Sunday, August 9, 2009

Cuti Sabatikal 76-Kembara Bali: Ubud,Undiksa dan Nyanyian





Pada 7 Julai 2009 aku, Joe dan Hassan ke kantor Imigrasi untuk mendapatkan visaku. Tapi sayang aku hanya mendapat resit pembayaran Rp 250000 sahaja tapi pasport masih belum kuperolehi dan hanya boleh diambil pada hari Isnin 10 Ogos 2009 jam 2 petang. Selepas itu kami ke bandar Ubud sebuah bandar seni yang mengkagumkan kerana memiliki banyak galeri seni dan museum serta kedai-kedai yang menjual perbagai produk seni dari medium kaca, seramik, besi , kayu, tekstil ,daun, kanvas dan kertas. Kami juga mengunjungi Galeri Neka yang memamerkan catan-catan tradisional Bali selain mengunjungi kedai buku di seberang jalan di hadapan galeri itu. Kami juga bersiar-siar melihat sawah padi teres yang menghijau di pinggir bandar Ubud. Sungguh indah dan menyenangkan mata. Kami pulang malam. Keesokannya kami ke Ke Tanah Lot melihat pura di tengah laut dan membeli cenderamata di bazar Tanah Lot. Jam 3.45 petang kami bertolak ke Singaraja kerana temujanji dengan Dr Made Sutama Dekan Fakultas Bahasa dan Seni Universitas Pendidikan Ganesha jam 7.00 malam. Lima minit sebelum jam 7 malam kami sampai ke Undiksa dan bertemu dengan Dekan dan pensyarah-pensyarah Undiksa yang lain. Dr Made Sutama membawa kami ke sebuah restoran mewah di tepi laut. dan perbincangan antara kedua-dua belah pihak pun berlangsung. Selepas itu, aku diberi peluang menyanyi beberapa buah lagu diiringi oleh muzik live. Lagu-lagu kegemaranku seperti Biarlah Bulan Bicara, Semalam Di Malaysia dan Jangan Ada Dusta di antara Kita ( berduet dengan Diyan penyanyi tetap restoran itu ). Itulah pertama kali aku menyanyi di Bali setelah 68 hari aku tinggal di sini.

1 comment: