Sunday, November 15, 2009
Cuti Sabatikal 160-Kembara Bali: RAMBO
15 November 2009 sebelah siangnya aku sibuk menulis dan memasak. Keletihan,aku menonton DVD cerita RAMBO 111. Aku sangat suka menonton siri RAMBO dari First Blood hinggalah ke RAMBO 1V. Entah berapa kali aku menontonnya terutama FIRST BLOOD. Mula-mula sekali aku menonton FIRST BLOOD ialah bila filem ini mula-mula ditayangkan di Pawagam di Malaysia puluhan tahun dahulu ketika itu heronya Sylvester Stallone kacak dan muda. Namun bila menonton RAMBO 1V ternyata Sylvester Stallone nampak betul sudah berumur dengan kedut-kedut di wajahnya.
Pengarah filem ini sangat bijak. Dia membaca hubungan yang kurang mesra antara polis dan tentera di mana-mana pun di negara-negara di dunia ini.Wajah yang tidak mesra itu dieksploit untuk meraih simpati khalayak filem sehingga pada masa yang sama berjaya mengaut untung ratusan juta dollars Amerika apabila filem ini ditayangkan di seluruh dunia. Pengarah tersebut hanya meletakkan sahaja pelakon kacak dan muscular ini sebagai hero. Akhirnya filem ini berjaya.
Filem RAMBO 11 perlu kita lihat dengan teliti fakta sejarah Perang Vietnam. Amerika sebenarnya kalah dalam perang itu. Tetapi filem RAMBO 11 berjaya mengangkat imej Amerika sebagai pihak yang menang yang telah dibawa oleh Sylvester Stallone. Begitulah hebatnya pengaruh filem sehingga bisa memadamkan fakta sejarah.
Filem RAMBO 111 edisi khas ( kerana ada ucapan alu-aluan daripada Bill Clinton-Presiden Amerika ketika itu) lagi dahsyat. Fakta sejarahnya ialah Rusia tewas ditangan Mujahideen Afghanistan. Afghanistan tidak pernah tewas di tangan musuhnya sejak dari Alexander The Great hinggalah The Great Britain dan ketika itu Rusia. Pejuang Mujahideennya sangat hebat dan sangat bertaqwa pada ALLAH. Mereka ini digelar SINGA-SINGA DI WAKTU SIANG DAN RUHBAN PADA WAKTU MALAM.( Ruhban nil fil laili Furzan nil Fil nahar). Filem ini telah merendahkan perjuangan MUJAHIDEEN AFGHANISTAN itu dengan memasukkan watak RAMBO yang sangat hebat dan berjaya mengalahkan tentera RUSIA. Pada hal fakta sejarahnya tidak begitu.
Amerika adalah watak si penjual senjata sahaja. Sayangnya Mujahideen Afhanistan ini akhirnya tewas ditangan saudaranya sendiri SI TALIBAN yang berasal dari pelajar-pelajar Pasentren di Pakistan yang disokong oleh AMERIKA. Kita sering membaca buku-buku dan majalah tentang keajaiban dan kekeramatan perang antara MUJAHIDEEN AFGHANISTAN dengan tentera RUSIA. Malah saya pernah mendengar keajaiban itu melalui ceramah dari mulut pejuang Islam Melayu dari Malaysia yang pernah turut serta dalam pertempuran dengan tentera Rusia itu. Sayangnya tiada keajaiban dan kekeramatan yang berlaku dalam pertempuran antara TALIBAN dan Amerika itu yang pernah kita dengar atau baca dari media massa. Wallahuallam.
Filem RAMBO 1V telah ditayangkan di seluruh dunia beberapa tahun yang lalu.Aku menontonnya di bioskop( pawagam) di Kuala Lumpur. Peristiwa huru-hara di Myanmar menjadi latar cerita. Memang fakta sejarahnya menunjukkan ramai rakyat suku kaum Karen ( kebanyakan mereka berugama Islam)di Myanmar sebagai warganegara Myanmar kelas kedua yang dibunuh dengan kejam oleh JUNTA Tentera Myanmar.
Begitulah nasib umat Islam di seluruh dunia. Semuanya dihina dan dibunuh dengan kejam. Sebut sahaja dimana...di Palestine, di Bosnia, di China, di India, di Thailand,di Filipina, di Myanmar. Seolah-olah umat muslimin yang menjadi minoriti di negara-negara ini tidak layak hidup di muka bumi ini. Cuba lihat di Malaysia tidak seorang pun umat bukan Islam yang dihina dan dibunuh malah mereka hidup senang lenang,menjadi kaya raya di bumi bertuah itu.
Oleh itu, lihatlah wahai Si Myanmar, lihatlah wahai si China,lihatlah wahai si Thailand, lihatlah wahai si Filipina, lihatlah wahai si India, lihatlah kaum laknat ISRAEL, lihatlah dunia..LIHATLAH DI MALAYSIA, belajarlah jadi manusia masuklah kamu ke UNIVERSITI KEMANUSIAAN genggamlah ijazahnya dan amalkan nilai-nilainya.
Filem RAMBO 1V ini cuba memasukkan isu pengkristian oleh mubaligh Kristian di kalangan masyarakat Karen itu, episod cerita itu terus berubah dengan pembunuhan masyarakat itu dan penangkap mubaligh-mubaligh tersebut. Watak RAMBO muncul sebagai penyelamat setelah sepasukan tentera Amerika menghadapi tentangan kritis. Filem ini nampaknya ganas tetapi berjaya meraih simpati khalayak.
Begitulah sesetengah filem-filem Barat, filem itu bukan sekadar filem tetapi ada mesej yang tersembunyi, ada nilai yang perlu dibawa, ada konflik anatara khayalan dan realiti, ada kreativiti dan imiginasi, ada keganasan dalam estetika. Mampukah filem-filem kita sebegitu. Filem-filem kita sangat berjaya bercerita tentang alam HANTU dan MISTIK serta bercerita tentang cinta remaja gila-gila. Filem-filem sebeginilah yang meraih untung banyak. Sebaliknya filem-filem yang bagus, kreatif, imaginatif dan ada unsur intelektual serta bersandarkan realiti masyarakat Malaysia seperti yang diarah oleh Almarhum Ysmin Yusuf tidak mendapat tempat di hati khalayak filem Malaysia. Filem-filemnya seperti Mukhsin,Mualaf,Sepet dan Talentime adalah filem-filem bertaraf antarabangsa. Sayangnya Filem ini tidak mampu bertahan lama di pawagam Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment