakiku masih sakit dan berdenyut. Ghoutku masih belum pulih sepenuhnya. Selepas makan aku ke Nabila Internet dan ke Musolla Fasttabiqul Khoirat bersebelahan dengan pusat Internet itu untuk menunaikan Solat Jumaat.


Khutbah Jumaat minggu ini disampaikan oleh seorang uztad dari luar Sanur. Isi khutbahnya bertemakan GIBBAH. Dalam Bahasa Indonesia dipanggil gunjingan manakala dalam Bahasa Malaysia dipanggil memburuk-burukkan atau pun gossip. Khatib tersebut meminta ahli jemaah supaya meninggalkan GIBBAH, walaupun cerita mengenai keburukan orang itu adalah betul. Menyembunyikan aib orang lain bermakna tidak memperkatakan keburukan saudara sendiri. Malah di akhirat nanti ALLAH akan menyembunyikan keburukan orang yang menyembunyikan keburukan saudaranya.


Mengikut khatib itu di akhirat nanti orang yang selalu memperkatakan keburukan orang lain akan dipakaikan kuku tembaga dan ia sentiasa mencakar-cakar jasadnya dengan kuku itu sehingga tercarik-carik badannya berlumuran darah dengan kesakitan yang amat sangat.


GIBBAH adalah perbuatan buruk yang nama baik seseorang itu tercemar dan maruah buruknya tersebar di kalangan masyarakat. Mengikut khatib dengan memetik peribahasa Melayu yang menyatakan "kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di depan mata tidak kelihatan" selalulah menghisap keburukan sendiri daripada memperkatakan keburukan orang lain. Dengan sibuk melihat keburukan sendiri tidak ada masa melihat keburukan orang lain.


Marilah kita sama-sama mendengar, memahami, menghayati serta mengamalkan ilmu yang telah kita ikuti tadi. Amin.Wallahualam

Friday, October 16, 2009

Cuti Sabatikal 140-Kembara Bali: G.H.O.U.T


15 Oktober 2009 aku diserang ghout ( di Indonesia dipanggil asam urat) dibahagian lutut sehingga bengkak. Aku terfikir-fikir apakah yang aku makan. Iya..aku mensyakki belacan Bali. Semalam aku masak kari ikan merah dengan sambal belacan. Memang berbeda sungguh sambal belacannya. Kadang-kadang apa yang aku rancang selalunya kurang menjadi. Kari di sini berbeda dengan kari di Malaysia. Kari di sini lebih banyak kunyitnya. Setiap bumbu ( rempah) yang ada di Indonesia pasti berbeda dengan bumbu di Malaysia. Santan pun memang sukar dicari melainkan santan yang telah ditin dan dikotakkan. Aku membeli santan kotak itu.

Aku sudah lama mengidap Ghout sejak tahun 1995. Aku masih ingat mula-mula aku diserang ghout. Ketika itu aku tinggal di Taman Bina,Tanjung Malim. Aku cuba bangun dari tidur untuk mengambil wudhu solat subuh. Tiba-tiba secara spontan aku menjerit kesakitan kerana tidak boleh bangun. Kakiku terasa amat sakit sekali. Aku menyelak kainku. Aduh...lututku bengkak merah seperti dibakar. Aku langsung tidak boleh bergerak. Aku dikejarkan ke hospital di depan rumahku. Aku direhatkan di katil kecemasan. Beberapa suntikan diberikan untuk meredakan kesakitan itu. Melalui ujian yang diambil dari sampel darahku menunjukkan kandungan asid urik berlebihan dalam saluran darahku.

Penyakit Ghout adalah disebabkan kandungan Asid Urik yang tinggi dalam darah. Asid Urik ini membentuk hablur-hablur kaca yang mengalir dalam darah. Bila hablur-hablur ini tersekat di bahagian sendi seperti lutut, buku lali, sendi tangan, sendi jari kaki atau tangan dia akan bengkak dan pengidapnya akan mengalami kesakitan yang amat sangat. Bergantung kepada tinggi rendahnya Asid Urik itu. Di Fakulti Seni dan Muzik yang aku tahu aku dan PM Tn. Hj.Iberahim Hassan adalah pengidap Ghout tegar. Kebetulan kami adalah MANTAN DEKAN FSM.

Asid Urik ini banyak terdapat dalam makanan laut seperti sotong (Indonesia panggil cumi), udang, ketam, kerang, ikan yang tidak bersisik seperti tuna, tongkol, sardin, pari dan laian-lain. Sotong ( cumi) adalah makanan laut yang paling tinggi mengandungi Asid Urik dan ia adalah makanan kegemaranku. Tetapi di Bali aku paling jarang menyentuhnya. Selain makanan laut beberapa sayuran juga mengandungi asid yang sama seperti sayuran jenis kekacang, bunga kubis, brakuli dan lain-lain.

Inilah masalah aku, kadang-kadang aku makan untuk mengurangkan kencing manisku tetapi ghout pula yang menjelma.

Thursday, October 15, 2009

Cuti Sabatikal 139-Kembara Bali: H.A.R.I. R.A.Y.A. G.A.L.U.N.G.A.N







12 dan 13 Oktober 2009 aku santai aje kat rumah. Seperti biasa mengemas rumah, memasak, membaca dan mengumpul maklumat untuk penyelidikanku. Sejak bulan Ramadhan dulu aku dah mula masak sendiri. Berbagai-bagai resepi aku cuba. Kadang-kadang aku masak kari ikan atau kari daging. Kalau jemu aku masak sup kepala ikan merah. Bila aku tak sihat aku masak bubur lambuk. Malah aku cuba juga masak ikan gulai kicap. Paling kerap aku goreng ikan atau ayam. Pernah juga aku masak mee goreng basah. Paling malas aku masak sardin atau nasi goreng aje. Wah...aku rasa kembali ke zaman bujang aku dulu sewaktu aku mengajar di BINATANG, Sarawak 1980-1984. 5 tahun di sana aku dah jadi campion masak. Apa saje insyaallah aku bisa memasakinya hatta rendang pun bisa.
Pada masa yang sama aku melihat isteri tuan rumah jiranku sibuk mengemas rumah, menganyam penjor(hiasan di hadapan rumah menggunakan daun kelapa bertujuan memeriahkan sambutan hari raya itu) membersihkan halaman dan memasak. 14 Oktober 2009 bersamaan hari rabu sambutan Hari Raya Galungan bagi penganut Hindu Bali diadakan. Aku teringat Deepavali di Malaysia. Tetapi di sini jauh berbeda. Mereka tidak tahu pun Hari Raya Deepavali itu walau pun mereka sama-sama penganut Hindu
Sambutan Hari Raya Galungan ini adalah kedua terbesar selepas NYEPI. NYEPI adalah perayaan hari Raya masyarakat Hindu Bali bagi menghalau makhluk jahat. Pada malam itu semua lampu dipadamkan termasuk lampu eletrik di seluruh Bali. Lampu jalan atau lampu di kedai, kantor atau rumah mesti dipadamkan. Azan pun tidak boleh dikemundangkan mengguna pembesar suara. Semuanya sepi. NYEPI. Upacara menghalau makhluk jahat akan diadakan di sepanjang jalan seluruh pelusuk Bali. Perayaan ini diadakan pada bulan MARET (Mac). Ya...ketika itu aku telah pun pulang ke Malaysia kerana tempuh cuti sabatikalku berakhir pada 28 Februari 2010.

Monday, October 12, 2009

Cuti Sabatikal 138-Kembara Bali:H.I.M.P.U.N.A.N K.E.T.U.R.U.N.A.N B.A.N.Y.U.M.A.S







11 Oktober 2009 aku dan Suadi menghadiri majlis perhimpunan warga keturunan dari Banyumas, Jawa Tengah. seluruh Bali yang diadakan di Renon, Denpasar. Aku dijemput oleh Suaidi minggu lepas melalui satu surat yang ditunjukkannya. Dia mengetahui aku berasal dari tanah leluhurku BANYUMAS, Jawa Tengah. Memang kakekku ( datukku Hj.Umar) sebelah ayahku berasal dari situ. Malah Nenekku Embah Murni juga berasal dari tempat yang sama. Kedua-duanya berhijrah ke Malaya pada mulanya di Teluk Intan dan akhirnya sampai Ke Behrang Stesen,Perak. Di situlah lahirnya bapaku Hj.Mohd.Noor (almarhum). Manakala datuk sebelah ibuku pula Hj.Shafie berasal dari SURABAYA, Jawa Timur.

Sebelum bapaku meninggal dunia dia pernah memberitahuku asal usulnya. Malah katanya kalau ke Indonesia jangan lupa ke BANYUMAS. Almarhum pernah menceritakan tempat tinggal dan tanah ayahnya di BANYUMAS iaitu berhampiran dengan stesen keretapi BANYUMAS. Sehingga kini aku masih belum lagi ke situ sedangkan aku telah mengembara ke Jakarta, Jokjakarta, Bandung, Semarang dan Surabaya. Insyallah satu ketika nanti aku akan menjejaki ke situ.

Dalam majlis yang permai itu, ramai warga BANYUMAS yang hadir di dewan yang luas dan cantik itu. Jamuan kueh-mueh disediakan sebelah paginya. Manakala makan tengahari seperti nasi, lontong dan pelbagai makanan tradisional BANYUMAS disediakan. Aku memilih lontong.

Pelbagai acara diadakan seperti ucapan, nyanyian,lawak jenaka, jualan, muzik akustik diadakan. Paling mengejutkan bila pengacara majlis memperkenalkan aku kepada semua khalayak sebagai warga Malaysia berasal dari BANYUMAS. Aku bangun dari tempat dudukku memberi hormat dan satu tepukan gemuruh diberikan oleh majlis. Wah tak sangka sama sekali aku menjadi tumpuan dalam majlis itu. Aku percaya akulah satu-satunya orang asing yang hadir dalam majlis itu. Sepanjang majlis itu ramai yang bersalaman denganku.






Saturday, October 10, 2009

Cuti Sabatikal 137-Kembara Bali: S.Y.A.H.I.D.N.Y.A D.U.A. O.R.A.N.G S.Y.U.H.A.D.A







10 Oktober 2009 aku menonton televisi siaran berita Metro TV sore. Satu siri pembunuhan oleh DENSUS 88 ( cawangan khas Polis Indonesia)berlaku lagi ke atas dua orang adik beradik assyahid Saifuddin Shuhri Jailani dan adiknya Assyahid Mohd.Shahril Jailani ( aku teringat nama sahabatku Dr. Roskang Jailani di Malaysia, adakah mereka adik beradik?) yang berlaku di Banten Jawa. Kedua-duanya pernah ditahan dalam penjara Indonesia kerana disyaki dalam pengeboman hotel-hotel di Jakarta. Kedua-duanya adalah ahli Jemaah Islamiyyah Asia Tenggara.


Aku hanya berdoa semoga roh kedua-dua assyahid ini diterima amal baktinya oleh ALLAH AZZAWAJALLA sebagai assyuhada bersama-sama golongan assyuhada terdahulu dari mereka. Amin.

Di akhirat nanti darah mereka menjadi saksi sebagai pengorbanan mereka kepada perjuangan menegakkan Kalimah ALLAH di muka bumi ini. Apakah yang boleh kita tunjukkan kepada ALLAH nanti di akhirat? Solat kita? Haji kita? Puasa kita? Itu semua tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Pada zaman Umar Al Khatab berlaku satu peristiwa, seorang Wanita muslimah telah dipermalukan oleh orang-orang Kafir jauh dari Mekah dan Madinah. Mendengar kejadian itu Saidina Umar Al Khatab menghantar satu batalion tentera muslimin mengajar orang-orang kafir itu. Sekarang ini berapa ramai kaum muslimah yang diperkosa di Iraq, di Afghanistan, di Burma, di Selatan Thai, di India oleh orang-orang kafir itu. Tiada seekor pun kaum muslimin yang datang membela! Nampaknya kita yang lemah iman ini hanya mampu menunjukkan hati benci kita kepada Kuffar Amerika dan sekutu-sekutunya yang sewenang-wenangnya membunuh umat Islam Iraq, Afghanistan, Sudan dan sekarang ini Iran pula menjadi sasaran. Kalaulah itu pun tidak ada, entahlah di mana status kita sebagai umat Islam? Malunya hendak menemui ALLAH dengan jiwa kosong!

Friday, October 9, 2009

Cuti Sabatikal 136-Kembara Bali: K.E.B.A.H D.A.R.I D.E.M.A.M




8 September 2009 aku masih lagi demam. Tidak lalu nak makan sehingga badanku semakin kurus. Semua seluarku longgar. Aku berehat aje di katil macam wad hospital. Isteri jiranku membawakan buah-buahan. Suaminya membawakan ubat. Yang datang menjengok Suaidi dan Rofiq bersama keluarga. Suaidi membawaku ke klinik. Entah beberapa hari aku tak membuka Televisi. Laptop pun jarang. Aku benar-benar capek. Jalan pun kadang-kadang terhoyong- hayang.

9 September 2009 aku gagahkan diriku untuk bergerak walaupun lemah. Aku teringat hari ini adalah hari Jumaat. Aku keluar awal menaiki bemo ke Restoran Sederhana untuk sarapan pagi @makan tengahari. Memang sudah lama tidak makan di restoran ini sejak aku mulai masak dalam bulan Ramadhan dahulu. Lepas tu aku ke Nabila Internet melihat email.

Jam 11.50 pagi aku ke Musolla yang kebetulan bersebelahan dengan pusat Internet itu. Alhamdulillah jemaah masih belum ramai ketika aku sampai ke situ. Waktu solat Jumaat ialah jam 12.30 tengahari. Aku benar-benar terharu mendengar khutbah yang disampai oleh khatib minggu ini. Kandungan khutbahnya mengenai Gempa di Padang Sumatera dan peringatan Allah terhadap kejadian itu. Paling berani khatib tersebut memprotes pemerintah Indonesia yang tidak melaksanakan Syariat dalam pentadbirannya. Beliau dengan lantangnya menyelar pemerintah sekarang yang telah 4 kali pemilu telah menipu umat Islam Indonesia. Malah mengikut beliau betapa bobruknya masyarakat Indonesia yang mengamalkan korupsi dan dosa-dosa lain yang tidak tertanggung lagi oleh bumi Indonesia. Beliau juga menyentuh tentang kejadian gempa bumi mengikut ahli sains tetapi ahli sains tidak langsung merujuk kepada firman-firman Allah tentang mengapa kejadian itu berlaku (pandangan yang sama aku utarakan dalam blogku yang terdahulu). Paling menarik dalam siri khutbah jumaat di masjid-masjid di Bali ialah khatibnya dijemput dari tokoh-tokoh luar. Mereka tidak menggunakan teks. Mereka bebas menyatakan sesuatu. Tiap-tiap minggu ada sahaja idea baru. Seolah-olah satu pidato umum sedang berlaku.


Amat malang di Malaysia, setiap khutbahnya perlu dibacakan. Teksnya di bawah kawalan Majlis Agama Islam Negeri. Kadang-kadang isu yang dikemukakan tak relevan dengan kejadian minggu itu. Aku masih teringat bila aku solat Jumaat di Masjid Jamek Tanjung Malim pada tahun lepas. Ketika itu umat Islam Palestin dihancurkan oleh tentera Israel dan HAMAS bangun menentang. Isu ini isu umat Islam seluruh dunia. Tapi khatib itu dengan lemah lembutnya membacakan khutbahnya mengenai taqwa tanpa mengaitkan langsung dengan peristiwa itu. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Itulah sebabnya aku tidak pernah menadahkan tangan ketika khatib mendoakan panjang umur dan kesejahteraan untuk pemimpin. Sebaliknya aku tetap menterbalikkan tapak tanganku itu. Maaf aku Orang Behrang. Aku dan rakan-rakanku Orang Behrang kerap berbuat demikian. Rumusannya Di Malaysia membaca khutbah di Indonesia berkhutbah.


Selepas solat selesai aku bersalam dan berbual-bual dengan beliau. Ternyata beliau kerap ke Sri Petaling, Malaysia. Pusat Tabligh Asia Tenggara. Beliau mengajak aku ke Pusat Anak-Anak Yatim di Denpasar. Beliau adalah pengurusnya. Insyaallah satu hari aku akan ke situ.

Wednesday, October 7, 2009

Cuti Sabatikal 135-Kembara Bali: D.E.M.A.M

4 dan 5 Oktober 2009 aku mula rasai badanku tidak stabil. 6 dan 7 Oktober 2009 aku benar-benar demam. Tidak lalu nak bangun dari katil. Aku berehat aje atas katil. Makan pun tak lalu. Suaidi datang menjengokku sambil mengemas rumah. Aku benar-benar tidak berdaya...waktu aku menulis ni pun tanganku terketar-ketar...

Monday, October 5, 2009

Cuti Sabatikal 134-Kembara Bali: PEMAKAMAN JENAZAH NOORDIN MAT TOP











3 Oktober 2009 ketika aku berehat di Hotel Sental,Singaraja untuk menghadiri SEMINAR INTERNASIONAL KHAZANAH SENI RUPA NUSANTARA aku sempat menonton siaran televisi Indonesia. Ketika itu acara pemakaman jenazah NOORDIN MAT TOP di Pontian Johor disiarkan oleh televisi itu. Ini bermakna wartawan dan krew televisi itu turut hadir dalam upacara itu. Siaran itu juga menyiarkan proses pemulangan jenazah itu kepada keluarga dan Pegawai Polis Malaysia.

Kadang-kadang aku terfikir assyuhada Noordin Mat Top diwar-warkan sebagai TERORIS kerana terlibat dalam pengeboman hotel-hotel di Jakarta dan Bali. Noordin Mat Top berbuat demikian kerana ALLAH disebabkan Amerika dan sekutu-kutunya telah membunuh dan memperkosa umat Islam di Iraq, Afganistan, Sudan dan tempat-tempat lain tanpa pembelaan daripada SALAHUDDIN AL AYUBI yang bangun membela. OIC dayus. LIGA ARAB mandul. Negara-Negara Feudal Arab yang kaya seperti Arab Saudi, Kuwait, Ameriah Arab Bersatu, Qatar sudah menjadi sekutu dan pelukan manja Amerika. Negara umat yang lain membisu seribu bahasa. TIADA TENTERA BERSEKUTU UMAT ISLAM yang bangun membela. Negara umat Islam terbesar di dunia-Indonesia hanya mampu berdemonstrasi begitu juga umat Islam Malaysia.
Namun begitu akhirnya ada juga pahlawan Islam yang muncul membela umat Islam itu yang lahir di bumi Arab Saudi iatu OSAMA BEN LADEN dan di bumi Malaysia iaitu DR. AZHARI dan NOORDIN MAT TOP. Dengan nama ALLAH mereka bangun memusnahkan jaringan dan kepentingan Amerika dan sekutu-sekutunya. Sedarlah umat Islam PERANG SALIB tidak pernah berakhir. Kalau kita kaji siapakah tentera-tentera bersekutu yang menyerang Palestin dahulu dalam PERANG SALIB dahulu adalah tentera dari negara yang hampir sama melainkan munculnya negara baru Amerika dan Australia.
Bila aku menonton peristiwa gempa bumi di Padang aku mulai tertanya -tanya, Allah Azzawajalla telah mengebom hotel-hotel di Padang sehingga ranap ke bumi SANGGUPKAH MANUSIA INDONESIA MENGANGGAP ALLAH AZZAWAJALLA ITU TERORIS sebagaimana mudahnya mereka menganggap NOORDIN MAT TOP itu Teroris kerana meletupkan hotel Amerika itu. Siapakah teroris yang sebenarnya. NOORDIN atau AMERIKA ? Sepatutnya umat Islam patut berbangga kerana masih ada lagi SALAHUDIN AL AYUBI di bumi ALLAH ini.


Aku banyak mendengar khabar dari orang-orang Muslim di Pariaman, Padang betapa orang-orang Pariaman telah banyak yang MURTAD meninggalkan agama Islam lalu memeluk agama Kristian? Maaf Indonesia amat menekankan satu bangsa Indonesia tetapi langsung tidak menekan satu umat Muhammad. Oleh kerana itulah soal murtad, pertukaran ugama adalah soal yang remeh, yang penting bagi mereka ialah satu bangsa dan bukannya satu agama. Pemimpin mereka amat berbangga kerana mendapat gelaran NEGARA UMAT ISLAM TERBESAR DI DUNIA tetapi umat Islam yang macamana? Rakyatnya ramai yang miskin menjadi pengemis, korup, wanita Islamnya ramai yang jadi pelacur di Serambi Mekah Acheh, Jakarta, Jokjakarta, Bandung, Semarang, Sanur, Bali. Bapak ayamnya lelaki Islam yang bekerja menjual wanita Islam. Perkampungan pelacuran wujud di seluruh kota dan desa Indonesia dan dianggap halal oleh pemerintahnya. Perkataan pelacur ditukar kepada "Pekerja Sex" supaya lebih terhormat dan halal. Apakah ini yang perlu dibanggakan sebagai NEGARA UMAT ISLAM TERBESAR DI DUNIA?
Kalau kita semak dalam AL QURAN DAN TERJEMAHNYA banyak Firman Allah yang menyebut tentang banyaknya manusia yang engkar akan Allah, manusia yang engkar akan rasul, manusia yang homoseksual, menipu timbang, sombong dan angkuh akan kekuasaannya Allah musnahkan manusia itu dengan gempa, dibolakbaliknya tanah( umat yang engkar pada seruan Nabi Lut kerana homo), bah besar (umat Nabi Noh yang engkar) dan pelbagai kejadian lain lagi. Allah mahu manusia berfikir akan kejadian-kejadian itu.
ALLAH MAHA PENYAYANG tidak akan memusnahkan manusia itu tanpa sebab walaupun Alah boleh melakukannya dengan"KUN FAYAKUN'. Kejadian gempa bumi ini mesti bersebab. Ahli Sains dan pendekatan Saintifik hanya mengupas tentang kejadian Georafis -iaitu wujudnya lingkaran cincin api dan kerak bumi tetapi ahli Sains dan pendekatan Saintifik tidak mahu menghubungkan kejadian ini dengan peringatan ALLAH. Takut-takut dianggap TIDAK SAINTIFIK. Malah apa sahaja kejadian yang ada hubungannya dengan Allah dan kekuasaannya dianggap TIDAK SAINTIFIK. Inilah malangnya Sains Moden hari ini.

Sunday, October 4, 2009

Cuti Sabatikal 133-Kembara Bali: SEMINAR INTERNASIONAL KHAZANAH SENI RUPA NUSANTARA











2 Oktober 2009 pada sebelah petangnya aku membentangkan kertas kerjaku yang bertajuk PERANG PERAK: SATU MANIFESTASI VISUAL- kertas kerja yang telah kukerjakan berhari-hari lamanya. Alhamdulillah dengan keyakinan yang tinggi dan aku berjaya membentangkannya di hadapan khalayak seni. Rakan-rakan panel dan pensyarah-pensyarah lain meminta izin dari saya untuk mengambil data itu dari komputer. Saya membenarkannya sebab kertas kerja saya yang telah didokumenkan tidak mempunyai gambar disebabkan masalah teknikal ketika email dahulu.

Jam 4.30 petang acara pembentangan kertas kerja selesai. Aku dan rakan-rakan pembentang berehat di beberapa buah hotel di Singaraja. Aku berehat di Hotel Sentral untuk menunggu acara kebudayaan pada sebelah malamnya.

Aku sangat terharu acara kebudayaan itu seakan-akan khusus untuk kami pensyarah-pensyarah dari Malaysia. Persembahan kebudayaan seperti Tarian Tradisional Bali, Muzik Akustik, Muzik Gamelan dan Nyanyian Solo dari pelajar-pelajar UNDIKSHA memang menarik dan mengkagumkan.

Saturday, October 3, 2009

Cuti Sabatikal 132-Kembara Bali: SEMINAR INTERNASIONAL KHAZANAH SENI RUPA NUSANTARA





2 Oktober 2009 jam 5.30 pagi selepas menunaikan solat subuh aku, En Hassan Ghazali dan PM Mohd.Zahidee bertolak ke Singaraja untuk menghadiri SEMINAR INTERNASIONAL KHAZANAH SENI RUPA NUSANTARA anjuran UNIVERSITAS PENDIDIKAN GANESHA,SINGARAJA. Rakan Suaidi memandu kereta membawa kami ditemani oleh Mahbud. Perjalanan yang memakan masa 3 jam dengan cuaca mendung dan dingin memang meletihkan. Kami pening. Malam tadi sepanjang malam aku tidak dapat tidur dan kedua-dua sahabatku hanya dapat tidur satu jam sahaja. Kami berbual-bual hingga larut pagi.

Malah sebelumnya aku bersama En Hassan Ghazali ( yang telah sampai jam 1 tengahari di bandara)menunggu PM Zahidee di Bandara Ngurah Rai International Airport sehingga jam 1 pagi. Beliau datang bersama-sama Dr.Abd.Halim Hussain,Cik Eleena Abdullah dan 20 orang pelajar-pelajar master seni UPSI. Selain mereka satu kumpulan pensyarah-pensyarah UITM dan Universiti Kuala Lumpur turut bersama untuk menghadiri seminar tersebut. Hanya En.Hassan Ghazali dan PM Mohd.Zahidee yang menginap di rumahku manakala yang lain-lainnya menginap di hotel.

Selapas majlis perasmian sesi pertama "Key note address" dilakukan. Aku telah dilantik menjadi moderatur. Tokoh-tokoh panel ialah Prof.Tjep Tjep dari UPSI,Pak Hardiman dari UNDIKSHA, Dr.Abd.Halim Hussain dari UPSI dan Dr.Jean Contordeau dari Peranchis. Sesi yaqng berlangsung selama dua jam dijalankan dalam dua acara iaitu pembentangan dan diskusi. Alhamdulillah aku selesai menunaikan tugasku yang pertama