Thursday, December 3, 2009

Cuti Sabatikal 172-Kembara Bali: PULANG KE TANAH AIR









27 November 2009 jam 10 pagi aku bertolak ke Bandara Internasional Ngurah Rai Denpasar.Selepas chek in aku dan Suaidi ke warung makanan soto tidak jauh dari bandara. Soto di sini agak berbeda dengan soto di Malaysia. Soto di sini makan dengan nasi. Manakala soto di Malaysia makan dengan nasi himpit yang dimasukkan sekali dalam kuah soto itu.


Selepas itu aku chek in sekali di bandara itu sebelum berlepas. Aku menaiki pesawat MH714 Malaysia airline. Penerbangan dari Denpasar ke KLIA memakan masa 2jam 30 minit. Nampaknya pesawat MH714 tepat mengikut waktu pergi dari Denpasar dan sampai ke KLIA jam 3.30 petang. Aku berasa bangga dengan ketepatan waktu yang dilakukan oleh penerbangan Malaysia Airline ini.

1 comment:

  1. Pulang balik ke tanah air nak jumpa ibu, anak saodara n kawan -kawan .. semoga sehat selalu...salam

    ReplyDelete