Sunday, January 17, 2010
Cuti Sabatikal 187-Kembara Bali: PROGREM KISS DI MASJID LAPANGAN RENON
16 Januari 2010 aku ke Masjid Lapangan Renon untuk menghadiri kuliah agama yang dinamakan "KISS" iaitu KULIAH ISLAMI SABTU SORE.Progrem ini diadakan pada setiap hari Sabtu selepas solat Maghrib. Kuliah agama ini disampaikan oleh Ustad Dedi Islami yang begitu muda sekali umurnya. Jemaah yang hadir kebanyakannya adalah terdiri daripada belia dan beliawanis.
Menarik juga ceramahnya. Sambil berdiri beliau menyampaikan kuliah berkaitan dengan SEDEKAH. Jarang sekali aku mendengar seorang ustad menyampaikan kuliahnya sambil berdiri memegang mikrofon bergerak dan berlegar menghampiri khalayak sambil bergurau dan bertanya. Para hadirin seakan-akan bersamanya dengan senyum dan ketawa tanpa rasa terasing dan terpisah antara Sang Guru dan Sang murid. Aku bukan sangat mahu mendengar kuliahnya, sebab perkara ini adalah terlalu biasa diperkatakan tetapi aku tertarik dengan KAEDAH PENYAMPAIANNYA.
Ini amat jarang ku lihat di Malaysia. Kuliah agama di Malaysia, sepanjang yang aku saksikan ialah sang guru akan duduk di hadapan menyampaikan kuliahnya dikelilingi oleh sang murid. Maka terpakulah sang murid mendengar kuliah agama oleh tuan gurunya. Andai kata penyampaiannya membosankan walau pun tajuk kuliahnya hebat maka tertidurlah sang murid tadi. Tidak ada makna kalau tajuk kuliah dan kontennya hebat tapi kaedah penyampaiannya lemah dan membosankan. Dengan kata lain KAEDAH MENGAJAR adalah penting walaupun tajuk dan kontennya mudah dan biasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setuju pendapat tentang penceramah agama di Msia. ye laa... Kadang-kadang mereka ni mungkin tidak cukup pedagogi kut.Dalam tv pun kita lihat , penceramah biasanya duduk dgn selesa atas kerusi empuk..ni salah stesen tv la..tk kreatif..tp saya lihat ada sikit kelainan dlm tv Oasis astro..Penceramah atau DJ berdiri dan kdg2 nampak ada aproach penonton..Macam interactive le juga (istilah ICT)..Masalahnya bagaimana kita nak ubah perkara ni yek.Tu la...mungkin kita perlukan penceramah muda yang masih kuat kepala lutut mereka.
ReplyDelete