Friday, November 13, 2009

Cuti Sabatikal 158-Kembara Bali: GANG MENUJU MUSOLLA FASTABIQUL KHOIRAT






13 November 2009 hari Jumaat aku seperti biasa ke Musolla jam 12.00 tengahari untuk menunaikan solat Jumaat. Sebelah paginya aku mengemas rumah, memasak lebih awal dan makan pagi@ tengahari sebelum ke musolla.Aku menaiki bemo ke situ kemudian meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki melalui gang yang bertembok di kiri kanannya. Terpesona dengan bayang-bayang yang tumpah di permukaan jalan dan suasana yang redup, aku cepat-cepat merakamfotokan suasana itu. Saban kali aku melalui gang itu saban kali jugalah aku terpesona dengan keadaan itu.

Wah memang indah. Bayang-bayang pohon dan daunan yang tumpah mengilham aku untuk melukisnya nanti.Gang oh gang. Memang di Bali ini penuh dengan gang yang bertembok. Mereka memanggilnya gang(lorong) tikus. Gang ini menuju kawasan mosolla atau kawasan perumahan. Ada gang lebar dan ada gang yang sempit. Manakala tembok itu ada yang dibiarkan berlumut bagi menampakkan kemesraan alam dan ada yang berlukis. Gang itu hanya mampu dilalui sepeda motor atau pejalan kaki. Mobail ngak bisa kerana sempit. Itulah sebabnya di Bali ini mobil diparker sahaja di tepi jalanraya.

Sampai di Musola masih lagi lengang cuma seorang dua sahaja yang ada. Walaupun masuk waktu jam 12.30 tengahari.Hampir masuk waktu barulah musola itu penuh. Khutbah kali ini disampaikan oleh Khatib dengan suara lantangnya. Pokok persoalan ialah mengenai alam kematian, alam kubur dan roh serta amalan yang perlu dibawa. Aku mulai menyedari amalan kebaikan tak seberapa nak dibawa ke alam itu. Beruntunglah manusia yang telah bersedia dengan amalan baik untuk menuju ke alam baka. Alam yang kekal abadi.

Minggu lepas aku bersolat Jumaat di Musolla Renon, Denpasar. Kebetulan musolla itu berhampiran dengan kantor imigrasi dan aku ketika itu berurusan dengan kantor itu untuk urusan visa lanjutan, tidak sempat menunaikan solat Jumaat di Musola Fastabiqul Khoirat, Sanur, aku bersolat jumaat sahaja di situ. Khatib di situ membicarakan persoalan "meraih kasih Allah". Ah.. bagaimanakah caranya meraih kasih Allah itu? Tidak lain dan tidak bukan melainkan mengikuti sahaja arahan dan larangannya sebagaimana yang dinyatakan dalam Al Quran dan Assunah.

No comments:

Post a Comment