Thursday, January 21, 2010
Cuti Sabatikal 189-Kembara Bali: JAMBU INN UNTUK NURULHUDA ZULADZNI
22 Januari 2010 selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Ikhsan,Sanur aku berlegar-legar mencari hotel di sekitar masjid itu. Memang banyak hotel yang berdekatan dengan masjid Al Ikhsan itu. Sejak malam tadi aku mencari puluhan hotel,resort dan villa yang sesuai dengan harga, selamat, bersih, berdekatan dengan pantai, ada HotSpot atau WIFI dan berdekatan dengan kemudahan-kemudahan asas seperti restoran yang halal,transport, ATM, Money Changer,kedai barang runcit dan bazar.
Akhirnya aku menemui satu penginapan yang paling strategik,50 meter jaraknya dari Bali Beach,20 meter dari masjid besar Al Ikhsan, 40 Meter dari Restoran KFC ( halal)dan DUNKIN DONUT (halal),40 meter dari ATM CIMB NIAGA( satu-satunya Bank Malaysia yang ada di Bali)10 meter dari MONEY CHANGER dan 10 meter dengan kedai runcit. Selamat, bersih, mempunyai taman dan lanskap yang indah, ada kolam renang, kafe, WIFI,ruang bacaan, bilik berhawa dingin dengan TV, bilik air dengan pancuran sejuk dan panas. Harga bilik standard untuk katil dua orang berhawa dingin,TV,sarapan pagi dan WIFI percuma dari pagi hingga jam 7 malam ialah Rp 250,000 bersamaan RM100 sahaja. Charge WIFI akan dikenakan sebanyak Rp25,000( menyamai RM10 sahaja) dari jam 7 malam sampai pagi.
Sebenarnya tempahan bilik di JAMBU INN ini ialah untuk rakanku NurulHuda Zuladzni yang baru graduate dari sebuah universiti di Jepun setelah menamatkan pengajian Sainsnya selama 4 tahun di universiti di situ. Sekarang beliau bekerja dengan sebuah Syarikat Jepun di Kuala Lumpur. Dia sangat jelita dan fasih bertutur dalam bahasa Jepun. Inilah pertama kali dia datang ke Bali bersama rakan wanitanya.
Nurul aku bercakap denganmu...inilah penginapan yang paling sesuai untukmu berdua dengan harga yang "reasionable" Aku telah menempahnya dari 30 Januari hingga 5 Februari 2010.Alamat penginapan itu ialah JAMBU INN,JALAN HANG TUAH,NO 54,SANUR, BALI,INDONESIA P.O.BOX 3461 DENPASAR, BALI,INDONESIA. No telefon 0361-286501.No Fax 0361-281151 Email: jbadwkbl@denpasar.wasantara.net.id
Aku juga telah menghubungi adik angkatku Suaidi ( no. HP +6281805610047 and +6281337906602 ) untuk mengambilmu dan rakanmu itu di NGURAH RAI INTERNATIONAL AIRPORT jam 18.35 bersamaan jam 6.35 minit petang di airport. Jangan risau, adik angkatku sangat baik, warak dan sentiasa ingin menolong. Dia masih bujang lagi walaupun sudah berumur 30 tahun. Dia akan membawamu berdua mengelilingi Bali keesokan harinya selepas breakfast di hotel. Kebetulan hari Ahad cuti dia tidak bekerja. Hari-hari yang lain rakannya pula akan membantu sebab dia bekerja. Bayaran sewa dan khidmat transport kereta bincang dengannya. Itulah yang paling murah kalau menggunakan khidmat agensi sangat mahal.
SELAMAT DATANG KE BALI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah...ini rupanya entry yang mustahak sgt tu.
ReplyDeletesgt sgt teruja..
lebih baik dari yang kami mahu.
terima kasih cikgu! ;D
-Nurul-
suadi memang baik orangnya..dia pendiam dan suka membantu...
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletesaya erin.temannya nurul.terima kasih kerana dr. tolong carikan tempat tinggal untuk kami di sanur.sangat seronok!!percutian kami sangat sangat sangat menyeronokkan! terima kasih dr. kami pasti datang lagi.
u can read my entry on bali here :
http://erindere.blogspot.com