Monday, November 9, 2009

Cuti Sabatikal 155-Kembara Bali: PASAR SANUR






8, 9 dan 10 November 2009, aku santai sahaja di rumah- Membaca buku,menulis,memasak dan menonton TV atau DVD. Cuaca di Bali semakin panas, bahangnya amat terasa sehingga sukar tidur waktu malam kerana kepanasan. Aku terpaksa membuka tingkap-tingkap bilik tidurku. Kebetulan pagi tadi jam 3.08 pagi hujan turun dengan lebatnya tetapi hanya 10 minit sahaja. Alhamdulillah. Aku sering berdoa semoga hujan turun. Di sini memang jarang hujan turun. Pada kebiasaannya musim hujan di Bali adalah bulan november dan Disember tetapi nampaknya telah berubah. Aku melihat akhbar Utusan Malaysia on-line. Banjir telah berlaku di Kedah. Ah..di Malaysia nampaknya banjir tetapi di sini kering kepanasan.

Beberapa hari lepas aku ke Pasar Sanur. Aku jarang ke situ. Aku keluar waktu pagi untuk menyedut udara segar dan berhajat membeli barang-barang keperluan dapur. Wah ramai juga orang yang menjual buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan termasuk daging babi. Aku merakam panorama itu melalui kameraku.Aku juga melihat beberapa orang pelancung asing juga berbuat sama sepertiku. Mereka juga ingin merakamkan panorama Pasar Sanur di waktu pagi.

Aku sempat membeli nenas, betik dan kacang tanah. sayuran kampung seperti petai dan pucuk ubi( orang Indonesia panggil pucuk Singkong) juga ada di jual. Aku memang bercadang nak masak lemak pucuk ubi. Jadi inilah peluangku membeli pucuk ubi. Dan ini juga pertama kali aku masak pucuk ubi masak lemak di Bali.Selepas masak aku hirup kuahnya. Makanan kegemaran aku sejak kecil. Ibuku selalu memasakkan menu ini sejak dahulu lagi sampai sekarang. Kalau ibuku masak lemak pucuk ubi ini aku boleh menghirup kuahnya sekali, malah tidak perlu menu lain selain nasi. Aku membesar dengan pucuk ubi. Kadang-kadang ibuku masakkan pecal dengan resepi pucuk ubi. Malah kadang-kadang ibuku rebus pucuk ubi dan bersambalkan belacan. Padaku sudah cukup enak. Lebih enak dari KFC atau MCDONALD.

No comments:

Post a Comment