Thursday, August 27, 2009

Cuti Sabatikal 94-Kembara Bali: Rempah Kari Babas.... Hampir Terbabas Berbuka Puasa


Jalanraya sesak sepanjang perjalanan pulang. Upacara "Ngaben" dijalankan di setiap kampung. Ketika ini "lembu merah dan hitam" dah pun mula dibakar. Warna melambangkan kasta masing-masing. Patung lembu akan membawa roh di mati ke "Nirwana". Selain lembu, tak sempat pula nak tanya kalau-kalau ada alternatif lain. Yelah, mungkin boleh laju sikit dari lembu.Komuter ke LRT ke atau sekurang-kurangnya " Pesawat Geruda". Kita orang plan nak beli rempah kari Babas. Tiba di Hardys Supermall dah jam 4.30 petang. Lupalah pula, kat Indon mana ada barang Malaysia. Cari punya cari jumpalah satu produk yang seakan-akan sama. Tentu hari ni berbuka dengan kari kepala ikan.....mana ada, ikan tongkol saja. Balik ke rumah, dah pun 5.20 petang. Tengah sedap-sedap masak, alamak......... gas habislah pula. Potong stim betullah. Akhirnya terpaksa minum air dulu untuk berbuka puasa. Apa pun berbaloi, hari ni menu kari ikan tongkol(aya), sontam, ikan terubuk masin goreng lada jadi hidangan. Aku belasah 3 pinggan. Kami berbuka puasa bertiga, aku, Zaba dan Suhaidi. Hari ini adalah hari yang bersejarah buat aku kerana dah lama tak jumpa kari Malaysia. Macam pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu...... kena kepala bengkak (botak)

12 comments:

  1. ...mmmm...sronotnya...makan kari...kalu ginilah gaya owang yg masak...pasti rasanya sodap!

    ReplyDelete
  2. aku jeles sungguh..masa aku rebus jagung kat dapur, dia tak ambil gambar pun?...hehehehehe..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Pak Karoroso. Memang enak masakannya. Itulah pentingnya ada sahabat tak kiralah lelaki atau perempuan sentiasa tolong- menolong kepada perkara kebaikan. Yang pentingnya saya menunggu giliran Pak Karoroso sebagai tamuku yang ke...

    ReplyDelete
  4. Joe. maafkanlah saya itulah penyakit dan kelemahan saya iaitu selalu 'gamam'

    ReplyDelete
  5. Hassan kata, cepat panik! hehehehee..(darah gemuruh tu..)

    ReplyDelete
  6. heheeh...okla tu dr..dpt mkn kari malaysia..ada org plak yg masakkan...dah tentunya sedap dan berselera...

    ReplyDelete
  7. Dr. Bila tetamu pompuan Dr. ceritakan... ramai pulak yg beri komen......

    ReplyDelete
  8. Yelah San, begitulah nampaknya ramai yang nak beri komen. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. San,terima kasih bangat, kau dah upgrade blogku menjadi lebih ceria, sensasi dan meriah.

    ReplyDelete
  10. Ada masa saya akan buat lebih menarik.. tahniah jagi blog popular...

    ReplyDelete
  11. Makanan emang enak dan sedaaaaap.

    ReplyDelete