Thursday, January 7, 2010
Cuti Sabatikal 181-Kembara Bali: NYEPI SEBELUM NYEPI
7 Januari 2010 aku bangun awal jam 5.15 pagi walaupun aku tidur lewat. Aku jarang tidur awal biasanya jam 1 atau 2 pagi manakala bangun pagi paling lewat 5.30 pagi. Selepas solat subuh aku memikirkan apa yang harus kutulis dalam blog ku kali ini. Sebenarnya cukup banyak yang nak ditulis namun aku terpaksa membuat pilihan yang utama iaitu kisah BLACKOUT di BALI. Blackout ini telah berlaku lagi malam tadi hampir jam tujuh dan berakhir jam 9.30 malam. Sanur dan Denpasar adalah mangsa kepada kejadian ini. Pada hal Denpasar adalah ibu kota Bali tetapi masih juga dibiarkan kejadiannya ini berlaku. Anehnya KUTA tidak pula berlaku. Maklumlah KUTA adalah tempat Bule ( Mat SalleH panggilan di Malaysia)ia perlu dijaga kerana kawasan penting Pariwisata. Nampaknya berlaku juga diskriminasi dalam hal perkhidmatan bekalan eletrik di Bali. Orang tempatan dibiarkan gelap, orang asing diberikan cahaya.
Beberapa hari lalu aku pernah menulis mengenai blackout di Bali tapi kali ini aku ingin menyentuhnya dari aspek yang lain.
Dalam masyarakat Hindu Bali, istilah "NYEPI" adalah merujuk kepada upacara menyambut Tahun Baru mereka. Tahun baru itu akan disambut pada bulan Maret( Mac) ini. Sebelum tahun baru pada malam tersebut seluruh Bali mesti digelapkan. Tidak ada lampu. Semua rumah kediaman, kantor, premis perniagaan dan jalanraya digelapkan malah suara pun tidak kedengaran. Azan masjid tidak boleh menggunakan pembesar suara. Hanya laungan mulut sahaja. Bak kata semuanya SEPI.
Pada malam itu juga ada upacara "teater" di jalanraya yang ditonton oleh golongan tertentu di Bali. Masyarakat Bali yang lain perlu mendiamkan diri di rumah masing-masing tidak digalakkan keluar rumah pada malam itu. Pelakon-pelakon teater terbuka terdiri daripada patung-patung besar yang mewakili makhluk dewa dan makhluk hantu bertempur dalam persembahan itu. Akhirnya patung dewa berjaya mengalahkan patung-patung hantu itu. Hantu-hantu yang bersifat jahat itu dihalau. Signifikan daripada peristiwa itu ialah "KEBAIKAN MENGATASI KEJAHATAN"
Apakah blackout yang sering berlaku di Bali terutamanya di Sanur dan Denpasar serta kawasan-kawasan yang sekitar dengannya itu sebagai rehasel atau latihan kepada "NYEPI"? Pertanyaan lawak ini hanyalah untuk menyedapkan hati yang geram ini( rasa geram itu aku terjemahkan pada foto di atas).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam...
ReplyDeletesabo je Dr..nyepi itu indah