Monday, January 25, 2010
Cuti Sabatikal 191-Kembara Bali:MENJEJAKI PULAU LOMBOK 2-KERETA KUDA
24 Januari 2010 selepas aku menyewa sebuah bilik di Hotel Ananda di Kota Mataram,Lombok, aku rehat dan baring melepaskan lelah sepanjang perjalanan darat dan laut yang meletihkan. Aku langsung terlelap dan tidur nyenyak.
Jam 9 pagi aku terjaga dari tidur dan bersiap-siap mandi dan berlangir. Aku dan Suaidi berlegar-legar di kota Mataram sebelum bertolak ke pantai Senggigik. Sepanjang perjalanan itu aku tertarik dengan kereta kuda yang banyak sekali di kota Mataram. Kereta kuda ini berbeda sangat dengan kereta kuda di kota Bandung, Jawa atau di Bali (tidak banyak kereta kuda di Bali). Kereta kuda Lombok kurang hiasannya dibandingkan kereta kuda Bandung. Malah "pemandu"nya duduk sekali dengan penumpang. Kereta kuda tidak ada di Malaysia yang ada ialah beca dan lanca yang banyak terdapat di Melaka, Pulau Pinang dan kota Bahru Kelantan. Kalau adalah kereta kuda di Malaysia kan lebih menarik.
Kisah kereta kuda ini mengingatkan aku kepada Filem-filem Indonesia yang ku tonton di bioskop (pawagam)pada awal tahun-tahun 1970an ketika aku bersekolah menengah lagi. Aku teringat Filem "Si Gondrong", "Benteng Betawi", "Si Buta dari Gua Hantu" dan lain lain lagi yang mengkisahkan kepahlawanan perwira Indonesia menentang penjajah Belanda. Dalam filem-filem itu banyaklah imej kereta kuda yang dimasukkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment