Wednesday, November 18, 2009

Cuti Sabatikal 163-Kembara Bali: GEDE MENANGIS






17 November 2009 sebelah paginya seperti biasa aku membuka laptopku untuk melihat blogku dan blog rakan-rakan yang lain. Di samping itu aku juga mengunjungi Facebook- jaringan sosial paling popular kini. Menulis dan memberi komen tag yang diposkan oleh rakan-rakan dan pelajar-pelajarku termasuk anakku Zuwaidah yang telah mengeposkan "DULU2" beberapa hari yang lalu.


Hari ini adalah hari yang agak menggelikan hatiku bila melihat anak jiranku Gede menangis. Aku memang suka menyakatnya.Kalau dia menangis kerana tidak dapat sesuatu daripada bapa dan ibunya dia akan menangis. Terutama bila dia tidak dapat mengikut bapanya keluar dengan menaiki sepeda motor. Masa itulah aku menyakatnya. Apa lagi...dia kan mengejarku sambil tangannya nak memukulku. Ibu dan bapanya geli hati juga melihat tingkahlaku kami berdua. Dia bertambah marah kalau aku merakamfotokan wajahnya yang sedang menangis itu. Aku selamba aje merakamfoto...wah makin bertambah marahnya padaku.Tapi aku ada senjata hendak memujuknya iaitu CHOKLAT. Aku memang menyimpan choklat dalam peti ais ( orang Indonesia menyebutnya lemari es). Dengan menunjuk dan memberikan choklat tu maka diamlah ia. Aku paparkan wajahnya itu melalui foto-foto yang aku rakamkan secara live.

No comments:

Post a Comment