Tuesday, January 12, 2010

Cuti Sabatikal 185-Kembara Bali: AKU DAN PATUNG-PATUNG










10 Januari 2010 selepas aku menunaikan solat Asar di Masjid Al Ikhsan,Sanur yang kebetulan 200 meter dari pantai Sanur, aku bergegas ke pantai Sindhu yang tidak jauh dari pantai Sanur. Aku kepingin sekali merakamkan panorama pantai Sindhu pada sebelah petang. Memang ramai pengunjung yang berada di pantai tersebut. Selain pengunjung luar negara terutama Bule ( di Malaysia dipanggil Mat Salleh )orang tempatan juga penuh di pantai itu ada yang berenang, mandi manda dan ada juga yang duduk berehat sambil mengambil angin pantai.


Aku berjalan dengan Suaidi sepanjang pantai sambil merakamkan foto-foto yang kufikirkan layak untuk kumasukkan dalam blogku atu untuk simpananku. Ada sesuatu yang menarik di sepanjang pantai itu...iaitu patung-patung yang terletak di premis hotel,villa dan premis perniagaan. Ada patung Buddha,Garuda, Hanuman dan pelbagai jenis patung yang diukir cantik. Memang Bali terkenal dengan patung-patung dewa dewi mereka yang diperbuat daripada batu,kayu,simen dan campuran.Malah kalau mengunjungi bandar seni Ubud anda akan melihat di kiri kanan jalan penuh dengan pelbagai jenis patung yang berukir. Aku merakamkan foto patung-patung itu.

No comments:

Post a Comment