Friday, January 8, 2010
Cuti Sabatikal 182-Kembara Bali: MUSOLLA AR RAHMAN, RENON-CONTOH SEBUAH LANSKAP
8 Januari 2010 aku masak sekadar memanaskan menu kari semalam yang masih elok lagi. Sarapan pagi sekaligus makan tengahari kerana hari ini hari Jumaat aku perlu segera solat Jumaat di Musolla Fastabiqul Khoirat yang tidak jauh dari rumah sewaku. Selepas solat Jumaat, aku membuat kerja-kerja rutinku mengadap laptop, menaip, melayari internet menjengok email dan mengunjungi Facebook.
Sebelah malamnya aku menziarahi Musolla Ar rahman, Renon Denpasar. Jalan sempit yang bertembok menenggelam wajahnya untuk dilihat. Musolla bertingkat dua ini kelihatannya sempit tanpa ruang halaman untuk lanskap tetapi arkitek dan juruteranya sangat bijak, direkanya lantai bawah untuk tempat parking motor dan basikal.Tempat wudhuk dan tandas dibina di tingkat bawah. Malah pejabat masjid juga di situ. Tandasnya( kamar kecilnya ) bersih. Oleh kerana kesempitan ruang, lanskap masih bisa diadakan,paling menarik ialah lanskap dinding. Dinding di bahagian bawah musolla dibina air terjun dan kolam ikan yang dipelihara bersih. Ketika aku ke situ malam tadi air terjunnya dimatikan. Pada dinding lanskap itu terukir tulisan "MUSOLLA AR RAHMAN".
Hampir keseluruhan musolla itu daripada lantai hingga dinding dibina dengan menggunakan bahan "marble" kecuali bahagian bawah bumbungnya yang menggunakan kayu yang tersusun indah. Musolla ini benar-benar "elegant"- mewah dan bersih. Pada setiap tingkap musolla di tingkat atas itu diletakkan pasu-pasu bunga yang indah. Bila tingkap dibuka kelihatan pokok bunga dengan aroma yang menyegarkan . Bila dilihat dari bawah pokok-pokok bunga itu kelihatan tersusun indah sepanjang deretan tingkap musolla itu.
Itu pun aku masih lagi belum membicarakan tentang interior lanskapnya.
Di bahagian bawahnya aku juga melihat aktiviti usrah wanita yang dipanggil "REMAJA MASJID" sedang berlangsung. Nampaknya kebanyakan masjid dan musolla di Bali ada sahaja aktiviti kerohanian selain solat dan zikir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
memang rata-rata masjid di bali menganut faham trihita karana yaitu konsep bersatu dengan alam...
ReplyDelete