Thursday, November 26, 2009

Cuti Sabatikal 171-Kembara Bali: SOLAT AIDUL ADHA DI LAPANGAN PUPUTAN RENON

















27 November 2009 hari ini adalah Hari Raya Aidul Adha bagi kaum muslimin seluruh dunia. Pagi-pagi lagi aku telah bangun memunaikan solat subuh. Jam 6.30 pagi aku dan Suaidi bertolak ke Lapangan Puputan Renon,Denpasar. Lapangan yang sangat luas ini digunakan untuk pelbagai acara. Ia mengandungi mercu tanda sebuah tugu di tengah-tengahnya. Kami mengambil tempat untuk bersolat. Hampir ratusan ribu umat muslimin yang datang dari Denpasar dan sekitarnya memenuhi lapangan terbuka itu.


Balik dari solat AidulAdha di Lapangan Puputan Renon, aku bersiap-siap untuk ke Bandara Internasional Ngurai Rai Denpasar untuk pulang ke tanah air. Penerbangan MAS ku jam 1 tengahari dan dijangka akan sampai ke KLIA jam 3.30 petang.Insyallah.

1 comment:

  1. Salam.Dah balik bapak ye!Baguslah.Kami rindule...dapat kami cari bapak dan dengar banyak cerita yang tidak termuat di sini.
    -Mamat-

    ReplyDelete