Friday, August 21, 2009

Cuti Sabatikal 88-Kembara Bali:Ramadhan AL Mubarak


21 ogos 2009 aku santai aje kat rumah.Sejak sakit pinggang melanda, aku mengurangkan pergerakan. Duduk dan baring aje. Banyak masa di rumah aku gunakan mengumpul data-data penyelidikan yang kuperolehi,menulis catatan penting pada foto-foto dan menyemak mana yang perlu,supaya tidak kelupaan nanti.Banyak lagi maklumat yang perlu kucari yang masih belum kudapati lagi khususnya batik tradisional Bali dan tembikar tradisional Bali. Manakala beberapa data lagi masih belum mencukupi terutama transkripsi daun lontar yang asli.Manakala Mushaf Al Quran tulisan tangan yang terjemahannya ditulis dengan aksara Bali juga menarik untuk dikaji. Insyallah selepas lebaran nanti,aku akan berusaha menjejakinya. Fakta-fakta mengenai seni bina tradisional Bali khususnya pura, masjid dan rumah kediaman barangkali memadai buat masa ini.Jaringan telah kubina untuk mendapatkan maklumat tersebut, temubual dan kerja lapangan memerlukan masa yang banyak. Aku akan memastikan tidak ada yang ketinggalan supaya penyelidikan sabatikalku yang bertajuk: KESENIAN VISUAL TRADISIONAL BALI: MENGAKARUMBI DAN ESTETIKANYA kelihatan lebih sempurna. Aku bekerja sehingga jam 3 pagi, terus sahaja aku bersahur dengan meminum segelas susu Alpha Lipid dan menyuntik insulin. Insyallah esoknya 22 Ogos 2009 Ramadhan Al Mubarak menjelang tiba, aku berpuasa. Memang agak sukar berpuasa bagi pengidap diabetes peringkat 2 seperti aku. Terutama kehausan dan suntikan insulin yang menyebabkan perut jadi terlalu lapar ( kerana penurunan dan kehilangan glukos dalam darah).Aku menyediakan choklat dalam poket andainya berlaku apa-apa (nasihat dari doktor).Insyaallah aku terus berpuasa.

3 comments:

  1. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubrak di rantau orang. Semoga sakit pinggang sembuh sepenuhnya sebab sayapun sakit pinggang jugak....:-(

    ReplyDelete
  2. iya ke tapi sehingga kini saya masih lagi sakit.Nampaknya pergerakan pun terhad sekarang. Macamana nak ubat ye?

    ReplyDelete
  3. nak ubatkan sakit pinggang senang aja...buangkan pinggang tu...hilangle sakitnya....hehehehe..(gurau)

    ReplyDelete