Sunday, August 2, 2009

Cuti Sabatikal 69-Kembara Bali: Konferensi dan Festival International Kebudayaan Bali Utara





























1 Augustus 2009 aku menyambung semula kehadiranku di konferensi itu. Alhamdulillah aku dapat berkenalan dengan rakan-rakan dari Bali dan orang-orang Barat yang kebanyakannya telah lama tinggal di Bali dan membuat kajian mengenai kebudayaan Bali Utara terutama dalam bidang Muzik dan Tarian. Ada di antara mereka yang menjadi peserta sepertiku dan ada yang menjadi speaker. Antaranya ialah Renata Maria, Penolong Pensyarah Nicolaus Copernicus, Torun,Poland, Maurizio dari Itali seorang fotografer dan penerbit buku yang membentangkan kertas kerja bertajuk Historical North Balinese Photo Documentatio, Eric Sandal dari Kanada pembentang kertas kerja mengenai analisis irama Muzik Gamelan Buleleng, Gede Pastika Pengarah Yayasan Rai Serimben,Indonesia dan Vaughan Hatch yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Preserving The Old Gamelan' dari New Zealand. Paling menarik setelah berbual-bual dengan beliau, aku dapat menyalami kecintaannya terhadap muzik gamelan Buleleng malah beliau telah menubuhkan kumpulan Mekar Buana dan mempunyai homepage sendiri http://www.balimusic.org/. Beliau adalah graduate dari University of Otago, New Zealand. Universiti ini pernah kukunjungi ketika lawatan rasmi ke New Zealand waktu aku menjadi Dekan Fakulti Seni dan Muzik,Universiti Pendidikan Sultan Idris dahulu. Beliau menyambungkan pelajaran Muzik Gamelannya di ISI, Jakarta. Telah berumahtangga dengan wanita Bali dan mempunyai anak yang mulai pandai bermain muzik Gamelan. Pada sebelah malamnya ialah majlis penutup, selain membaca rumusan konferensi itu oleh Dr I Made Sutama selaku Panitia dan Dekan Fakultas Bahasa dan Seni Undikhsa diadakan juga persembahan muzik Gamelan Bali Utara. Pertama kali dalam sejarah aku diajak menari tarian Bali di pentas Undiksha setelah Rektor Undiksha Prof. Dr.I Nyoman Sudiana meminta penari wanita itu menari denganku. Aku memang tidak pandai menari tetapi aku menari juga mengikut irama muzik Bali yang dimainkan serta mengikut lenggang lengguk gadis penari Bali itu. Renata Maria rakan baruku dari Poland turut ketawa.

No comments:

Post a Comment