Wednesday, January 13, 2010
Cuti Sabatikal 186-Kembara Bali: HUJAN MALAM YANG LEBAT DI SANUR
13 januari 2010 aku dan Suaidi ke Masjid Al Ikhsan, Sanur untuk solat isya. Pada masa itu hujan telah lama berhenti. Sepanjang hari hujan turun sekejap-sekejap ada yang lebat dan ada yang renyai. Bulan Januari ini nampaknya musim hujan di Bali. Selalunya bulan november hingga Disember.
Selepas menunaikan solat isya tiba-tiba hujan turut amat lebatnya. Aku terkurung di masjid bersama jemaah yang lain. Aku baring-baring menunggu hujan reda. Sambil baring aku melihat titik-titik hujan yang menjadi garisan berjuntai macam mutiara. Bila juntaian hujan itu ditimpa cahaya ia semakin cantik. Berkerdipan. Aku rakamkan gambar-gambar hujan itu yang jatuh menimpa beranda dan tangga masjid. Aku juga melihat air mula bertakung di halaman berumput masjid. Macam banjir. Lama juga hujan lebat itu sehingga Suaidi tertidur di sebelahku.
Aku gerakkan Suaidi bila hujan sedekit reda. Kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja walau pun hujan masih belum reda sepenuhnya. Kami bimbang hujan akan turun dengan lebatnya lagi. Kami pulang kerumah ku di jalan Danau Beratan dalam keaadaan basah kuyup.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment