Thursday, August 6, 2009

Cuti Sabatikal 75-Kembara Bali: Lawatan ke Bedugul dan Kintamani






















Jam 9 pagi 6 Ogos 2009 aku membawa sahabat-sahabatku breakfast di Warung Sederhana Jalan Danau Beratan salah satu warung makan kegemaranku. Masakan Jawa Muslim dengan ikan panggang , sate ikan dan kerabu menjadi santapan kami. Rupa-rupanya Jo tidak 'ngam' dengan menu ini ,langsung ditinggalkan makanan itu selepas dikecapinya sedikit. Hasan nampaknya boleh menerima santapan itu manakala aku tidak ada masalah, licin. Kemudian Suhaili membawa kami ke pejabat Imigrasi Denpasar untuk mengambil pasport dan visa lanjutanku. Setelah jenuh mencari atau ada alasan lain staf imigrasi menyuruhku mengambilnya esok pagi setelah lebih sejam aku menunggu. Rakanku Suhaili orang Jawa yang sedang belajar di Institusi pengajian Tinggi Swasta Bali menyatakan inilah masalah birokrasi di mana-mana pejabat di Indonesia. Katanya kalau dihulurkan wang pasport itu akan segera diperolehi ketika itu. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Cuma masaku dah terbuang di situ. Kemudian kami ke Bedugul mengelilingi pasar buah-buahan dan sayur-sayur yang ditanam di situ. Kebanyakan penduduk Bedugul adalah terdiri dari kaum muslimin. Kami juga menyaksikan pemandangan yang indah dari perkarangan Masjid Besar Al Hidayah yang mengadap tasek dan gunung. Udara yang dingin dengan air wuduk yang sejuk kami menunai solat jamak Zohor dan Asar berjamaah di masjid itu. Selepas itu kami ke Pura yang tidak jauh dari masjid untuk melihat lanskap, taman dan seni bina pura yang unik itu. Kemudian kami bertolak ke Kintamani yang dingin melalui jalan yang berliku-liku serta mendaki gunung dan menuruni lembah akhirnya kami sampai ke Tasek Batur yang berlatarbelakangkan Gunung Batur dan kembarnya Gunung Abang. Rupa-rupa ada upacara agama Hindu di situ. Kami sempat bergambar di situ. Untuk pengetahuan di seberang tasek itu terdapatnya mayat-mayat yang diletakkan di tanah sehingga reput tetapi tidak berbau disebabkan sejenis pokok yang mengeluarkan bau sehingga menenggelamkan bau mayat itu. Belayar dengan bot 10 minit pergi dan 10 minit balik dengan tambangnya Rp 400,000 untuk lima orang. Aku dan sahabat-sahabatku tak jadi pergi sebab dah terlalu sore lagipun menyeramkan. Kami kemudiannya terus ke Kuta menyaksikan bule-bule sedang berpesta.

2 comments:

  1. Semoga Dr Suhaimi sihat dan gembira di sana
    cantik sungguh bali ye--maksud saya, gadisnya :P

    wassalam

    ReplyDelete