Thursday, August 27, 2009

Cuti Sabatikal 92-Kembara Bali:Lawatan ke Ubud dan Kintamani




27 Ogos 2009 jam 10 pagi Aku, Zaba dan Suhaidi bertolak ke Ubud dan Kintamani. Walaupun aku telah banyak kali ke kedua-dua tempat itu tetapi ada-ada sahaja yang baru yang aku belum temui lagi. Misalnya di Ubud kami ke bengkel membuat perabut rotan. Memang mengkagumkan. Beberapa orang pekerja sempat ku temui dan berbual bagaimana mereka mencipta produk tersebut. Pelbagai rekabentuk dan saiz yang dihasilkan ada berbentuk bulat, bersegi, bujur, mobail dan statik. Zaba nampaknya tertarik sungguh ndengan produk tersebut, sehingga sanggup bertanya harga dan bagaimana cara penghantarannya ke Malaysia. Memang harganya tidak mahal, salah satu set perabut rotan yang unik tersebut berharga Rp 1 juta 900000 (RM 700), tetapi kos penghantarannya agak mahal iaitu USD 305( 305 x 3.5) bergantung pula kepada jumlah 'Kube'.( syarikat perabut itu yang mengendalikannya) Walau bagaimanapun kita mempunyai banyak pilihan untuk penghantaran melalui kargo lain. Kalau berkongsi 3 & 4 orang menggunakan kontena aku fikir jauh lebih murah. Selepas itu kami ke sawah teres yang paling indah di Bali terletak di hujung Ubud di hadapan sebuah restoran yang kelihatan sepi. Angin dingin menyambut kami di situ. Wow. Memang indah sekali, dengan udara yang segar serta kehijauan sawah padi yang beralun. Kelihatan juga beberapa orang petani sedang bekerja di sawah mereka.

No comments:

Post a Comment