Thursday, August 6, 2009

Cuti Sabatikal 74-Kembara Bali: Kawan yang pertama Ziarahku







Jam 7.00 malam 5 Ogos 2009 selepas menunaikan solat maghrib aku terus ke Ngurah Rai International Airport ,Denpasar menunggu sahabat-sahabatku Dr. Johari dan En Hassan Ghazali yang akan tiba dari Kuala Lumpur jam 8.15 malam. Flight delay 30 minit menyebabkan ketibaan mereka lambat sedikit daripada sepatutnya. Seorang demi seorang keluar dari pintu keluar antarabangsa dari pelbagai bangsa dan kebanyakannya ialah orang Eropah yang kerap mengunjungi Bali. Akhirnya yang ditunggu-tunggu keluar dari pintu bandara dengan wajah bertopeng ( rupa-rupanya mereka juga takut H1N1 disebabkan UPSI diarahkan tutup selama 1 minggu kerana wabak itu. Kami saling menjerit dan berpelukan kegembiraan walaupun lama tak jumpa ( baru 2 bulan? ) di tengah-tengah khalayak ramai. Rupa-rupanya ikatan persahabatan adalah jauh lebih bererti dari wang ringgit ( walaupun kami sering bertentangan pendapat). Sebagai menyambut kedatangan sahabat sahabatku, aku membawa mereka makan malam di restoran kegemaranku iaitu Restoran Ayam Bakar Wong Solo di Denpasar.Kami makan Chopsteak blackpepper, wah terasa enaknya. Sampai di rumah jam 11 malam. Jo memberikan barang-barang dari Zaharul yang aku pesan iaitu makanan tambahan Alpha Lipit manakala jo juga menghadiahkanku dua balang tempeyek yang dibuat oleh isterinya malam semalam, serunding daging kerbau tempatan dan kueh telinga keling. Manakala En Hassan menghadiahkanku 3 buku sketch Water Colour.Aku sungguh terharu dibuatnya. Oleh kerana lama tidak berjumpa kami berbual-bual sehingga jam 3 pagi. Macam-macam cerita yang kami bualkan. Waduh cukup menggembirakan sehingga kami tertidur dan terlacak sehingga jam 8.30 pagi ( subuh gajah?).

No comments:

Post a Comment