Saturday, January 23, 2010

Cuti Sabatikal 190-Kembara Bali: MENJEJAKI PULAU LOMBOK












24 Januari 2010 jam 10.45 malam aku dan Suaidi bertolak dari rumah menaiki sepeda motor ke Pelabuhan Padang Bai. Lebih kurang sejam perjalanan kami sampai ke pelabuhan itu. Tujuan kami hanyalah satu iaitu menjejaki Pulau Lombok.


Ada cerita yang menarik tentang Pulau Lombok yang ada kaitannya dengan Malaysia, iaitu kes-kes pemuda Lombok melarikan anak gadis Malaysia. "CINTA LOMBOK" ini sangat terkenal sama terkenalnya dengan "CINTA BANGLA". Anak gadis Melayu Malaysia ini kebanyakannya amat mudah "ditackle" oleh pemuda Lombok dan pemuda Bangla. Tubuh sasa pemuda Lombok yang kuat bekerja serta rayuannya mudah meluntur dan mencairkan perasaan anak gadis Malaysia ini. Maka terjadilah hubungan "CINTA LOMBOK" ini. Pemuda Lombok itu kemudiannya melarikan gadis tersebut. Mereka dianggap pahlawan oleh pemuda-pemuda Lombok yang lain kerana berani dan berjaya melarikan gadis-gadis Malaysia. Beberapa kes yang terpapar dalam akhbar-akhbar Malaysia membuktikan hal tersebut.



Begitulah juga "CINTA BANGLA". Anak-anak Gadis Melayu Malaysia ini begitu teruja dengan wajah Shah Rukh Khan atau sehampir dengannya. Siapa saja yang mirip wajah "Bollywood" menjadi pujaannya. Pemuda-pemuda Bangladesh yang bekerja sebagai buruh binaan ini wajahnya mungkin menyamai wajah Bollywood itu. Jadi apa lagi tak kiralah buruh kontrekke, kerja apake asalkan dapat bercinta dengan mereka maka anak gadis Melayu Malaysia ini amat berbangga. Mudah saja pemuda Bangla ini menipu mereka, kononnya dia ada rumah banglow di negaranya kalau berkahwin nanti. Alih-alih bila dah nikah dan berada di negara Bangladesh barulah anak gadis Melayu Malaysia ini tertipu. Rupa-rupanya dia memiliki "RUMAH BANGALOW KOTAK". Kisah ini boleh dibaca dalam banyak majalah tempatan. Begitulah rapuhnya maruah dan harga diri sesetengah anak-anak gadis Melayu Malaysia ini begitu mudah ditackle dan mudah pula dibawa lari.


Berbalik kepada hal kami tadi, aku dan Suaidi menaiki feri jam 1 pagi dari Pelabuhan Padang Bai ke Pelabuhan Lembar,Lombok. Lebih kurang 5 jam perjalanan laut kami sampai ke Lombok jam 5 pagi. Aku dan Suaidi solat Subuh dalam feri.



Sampailah kami ke Pulau Lombok "PULAU SERIBU MASJID". Sepanjang perjalanan aku ke ibu kota Mataram iaitu ibu kota Pulau Lombok, aku menyaksikan puluhan masjid di kiri kanan jalan serta pemandangan menghijau sawah padi yang sayup-sayup memandang. Udara yang segar dan bersih memadamkan wajahnya yang tertinggal 20 tahun terkebelakang dari Bali.

1 comment:

  1. pemuda lombok amat romantis bila berbicara, tidak ego,tidak juga meninggi suara, sentiasa senyum dan bila berbicara, suara dan susun kata amat lembut dan menyentuh perasan.... itu yang saya pernah kenal

    ReplyDelete