Monday, August 24, 2009

Cuti Sabatikal 90-Kembara Bali: Hari ke 3 dan 4 Ramadhan

24 Ogos 2009 seperti biasa aku masih mampu meneruskan puasa hari ke 3 walaupun agak letih. Entah berapa kali aku tertidur di kusyen ditemani anak kecil bernama Gede ( anak tuan rumah berumar 2 tahun ). Dia sengaja aku suruh masuk ke rumah bermain komputerku. Walaupun ngak pandai lagi berbicara lancar tetapi jadilah menemaniku yang kesunyian ini. Aku sediakan biskut dan makanan lain untuknya sambil menonton TV cerita kartun. Aku benar-benar keletihan dan sakit pinggang. Petangnya sku berusaha masak sendiri. Masak daging sapi dalam tin. Aku terkejut rupa-rupanya daging sapi itu telah hancur betul aku menyangka macam di Malaysia daging sapi kari bercampur kentang yang siap untuk dipanaskan sahaja,tetapi lain pula di sini.Tak apalah aku masak sapi hancur itu campur bawah putih,bawang merah, kemanggi dan kentang. Kemudianku bubuh santan. Aku juga goreng ikan bulu ayam. Itulah menu aku berbuka puasa sore itu jam 6.21 petang. Manakala minumannya aku bancuh kopi panas. Aku memang jarang minum kopi, selalu minum teh, tapi bila sakit pinggang ni aku tukar kepada kopi.Orang tua-tua kata selalu minum teh angin. Aku pun belum pasti lagi benar atau tidaknya. Masih belum ada penyelidikan yang dibuat oleh pakar pemakanan. Ataupun aku belum membacanya lagi. Selepas berbuka dan solat Maghrib aku ake pasar malam dengan Santoso untuk membeli ikan dan sayur. Wah memang luas kawasan pasarnya.Aku membeli ikan tongkol.ikan sardin,cumi (sotong) dan udang. Semuanya fres. Aku juga membeli kemanggi, memang aku suka kemanggi kerana aromanya yang wangi. Pulang jam 10 malam. Aku meneruskan solat isya dan tarawih sendirian. Keesokannya 25 Ogos 2009 aku meneruskan berpuasa buat hari keempat dan petangnya aku masak sup kepala ikan.

4 comments:

  1. jangan lupa makan serunding tu waktu bersahur...

    ReplyDelete
  2. Joe, serunding tu dah abis sebelum ramadhan lagi. Aku memang kaki serunding.Korang balik aku tutuh serunding tu.Hahaha kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. yeke? aku ingat hang nak simpan untuk bulan puasa..tak apa nanti aku kirim lagi..kalau pos boleh ke? sebab di sana ngak ada postornya Pak?

    ReplyDelete
  4. jangan pos! Tak berani jamin. nanti sesiapa yg datang kirim pesan.

    ReplyDelete