Sunday, January 10, 2010
Cuti Sabatikal 183-Kembara Bali: MENCARI KEDAI ALAT LUKISAN
9 Januari 2010 aku kehabisan kertas cat air untuk melukis. Mood melukis datang siang dan malam. Puluhan lukisan cat air yang ku hasilkan, bertemakan potret,pura, siri pantai-pantai di Bali dan lanskap. Selepas menamatkan cuti sabatikal ini insyaalah aku telah berjaya menghasilkan 3 dalam 1 iaitu Penyelidikan bertajuk KESENIAN VISUAL TRADISI BALI: MENGAKARUMBI DAN JELMAAN ESTETIKANYA, kedua DIARI yang kutulis dalam blog http://orangbehrang.blogspot.com dan yang ketika ialah CATAN CAT AIR dan SKETSA. Aku bercadang untuk menerbitkan dua bahan tersebut iaitu penyelidikanku dan juga diariku itu. Manakala lukisan-lukisan itu juga aku bercadang untuk ku pamerkan dalam pameran khas di Galeri Universiti Pendidikan Sultan Idris nanti.
Jam, 11.30 pagi aku dan Suaidi mencari kedai alat melukis itu di Denpasar. Jenuh juga mencarinya. Berkeliling kami mencari di segala ceruk kota Denpasar namun tidak berjumpa. Suaidi menelefon rakannya bertanyakan lokasinya. Akhirnya kami menemui kedai bersebelahan betul dengan Masjid An Nur jalan Diponegoro. Alhamdulillah selepas menunaikan solat Zohor di Masjid itu kami bergegas ke DUTA WARNA nama kedai itu. Wah memang banyak alat-alat melukis yang berjenama dijual di situ. Jenama yang terkenal seperti WINDSOR,ROWNEY,LYRA PELICAN, CANSON boleh dikesan daripada medium cat air, cat minyak dan Akrilik di samping kertas cat air, berus dan peratan melukis yang lain dipamer di situ. Aku membeli dua buah buku kertas cat air jenama CANSON Made in France dan sekotak cat air jenama LYRA made in Germany. Aku lega sekali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Dr
ReplyDeleteMelukis la semaumu.. jaga kesihatan paling utama.