Friday, October 30, 2009

Cuti Sabatikal 149- Kembara Bali: KHUTBAH JUMAAT 5 M




29 Oktober 2009 seperti biasa aku bermain dengan laptop ku sambil melayari internet, membaca blog rakan serta menjegok Facebook dan YM. Keesokannya 30 Oktober 2009 Hari Jumaat pagi aku ke Pasar Sanur membeli sayur-sayuran dan buah-buahan. Sempat juga aku merakamkan foto panorama pagi di pasar Sanur. Sampai ke rumah aku bersiap-siap awal untuk masak hari ini kerana mengejar Solat Jumaat. Menunya ialah sup ikan. Sepanjang aku di Bali, aku kerap makan ikan, sama ada ikan goreng, ikan sup atau ikan masakan lemak atau kari Made in Malaysia. Aku sukar makan ayam atau daging kerana kebanyakannya tidak halal, kecuali yang dijual di MAKRO yang mempunyai sijil HALAL MAJLIS ULAMA INDONESIA. Ada juga ayam yang dijual oleh orang Islam di Pasar Badung tetapi aku tidak mahu membelinya kerana masih ragu-ragu.

Selepas makan aku ke Musolla Fastabiqul Khoirat yang agak jauh dari kediamanku. Aku ke sana menaiki bemo. Isi khubah kali ini berkisar kepada 5M. iaitu Muakabah,Mujahadah dan Muhasabah dan 2M lagi aku lupa sebutan dalam bahasa Arabnya tetapi faham maknanya. Khatib menyeru dirinya dan jemaah solat Jumaat untuk memperbaiki diri dengan 5M itu. Beliau memetik satu cerita ketika Rasulullah SAW mengajar sahabat-sahabat di masjid. Lalu Rasulullah memberitahu tidak lama lagi akan datang seorang ahli syurga. Sahabat-sahabatnya tertanya-tanya siapakah ahli syurga itu. Kebetulan datanglah seorang sahabat yang kemudiannya menunaikan solat tahayatul masjid. Sahabat-sahabat yang lain kemudiannya berkunjung dan menginap di rumah sahabat tadi ingin menyaksikan apakah amalan mulia yang dilakukan olehnya. Mereka terkejut kerana amalannya sama dengan mereka, tidak ada yang istimewa. Mereka mengadu kepada Rasulullah, Rasulullah menjawab satu amalan mulianya ialah MUHASABAH sebelum tidur. Itulah keistimewaan amalan sahabat tadi. Muhasabah itu bermaksud menghitung segala amal perbuatan kita sepanjang hari itu, berapa banyakkah amal yang baik yang telah kita lakukan dan berapa banyak pula amal buruk yang dilakukan. Pada masa yang sama memanjatkan doa kepada ALLAH agar amal baik itu diterima oleh ALLAH manakala memohon ampun kepada ALLAH kerana amalan buruk yang telah kita lakukan.





1 comment:

  1. Salam, Muhasabah diri adalah salah satu prinsip diri seorang muslim. Apabila kita sentiasa muhasabah diri kita akan sentiasa merasai diri kita yang kerdil... apalah kita ini sebagai hamba Allah. Semoga kita sentiasa menjauhi sifat Mazmumah dan mendekati sifat Makmudah... Wallahualam

    ReplyDelete