Monday, November 16, 2009
Cuti Sabatikal 161-Kembara Bali: BAKSO MALANG
16 November 2009 sebelah paginya aku mengemas rumah,memasak dan bermain dengan laptop. Aku mengunjungi blogku dan blog rakan-rakan sambil memberi komen. Selepas itu aku membaca artikel dalam majalah dan menonton DVD. Gede anak jiranku juga mengajak aku bermain kereta-kereta mainannya di beranda. Aku geli hati dengan tingkahlakunya, adakala dia terlalu gembira. Adakala dia menangis ingin mengikut bapanya keluar dengan menaiki sepeda motor( motorsikal).
Ketika dia menangis itulah aku suka sangat menyakatnya. Wah..apatah lagi dia mengejarku dengan memukulku dengan bantalnya. Aku tertawa terkekeh-kekeh. Geli hati melihatnya. Kadang-kadang sengaja aku nak panaskan hatinya lalu aku merakamfoto wajahnya yang sedih ketika menangis itu. Sekali lagi dikejarnya aku.....ibu dan bapanya ketawa melihat gelagat kami berdua. Tapi senang aje nak memujuknya. Aku sudah bersedia dengan coklat ( dia kata ben) dalam peti aisku ( orang Indonesia memanggil lemari es).Lalu aku pujuk dengan memberikan coklat diamlah dia. Dia memanggil aku OM ( Pak Cik).
Selepas menunaikan solat Maghrib aku dengan Suaidi menaiki sepeda motor ke Pasar Badung di Denpasar. Sebelum sampai ke situ aku singgah di Restoran BAKSO MALANG di Jalan Hayamwuruk di Denpasar. Bakso Malang ini terkenal dan ramai pelanggan yang sedang makan bakso di situ. Suadi amat mengetahui gerai makan yang enak dan halal di Denpasar ini. Bakso adalah makanan kegemaranku sepanjang aku di Bali. Harganya yang murah Rp 5000 ( RM 2)semangkok cukup untuk mengenyangkanku.Manakala minuman yang enak esteller ( campuran buah nangka,isi kelapa muda, santan,jeli dan avacado) dibubuh ais. Aku sempat merakamfotokan panorama di restoran itu termasuk foto karyawannya ( pekerjanya). Wah bangganya metreka itu ketika fotonya dirakamkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment