Sunday, November 1, 2009

Cuti Sabatikal 150-Kembara Bali: KEPULANGAN JENAZAH TKI YANG DISIKSA




31 Oktober 2009 seperti biasa aku membuka laptop ku dan melayari blogku. Aku cuba mendapatkan berita mengenai tanahair melalui links dengan akhbar perdana Malaysia. NewStraitsTimes, The Star, Berita Harian dan Utusan Malaysia malah Harakah. Semuanya telah ku links kan dalam blogku http://orangbehrang.blogspot.com/. Nampaknya tajuk semua (headline) akhbar perdana kecuali Harakah ialah mengenai pertuduhan terhadap A.Murugan (35 tahun) majikan yang dituduh menyiksa dan membunuh Muntik Hani (36 tahun)TKI muslimah dari Jawa Timur.


Akhbar NewStraitsTimes dengan tajuk utamanya "Charged With Murdering Maid", Akhbar The Star "Trader charged With Maid Killing and Faces Death Sentence". Akhbar Berita Harian dengan tajuk utamanya"Penjual Air Tebu Dituduh Bunuh Pembantu Rumah" manakala tajuk utama akhbar Utusan Malaysia ialah "Peniaga Air Tebu Didakwa". Kesemua akhbar arus perdana itu menyiarkan foto A.Murugan dengan keadaan dia digari dan diapit oleh dua orang Polis Malaysia ke Mahkamah. Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sabit kesalahan tersebut boleh membawa hukuman MATI MANDATORI.


Keesokannya 1 Oktober 2009 aku menonton TVONE siaran Televisi Indonesia yang terkemuka selain METROTV. Berita kepulangan jenazah Muntik Hani disiarkan besar-besaran. Keranda jenazah Muntik Hani telah diterbangkan dari KLIA dengan pesawat MALAYSIAN AIRLINE dan kemudiannya dengan Van Jenazah ke kampungnya di Jawa Timur. Suaminya pengsan bila menyaksikan keranda usungan jenazah isterinya. Gambar-gambar pengkebumian jenazah Muntik Hani juga disiarkan. Aku menyaksikan peristiwa itu dengan perasaan pilu. Berita sebelumnya beberapa hari lalu demontrasi anti Malaysia dilakukan oleh penduduk Jakarta kerana peristiwa TKI itu. Sepanduk-sepanduk bertulis "BIADAP MALAYSIA" terpampang dalam televisi tersebut. Oh..Imej Malaysia sangat buruk di hati penduduk Indonesia. Malah kalau kita berjalan di Denpasar ada satu dinding begitu strategik sekali di persimpangan jalan bertulis"MALAYSIA=NOORDIN MAT TOP".


Bayangkanlah aku berada di Bali Indonesia dalam keadaan hubungan suasana yang sangat panas antara Indonesia dan Malaysia. Walau bagaimanapun aku masih mampu berhubung dengan baik dengan rakan-rakan dosen, jiran dan penduduk Bali. Aku sering berterus terang dengan mereka dalam semua perkara terutama isu yang melibatkan hubungan dua hala negara serumpun ini. Aku ingin menyatakan bukan semua orang Malaysia kejam dan tidak berperikemanusiaan. Aku ingin memamerkan watak sebenar rakyat Malaysia. Alhamdulillah aku mudah diterima oleh penduduk di sini. Mereka sering bercanda dengan ku tanpa ada masalah. Mereka sering mengunjungi malah tidur di rumahku.

1 comment:

  1. Itulah masalahnya tiada tapisan atau kawalan pekerja muslim dari Indonesia yang bekerja dengan orang bukan muslim (India atau Cina). Kesihan pembantu rumah yang dipergunakan oleh ajensi sewenaang-wenangnya memberi pembantu kepada orang bukan muslim. Mereka kira dapat duit je.... Orang Malaysia pun ramai tak puas hati apa yang berlaku.

    ReplyDelete