Monday, January 18, 2010
Cuti Sabatikal 188-Kembara Bali: MENJEJAKI MUSOLLA DAN MASJID
18 Januari 2010 aku dan Suaidi pergi ke Denpasar dan daerah sekitarnya untuk menjejaki beberapa buah musolla dan masjid yang masih belum aku ziarahi lagi. Kami pergi sebelum Zohor. Puas juga berkeliling mencarinya di ceruk-ceruk kota Denpasar dan pinggirannya melalui "gang tikus", hanya menggunakan sepeda motor barulah dapat menjejaki musolla dan masjid itu kerana lorong-lorong yang sempit ngak bisa mobil boleh melaluinya.
Aku dan Suaidi menemui Musolla AL Falah, Masjid Sadar, Musolla Al Ikhlas, Masjid Almuawwanatul Hairiyah dan Masjid Bahari di Pelabuhan Benoa. Kami beriktikaf di Musolla AlIkhlas melepaskan lelah selepas makan tengahari di warung sederhana dan menunaikan solat Zohor di Musolla Fastabiqul Khoirat, Sanur.
Aku merakamfotokan musolla dan masjid-masjid itu. Cuaca ketika itu sangat panas malahan sepanjang hari itu cuaca yang panas terik menyebabkan aku cepat keletihan. Maklumlah umurku yang melebehi setengah abad dengan Diabetes dan Ghout yang kutanggung tidak bisa bertahan lama dalam terik kepanasan. Tidak seperti ketika aku belia dahulu, panas dan hujan aku redah sahaja tanpa mengenal penat dan keletihan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam, Banyak masjid-masjid di Bali yang telah Dr ziarahi. Rasanya Dr. lah satu-satunya orang yang mengatahui jumlah masjid yang ada di Bali. Tahniah.
ReplyDelete