Wednesday, November 11, 2009
Cuti Sabatikal 156-Kembara Bali: JALAN DANAU BERATAN
11 November 2009 sebelah paginya aku membuka laptop, melayari internet. Pada masa yang sama aku membuka blogku dan blog rakan-rakan yang lain. Sempat juga aku komen blog http://roskang.blogspot.com mengenai tulisan berkaitan industri seni sebagai destinasi pelancungan dan beberapa tulisan yang lain.
Cuaca di Bali semakin panas. Aku jarang berhadapan dengan keperitan dan hangatnya cuaca sebegini. Tengahari bukan lah waktu yang sesuai untuk keluar. Aku memilih waktu pagi ataupun waktu malam. Itulah waktu yang paling sesuai kerana cuacanya yang redup dan segar.
Jam 6.30 petang selepas solat Maghrib aku berjalan-jalan mengambil angin segar laut yang bertiup ke arah Jalan Danau Beratan. Cuaca yang agak sejuk dan redup melegakan fikiran. Sebenarnya kediamanku terletak di pertengahan jalan Danau Beratan sebelah Banjar Langon, tidak jauh dari pantai Sanur. Kira-kira 5 minit menggunakan bemo (van angkut) ataupun 15 minit berjalan kaki. Sambil berjalan aku merakam panorama jalan Danau Beratan menjelang malam. Jalan ini jauhnya kira-kira 1 kilometer dari simpang jalan Danau Boyan sehingga ke persimpangan jalan Hang Tuah. Terdapat tiga banjar (Balairaya), 4 pura ( candi) satu besar dan 3 kecil. Satu warung Jawa Muslim. Tiga Klinik kesihatan. Tiga kedai salon. Satu mini market dan 7 kedai runcit.Tiga kedai menjual HP dan peralatannya termasuk pulsa ( tambah kredit). Satu SEKOLAH DASAR (di Malaysia dipanggil sekolah kebangsaan)dan ratusan rumah kediaman. Terdapatnya gang tikus (lorong-lorong kecil yang menuju rumah kediaman). Rumahku sahaja bernombor 57.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apabila Dr. ceritakan tempat-tempat tu teringat pulak saya di sana (Bali). Memang Bali adalah tempat pelancongan yang menarik. Bila balik ke Malaysia?
ReplyDeleteTringat kedai yang kita jadikan port ambik gambar upacara ngaben tempohari. Kitakan pernah jalan kaki sepanjang jalan Danau Beratan sebab bemo sik dapat masuk bah....... kenangan di Bali........... Lagunya My Heart Will Go On.. Celine Dion.
ReplyDelete