Wednesday, November 4, 2009

Cuti Sabatikal 152-Kembara Bali: Visa lanjutan


2 Oktober 2009 aku ke kantor Imigrasi untuk membuat permohonan kali keempat untuk visa lanjutanku. Aku bersama Suaidi ke sana dengan sepeda motor ( motorsikal). Permohonan aku diterima tetapi aku diarah ke kantor pusat untuk menghantar borang permohonan ini. Di Kantor pusat aku menemui pegawainya dan mengajukan permohonanku. Beliau memeriksa semua dokumen yang aku serahkan. Kemudian menyerahkan sekeping memo untuk bayaran visa tersebut bernilai Rp 250000 ( RM 80) ke kantur asal imigrasi di Renon keesokannya.


3 Oktober sekali lagi aku ke kantor imigrasi untuk membayar visa tersebut tetapi masalah komputer yang tidak berfungsi menyebabkan proses pembayaran tidak dapat dilakukan. Aku sekali lagi datang ke kantur imigrasi 2 hari kemudian (5 November) barulah aku dapat menjelaskan pembayaran itu tetapi visanya masih belum kuperolehi lagi. Aku diminta datang pada keesokkannya (6 November-Jumaat pagi). Begitulah proses permohonan visa lanjutanku setiap bulan. Aku mengambil masa yang lama untuk memperolehinya kadang-kadang sampai 6 hari aku berurusan di kantor ini.
Aku datang keesokannya jam 11 pagi hari Jumaat. Selepas menyerahkan selip bayaran aku diminta menunggu sebentar. Tetapi sayang aku diminta datang jam 2 petang sebab fail aku belum ditandatangani lagi. Aku dan Suaidi ke gerai makanan Muslim di Renon sementara menunggu solat Jumaat. Menu kami ialah nasi dengan ayam goreng Prambanan. Manakala minuman ialah es jeruk. Selepas makan tengahari, kami ke Musolla Renon yang tidak jauh dari kantor Imigrasi. Aku mencari tiang untuk bersandar, Kebanyakan jemaah adalah pegawai-pegawai pemerintahan yang bekerja di pejabat pemerintah di sekitar kawasan itu. Selapas solat kami beriktikaf sebentar di musolla itu. Kemudian kami ke gerai Muslim di sebelah musolla itu untuk minum air buah sarsir (di Malaysia dipanggil Durian Belanda). Aku memesan pecal kerana sudah lama aku tidak makan pecal.
Di kantor imigrasi aku menunggu untuk mendapatkan visa lanjutan paling lama sekali. Inilah satu-satunya pengalaman yang berharga bagiku, menunggu dengan sabar sehingga hampir semua staf imigrasi telah pulang. Janjinya jam 2 petang tetapi sampai hampir pejabat ditutup barulah aku dapat memiliki visa lanjutan itu. Malah ada tiga orang Bule (Mat Salleh) yang gelisah menunggu kelulusan visa lanjutan mereka kerana mereka perlukan hari itu juga sebab mereka akan berlepas ke negara mereka pada hari Ahad.

1 comment:

  1. Kalau di Malaysia kutuk sakan bila kakitangan kerajaan lembab macam tu tapi kat Indon ok je. Boleh sabarlah pula. Diskrimasi betul kita....

    ReplyDelete