Saturday, November 7, 2009

Cuti Sabatikal 154 -Kembara Bali: DEMONSTRASI ANTI ISRAEL

























7 November 2009 jam 1 tengahari selepas solat zohor aku dan Suaidi bertolak ke Denpasar. Aku singgah di Musolla Ar-Rahman, Renon Denpasar dan beriktikaf di situ. Jam 2.30 petang aku ke Medan terbuka di hadapan Kantor Gabenur,Bali bersama-sama dengan FORUM SILATURAHMI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS UNIVERSITAS UDAYANA melakukan demontrasi ( orang Indonesia memanggilnya TUNJUKRASA) ANTI ISRAEL secara aman di sana. Pidato-pidato yang disampaikan oleh pemimpin pelajar mengingatkan aku tentang penglibatan aku dalam demontrasi ANTI ISRAEL dan ANTI AMERIKA di Kuala Lumpur puluhan tahun yang lalu. Pernah wajahku muncul di TV3 ketika berdemonstrasi itu. Keesokannya rakan-rakan sekerja heboh tentang peristiwa itu.


Polisi Indonesia ( Polis Indonesia) mengepung para demontrans itu, terutamanya di pintu utama kantor Gabenur. Tidak ada apa-apa kejadian yang buruk berlaku sepanjang demonstrasi itu berlaku. Para siswi tidak ketinggalan juga menyatakan perasaannya dengan membawa poster-poster ANTI ISRAEL serta membawa bendera PALESTINE ( Orang Indonesia menyebutnya PALESTINA.


Selain pidato, lakunan kekejaman tentera regim Zionis dilakunkan semula bagi mengingati kembali peristiwa pahit yang dialami oleh Rakyat Palestine. Risalah-risalah disebarkan. Sepanduk dan poster anti Israel ditayangkan. Bendera Palestina berkibar di sana-sini. Juru gambar dan wartawan-wartawan sibuk dengan tugasnya merakam foto dan menulis sesuatu.


Aku sangat terharu menyaksikan peristiwa itu. Di tengah-tengah majoriti masyarakat Hindu di Bali tiba-tiba muncul sekumpulan pelajar MUSLIM yang komited dengan perjuangan dan penderitaan rakyat PALESTINA. Ingatlah bahawa masjidil Al Aqsa kiblat orang-orang Islam yang pertama telah diceroboh oleh tentera Regim Zionis. Malah Masjidil Aqsa adalah salah satu dari tiga masjid yang paling dimuliakan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Israk dan Mikraj ada hubungannya dengan Masjidil Aqsa ini. Penderitaan rakyat PALESTINA adalah PENDERITAAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA. Perjuangan Rakyat Palestina adalah perjuangan umat ISLAM SELURUH DUNIA. Sesiapa yang hatinya sedetik pun tidak terasa akan penderitaan rakyat Palestina dia bukan umat MUHAMMAD SAW. Banyak hadis yang menunjukkan peristiwa dan kejadian yang ada hubungannya antara Palestina dengan umat Islam.

2 comments:

  1. Bersemangat nampak berdemontrasi. Semua orang simpati dengan nasib rakyat Palestine tapi beringat sikit Dr kat tempat orang.........

    ReplyDelete
  2. Sudah selayaknya segala bentuk penjajahan dimuka bumi ini harus di hapuskan.....

    ReplyDelete