Sunday, January 24, 2010

DR. Ahmad Suhaimi bin Mohd. Noor



Di Chienmai,Thailand



Di Melbourne,Australia



Di Sydney,Australia



Di masjid Al Ikhsan,Sanur,Bali





Di galeri,Bandung,Indonesia





Di Muzium Lilin,Bangkok




Di Roturou,New Zealand



Di Ladang Pear dan Apple,Tasmania, Australia



Bersama Ibu Kartika Affandi,Pelukis Terkenal Indonesia



Bersama Abdul Latiff Mohidin,Pelukis dan Penyair Terkenal Malaysia


Duda,jenaka,friendly, gemuk, pendek, botak, berjanggut dan berjambang, pengidap diabetes dan ghout.Pendidikan asas di rumah 13 Kampung Pauh,Behrang Station,Perak. Melanjut pendidikan di Sek.Keb.Kg.Pauh, Behrang Station 1963-1967. Oleh kerana Sek.Keb.Kampung Pauh tidak mempunyai kelas darjah enam terpaksalah menyambungkan pelajaran di Sek.Keb.Tg.Malim 1968 yang tujuh batu jauhnya dari Behrang Stesen.Hanya beberapa orang sahaja yang menyambungkan pelajaran di sekolah yang baru itu manakala yang lainnya keciciran disebabkan oleh masalah kemiskinan dan sikap ibubapa yang kurang mementingkan pelajaran anak-anak.

Pada tahun 1969, melangkah kaki ke sekolah menengah dengan menumpang belajar di Sek.Men.Keb.Methodist Tg.Malim. Apabila siap bangunan baru Sek.Men.Kebangsaan Tanjung Malim yang jaraknya satu batu dari pekan Tanjung Malim, bertukar pula ke sekolah itu. Pada tahun berikutnya nama sekolah tersebut ditukar kepada Sek.Men.Khir Johari,Tg.Malim sempena nama En.Mohd.Khir Johari,Menteri Pelajaran ketika itu. Lima tahun belajar di situ daripada tahun 1969 hingga 1973. Pada tahun 1973 dianugerahi "Hadiah Khir Johari" sebagai pelajar terbaik sekolah tersebut. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di Sek.Men.Sri Perak Teluk Anson 1974-1975. Lulus sijil penuh STP 1975 dan menyambung pelajaran ke Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Dengan Pendidikan, Universiti Sains Malaysia(USM) dengan pengkhususan Seni Halus 1976-1980.


Selepas graduet daripada USM ditawarkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran berijazah dan di ditempatkan mengajar di Sek.Men.Kai Chung, Binatang,Sarawak 1980-1984. Selepas lima tahun berkidmat di Sarawak akhirnya ditukarkan ke semenanjung dan mengajar di alma mater Sek.Men.Khir Johari,Tg.Malim pada tahun 1985. I Januari 1986 ditawarkan pula jawatan pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris Tg.Malim. Pada tahun 1987 jawatan pensyarah dikekalkan di situ bila MPSI dinaiktaraf menjadi Institut Perguruan Sultan Idris. Pada tahun 1996 menyambung pelajaran di peringkat master di Universiti Sains Malysia dalam bidang Kurikulum dan lulus dengan M.Ed pada tahun 1997. Dilantik sebagai pensyarah UPSI kumpulan pertama 1997( cuma 20 orang sahaja tenaga akademik ketika itu). Kemudian menyambung pelajaran di peringkat Doktor Falsafah melalui SLAB pertama UPSI di USM dan grad 2003.( orang pertama bergelar doktor di Fakulti Seni dan Muzik, UPSI)

Pernah menjawat jawatan Timbalan Dekan Akademik(2003),Dekan Fakulti Seni dan Muzik(2004-2006),UPSI dan ahli Senat Universiti. Bergiat dalam penulisan buku-buku akademik. Antaranya Aspek-Aspek Kesenian Islam, DBP (1995),Sejarah Kesedaran Visual Di Malaya, Penerbit UPSI( 2007),Susur Masa ( Satu bab),Penerbit Balai Seni Lukis Negara (2008) menulis esei dalam beberapa buah jurnal dan membentang kertas kerja di peringkat kebangsaan dan luar negara antaranya di Australia dan Indonesia. Menjalankan dua penyelidikan FRGS dan beberapa penyelidikan lain. Menghasilkan karya seni visual untuk pameran solo di galeri upsi 2008,pameran kumpulan di Balai Seni Lukis Negara,NN Galeri,Sokka kokai,Muzium Ipoh dan Rumah P.Ramlee P.Pinang. Pameran luar negara di Tasmania,Australia pada tahun 2010.

Dilantik sebagai ahli panel Penilai Institut Kraf Negara, Ahli Panel MLVK, Ahli Panel penemuduga calon-calon biasiswa Ph.D Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam bidang kemasyarakatan pula pernah menjadi Pengerusi PIBG Sek.Men.Keb.Methodist,Tanjung Malim dan ahli Lembaga Pengurus Mahad Taufikiah Dinniah,Behrang Stesen.

Dilantik sebagai penyelia calon-calon Master dan Ph.D dalam bidang seni di samping menjadi penilai tesis master dan Ph.D seni calon-calon universiti-universiti tempatanseperti USM,UiTM,UMS dan UPSI. Bukunya yang bertajuk "Sejarah Kesedaran Visual di Malaya" terbitan UPSI (2007) menjadi koleksi ATMA UKM dan National Library of Australia. Buku tersebut sekarang diulang cetak.

Pada tahun 2007 dilantik sebagai Pakar Rujuk oleh Radio dan Televisen Malaysia (RTM) untuk Siaran Filem Dokumentasi Simfoni Alam yang telah disiarkan pada 22 Februari 2007 jam 6.05 petang. Manakala pada tahun 2008 pula dilantik sebagai Pakar Rujuk oleh Balai Seni Lukis Negara untuk Pameran Koleksi Tetap Balai seni Lukis Negara sempena ulang tahun yang ke 50.

Mengadakan lawatan kerja di beberapa buah universiti di New Zealand pada tahun 2005,Indonesia (2005),Australia (2006)dan Thailand (2008). Menjalani cuti Sabatikal selama 9 bulan di Pulau Bali dari 1 Jun 2009 hingga 1 Februari 2010.

Dianugerahi Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) oleh DYMM seri Paduka baginda Yang DiPertuan Agong pada tahun 2007 dan beberapa anugerah lagi dari pihak universiti dan komuniti luar.

No comments:

Post a Comment