Wednesday, November 11, 2009

Cuti Sabatikal 157-Kembara Bali: EKA






12 November 2009 jam 2.30 petang aku ke kedai HP yang menjual peralatan HP serta kredit untuk pulsa (orang Indonesia menyebut pulsa maknanya tambah kredit- top up). Kedai ini lebih kurang 50 langkah dari rumahku. Sangat dekat. Di kedai itu ada si anak cilik berumur 2 setengah tahun namanya EKA menyamai nama samaran anak gadis sulungku Zulaikha. EKA ini sangat pemalu. Bila dia mula-mula melihat aku dulu dia lari masuk ke rumahnya mungkin kerana takut melihat jambang dan janggutku yang panjang separas dada. Beberapa kali dia berbuat demikian. Tetapi sejak akhir-akhir ini dia tidak pula begitu malah bila aku datang dia turut datang ke kaunter kedai.Barangkali papa dan mamanya menegurnya berbuat demikian. Ya dia anak kepada taukeh kedai ini. Sekarang dia boleh berbual sepatah dua kata denganku. Oleh kerana manis dan comelnya si cilik ini aku rakamkan foto-fotonya. Kelihatan bersahaja dan tidak gentar bila wajahnya dirakamfotokan.

1 comment:

  1. fuiyoo..... nang kacak gilak mbiak tok. Adalah rupa sidaknya macam kitak. Mun kitak madah nya anak kitak, nang orang pecaya. Kitak sik faham ka? Mun sik faham kelakar Sarawak, sik ibohlah kitak crita pernah ngajar di Binatang bah...... Nang cute gilak mbiak tok.

    ReplyDelete