Sunday, January 3, 2010

Cuti Sabatikal 178-Kembara Bali: BLACKOUT DI BALI


4 Januari 2010 seperti biasa sebelah paginya aku membuka laptop, melayari internet,menjengok blogku,blog rakan-rakan dan facebook. Ada sesuatu yang menganggu pemikiranku sejak malam tadi iaitu BLACKOUT. Nampaknya sepanjang lebih 6 bulan aku berada di Bali inilah masalah besar yang kualami iaitu Blackout.


Kekerapan berlakunya blackout ini AMAT MEMALUKAN kepada pulau Bali yang tersohor sebagai "Pulau Pariwisata No. 1 di Dunia". Aku masih ingat ketika aku baru sampai semula dari Malaysia 30 Disember 2009 yang lalu blackout berlaku jam 7 malam hingga jam 9.30 malam. Selang beberapa hari iaitu semalam 3 disember 2010 jam 7 malam berlaku lagi hal yang sama sehingga jam 10.18 malam barulah pulih perkhidmatan elektriknya.


Yang anehnya tanpa hujan tanpa ribut dan petir blackout tetap berlaku. Apa dah jadi dengan PLN- PERUSAHAAN LETRIK NEGARA Indonesia? Malah mengikut sahabatku Suaidi yang berasal dari Jawa blackout ini kerap berlaku di seluruh Indonesia.Ini bermakna ada sesuatu yang tak kena dengan sistem perkhidmatan bekalan elektrik di Indonesia.


Indonesia perlu belajar daripada Malaysia dalam banyak hal. Bukan maksud saya untuk menyombong dan angkuh. Saya orang Malaysia keturunan BANYUMAS, JAWA. Perkhidmatan bekalan elekrtik di Malaysia sangat bagus dan efisen. Pengswastaan Malaysia amat berjaya. Dahulunya perkhidmatan bekalan eletrik di Malaysia di kendalikan oleh negara melalui LLN-LEMBAGA LETRIK NEGARA tetapi apabila diswastakan puluhan tahun yang lalu, perkhidmatan bekalan eletrik itu telah dikendalikan oleh Syarikat swasta iaitu TNB- TENAGA NASIONAL BERHAD. TNB telah mengendalikan perkhidmatan bekalan eletrik di Semenanjung Malaysia dengan efisen. Blackout hanya berlaku sekali sekala kalau ada bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Syarikat swasta TNB itu akauntabilitinya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada negara Malaysia. Oleh yang demikian syarikat itu amat menjaga kredibilitinya sebagai syarikat terpilih. Pengswastaan seperti ini tidak berlaku di Indonesia kecuali "highway" nya yang sudah mula diswastakan. Saya percaya hal ini bisa dilakukan memandangkan isu blackout ini sudah tidak terbendung lagi. Pemikir-pemikir ekonomi Indonesia sedia maklum tentang hal ini.


Blackout ini sangat bahaya kepada KESELAMATAN DALAM NEGARA INDONESIA, bila-bila masa sahaja Indonesia bisa diserang oleh negara-negara luar. Sistem pertahanan negara Indonesia bisa dibaca oleh musuh. Kegagalan memperbaiki sistem perbekalan elektik ini juga menunjukkan kegagalan memantapkan tahap ekonomi Indonesia. Kilang-kilang perusahaan dan industri yang lain sangat membutuhkan perkhidmatan elektrik yang efisen. Bayangkanlah Pulau Bali yang tersohor ini menjadi PULAU GELAP GELITA. hal ini bisa mengancam pariwisata di Bali. Bukan sahaja saya yang merasa resah gelisah, bule (mat salleh panggilan di Malaysia) di Bali juga akan merasakan hal yang sama.

No comments:

Post a Comment